His House

2.7K 279 18
                                    

Mejanya yang berselerak dengan kertas dikemas Bella. Mungkin disebabkan cuti mengejut yang Wonwoo berikan kepadanya membuatkan mejanya sudah nampak macam sarang tikus.

Selesai mengemas meja, jam di tangannya dikerling. Bertaut keningnya apabila menyedari bahawa Wonwoo masih belum tiba di pejabat.

" Sepatutnya dia dah sampai " Gumam Bella perlahan. Mungkin jalan sesak. Dia cuba berfikifan positif.

" Bella! " Kelihatan Mingyu berjalan ke arahnya. Kenapa dia nampak kelam-kabut? Bella menyoal sendirian.

" Kenapa ni Mingyu? "

" Wonwoo minta awak hantarkan fail yang awak simpan semalam ke rumah dia. Dia tak dapat datang office hari ni. Dia demam " Kata-kata Mingyu itu membuatkan Bella tergamam. Belum sempat Bella membalas, Mingyu sudah mengorak langkah meninggalkannya yang masih terpinga-pinga.

" Rumah dia? " Rumah Wonwoo yang menyimpan seribu satu kenangan manis dah pahit bagi Bella. Jungkook pernah memberitahunya yang Wonwoo masih tinggal disitu. Sebenarnya rumah itu pernah menjadi tempat tinggal Bella semasa dia masih bergelar isteri Wonwoo dahulu. Dia pernah bertekad yang dia tak akan jejak lagi rumah itu namun segalanya bakal berubah hari ini.

×××

Pintu di hadapannya dipandang. Teragak-agak Bella untuk menekan loceng. Dia gelisah sendirian. Dengan terpaksa, dia gagahi juga tangannya untuk menyentuh loceng rumah.

Ting tong!

Masih tiada jawapan. Sekali lagi Bella mencuba tapi tetap tidak membuahkan hasil.

" Jangan-jangan password rumah ni masih password yang dulu? " Bella bermonolog. Tanpa ragu-ragu, tangan Bella lincah mencuba.

Ting!

Bella terlopong melihat pintu sudah terbuka. 1707 yang bermaksud 17 July. Tarikh lahir Wonwoo sendiri. Bella menggelengkan kepalanya.

" Cerdik betul! " Tak sangka setelah bertahun-tahun dia tinggalkan rumah itu, Wonwoo juga masih belum menukar password rumahnya.

Bella mula menapak masuk ke dalam rumah itu. Dia memerhati sekeliling. Rumah ini masih sama macam dulu. Cuma.. Kenapa rumah ini seakan hilang serinya? Rumah ini terasa seperti tidak bertuan. Beginikah kehidupan Wonwoo setelah mereka berpisah?

" Bella? " Wonwoo masih berbaring tersentak apabila melihat setiausahanya yang tiba-tiba menapak masuk ke dalam bilik tidurnya.

" Bos! Bos okay? " Bella menyoal risau. Lihat sahaja keadaan Wonwoo. Langsung tidak bermaya.

" Bella, kenapa awak datang sini? " Wonwoo tidak menjawab malah menyoal Bella semula. Nada suaranya kedengaran lemah.

" Mingyu cakap, bos minta saya hantarkan fail syarikat."

" Bila masa saya suruh awak? Saya suruh Mingyu sendiri yang hantar fail tu " Kata-kata itu membuatkan Bella panas hati. Dia mengetap giginya geram. Tak sangka, dia terkena lagi! Mingyu memang cari nahas.

" Tak sangka, Mingyu kenakan awak lagi. Tak apa. Awak letak je fail tu atas meja sana. Lepas ni awak dah boleh balik " Pada mulanya, hati Bella melonjak riang mendengar ayat itu. Namun, sebagai seorang manusia, dia tidak lah sekejam itu. Dia masih berperikemanusiaan. Melihat keadaan Wonwoo seperti itu, dia jatuh simpati.

" Bos dah makan? " Soal Bella prihatin.

" Saya nak bangun pun tak ada tenaga, Bella, apatah nak memasak " Balas lelaki itu lagi.

" Kalau macam tu, bos bangun dulu, mandi. Sementara bos mandi, saya boleh tolong masakkan untuk bos."

" Saya tak larat bangun! " Rengek Wonwoo. Bella tergamam mendengar rengekan itu. Fuh! Mengalahkan budak-budak!

We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)Where stories live. Discover now