Unexpected Meeting

2.6K 279 79
                                    

" Mummy, kenapa perlu heret Wonwoo sekali? Malu la CEO Jeon's Holdings jalan dengan mummy dia. Dah nampak macam anak mak pun ada." Bebel Wonwoo. Jungkook disebelah hanya ketawa kecil.

" Kau gelak apa?" Marah Wonwoo.

" Hyung memang anak mak pun." Jungkook berkata.

" Mana ada! Kau tu yang anak mak! Kau ingat aku taktau ke bila daddy outstation, kau selalu tidur dengan mummy kan? " Muka Jungkook berubah. Dalam hatinya menyumpah seranah abangnya itu. Jatuh maruah!

" Dah-dah! Apa kamu berdua ni? Mummy heret kamu berdua ke sini untuk cari hadiah pada daddy kamu. Birthday dia dah dekat kan? " Puan Jeon menegur.

" Alaa, Jungkook ada kan? Dia pun boleh teman mummy." Wonwoo membalas.

" Kamu tak kesiankan mummy ke? Mummy ni nak juga luangkan masa dengan anak-anak mummy. Selalunya sunyi hidup mummy. Daddy kamu sibuk memanjang. Nak harap menantu, menantu dah jauh! Tak fikir panjang pergi betul! Hyerin bukan punya baik pun dia lepaskan! " Bebel Puan Jeon panjang lebar. Sedih hatinya apabila mengenangkan bekas menantu sulungnya itu. Rindu pula dia ingin menatap wajah ayu Hyerin.

" Mummy, tengok kedai tu! Macam cantik je barang kat situ! " Wonwoo sudah mengorak langkah tanda dia ingin melepaskan diri dari bebelan ibunya.

" Mengelak la tu." Gumam Jungkook perlahan. Kenal sangat dengan sikap abangnya itu. Puan Jeon pula hanya menggelengkan kepalanya. Tahu sangat sikap anak sulungnya.

××××××××××××××××

" Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba je ajak aku keluar, dah kenapa? " Soal Joshua kepada gadis di hadapannya. Kini mereka sedang duduk di satu restoran sambil menikmati makanan yang terhidang depan mata.

" Bosan." Ringkas jawapan Bella.

" Mana suami kau? "

" Eeii tolong sikit. Bekas suami okay! " Bella membidas. Bibirnya dijuihkan.

" Whatever! So kau fikir aku boleh hilangkan bosan kau ke? " Balas Joshua pedas.

" Eiii kau ni! Tak membantu langsung. Teman la aku tengok wayang ke, jalan-jalan ke, apa-apa je lah! "

" Boleh. Tapi kau belanja! "

" Eh tolong la, lepas ni letak jawatan eh dekat syarikat bapak kau tu. Gaji bukan main besar tapi aku jugak yang kena belanja. Kedekut! " Bella menyindir. Dia menjeling tajam.

" Eleh, aku gurau je. Kau ni datang bulan ke apa? Tiba-tiba je angin satu badan? " Joshua mengusik.

" Perempuan mana tak naik angin kalau ada kawan baik tak betul macam kau? "

" Mohon rasa bersyukur sebab aku sudi kawan dengan kau. Tahu tak, ramai yang teringin nak berkawan dengan aku. Well, aku ni kan jejaka idaman Korea."

" Baldi mana baldi?! "

××××××

" Mummy, Jungkook lapar! " Rengek remaja berusia 19 tahun itu.

" Ye, kejap la! Mummy nak bayar ni dulu." Balas Puan Jeon.

" Tadi mummy cakap nak beli hadiah untuk daddy je. Alih-alih dah penuh tangan kitorang dengan beg shopping ni." Wonwoo pula menyampuk. Sungguh dia rasa tertipu dengan mummynya.

We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)Where stories live. Discover now