Date

2.6K 309 21
                                    

" So.. apa awak nak beli?" Soal Wonwoo.

" Huh? Errrr.. saya nak.. beli.."

" WAAAA! Tak sangka jumpa korang kat sini!" Satu suara tiba-tiba menyampuk. Wonwoo menjeling tajam. Dengar suara pun sudah dapat meneka siapa.

" Kim Mingyu, kau stalk aku ke apa?" Wonwoo menyoal geram. Dasar pengacau!

" Eh Mingyu! Awak buat apa kat sini?" Lain pula reaksi Bella. Sungguh dia lega melihat Mingyu yang tiba-tiba muncul.

" Saya teman eomma saya shopping"

" Oh ye? Masih macam dulu" Bella mengumam. Siapa lah tak kenal anak mak yang seorang ni. Masih dia ingat dulu semasa Mingyu terpaksa pulang awal dari rumah Wonwoo kerana takut dimarahi eommanya. Memang kelakar kalau diingat balik.

" Apa kata.." Wonwoo mula menggelengkan kepalanya apabila ayat itu meluncur dari mulut Bella. No! No! Bella jangan! Jangan teruskan ayat tu!

"... Awak join kitorang?" ANDWAEEE! Akhirnya. Ayat yang paling dia tidak mahu terdengar, terluah juga dari mulut Bella.

" Thanks untuk pelawaan tu tapi saya kena balik. My mom is waiting for me and...." Matanya melirik ke arah Wonwoo sebelum dia sambung ayatnya kembali.

" Don't worry Wonwoo, aku tak kacau lah korang. Enjoy your date!" Mingyu berkata lantas ketawa kecil. Dia sempat melambai ke arah mereka berdua sebelum melanglah lebih jauh. Mahu sahaja dia gelak berguling-guling dari tingkat 1 hingga tingkat 4 mall ini apabila melihat reaksi Wonwoo semasa Bella mempelawanya tadi. Takut lah mamat tu aku kacau date dia. Mingyu mula mengeluarkan Iphone nya lantas menaip sesuatu.

------

Bip!

Phone Wonwoo berdering menandakan bahawa ada mesej yang masuk.

- Kalau kau nak tau, sebenarnya tadi aku datang mall ni untuk jumpa Woozi hyung bukan teman eomma aku. Aku menipu demi kau tau! It's mean kau terhutang budi dengan aku. Belanja aku makan! Nanti aku tuntut. Enjoy your date bro!
+MINGYU

Wonwoo tersenyum nipis melihat pesanan Mingyu itu. Apa-apa saja lah. Asalkan kau tak kacau aku.

" Amboi, senyum seorang-seorang nampak? Mesej girlfriend ke bos?" Usik Bella. Entah tiba-tiba sahaja dia boleh jadi selamba dengan Wonwoo. Kalau semalam bukan main nak mengelak.

" Saya mana ada girlfriend" Balas Wonwoo.

" Habis perempuan yang datang office hari tu siapa? Yang call boss tiap-tiap hari sampai penat saya nak menipu tu siapa pula?" Sindir Bella. Eh dah pandai sindir-sindir ye? Wonwoo bermonolog.

" Kawan" Balas Wonwoo.

" Eleh jawapan artis!" Bella mencebik. Wonwoo tergelak perlahan mendengar ayat Bella.

" Bella, betul ke kita tak pernah jumpa?" Soalan Wonwoo itu membuatkan Bella tersentap.

" Bos, masuk kali ni dah nak dekat 3 kali bos tanya. Betul! Kita tak pernah jumpa" Seperti biasa Bella cuba menyakinkan Wonwoo.

" Okay.." Wonwoo mengangguk.

" Oh! Back to our topic tadi, Bella nak beli apa?" Sambung Wonwoo lagi.

" Err.. saya tak jadi beli lah bos. Kita pergi minum je lah. Boleh?"

" Sure!" Pantas Wonwoo bersetuju.

******

" Wonwoo!" Satu suara memetir. Tersentak Wonwoo apabila namanya dipanggil.

" Yu.. Yuna" Ah sudah! Wonwoo mula gelisah. Dari riak wajah Yuna dia tahu yang ribut bakal melanda.

" Oh patut lah saya call awak, awak asyik reject je? Awak keluar dengan perempuan ni?" Ujar Yuna tanpa mengambil kira pandangan orang sekeliling. Bella hanya terdiam. Dia kenal Yuna. Ya, Kim Yuna. Gadis ini adalah gadis yang membuat kecoh semasa hari perkahwinannya dengan Wonwoo dahulu. Kenangan pahit itu masih segar di ingatannya.

Flashback.

"No! Wonwoo tak boleh kahwin dengan perempuan ni!" Bantah Yuna semasa majlis baru sahaja bermula. Semua tetamu mula berbisik antara mereka. Sudah semestinya mereka tertanya-tanya siapakah gadis yang tiba-tiba sahaja muncul itu.

" Kim Yuna!" Wonwoo mula menarik Yuna untuk keluar dari situ namun gadis itu tetap berdegil. Yuna mengorak langkah ke arah Hyerin. Pang! Satu tamparan hinggap di pipinya.

" Kau ni siapa?! Tiba-tiba datang majlis anak aku, lepas tu buat kacau? Security! Tolong bawa perempuan ni pergi!" Arah Puan Jeon.

" No! No! Don't touch me!" Yuna meronta-ronta untuk melepaskan dirinya. Namun kudratnya tidak dapat melawan pegangan mereka.

" Hyerin sayang, are you okay?" Puan Jeon menyoal. Kelihatan Puan Min turut mengusap lembut pipi anak gadisnya.

" Alaa tak sakit pun. Kita mula balik eh majlis ni?" Hyerin berkata lantas tersenyum pahit.

End Flashback.


" Apa ni Yuna? Orang tengok lah" Lamunan Bella mati apabila mendengar Wonwoo bersuara.

" Eh perempuan! Kau ni memang tak tahu malu kan?! Dia ni kekasih aku dan juga bakal suami aku! Kau jangan nak jadi perempuan murah kat sini!" Tempelak Yuna.

" Yuna! Aku cakap cukup, cukuplah! Antara kita berdua tak pernah ada apa-apa! Kau yang asyik kejar aku, aku tak pernah suka perempuan macam kau pun" Suara Wonwoo sudah naik. Walaupun dia kaki perempuan, namun memang dia tidak pernah melayan gadis itu. Sentuh pun tak pernah.

" Apa yang kau dah buat kat dia hah?!" Yuna mendekati Bella lantas satu tamparan singgah di pipi Bella. Bella terkedu. Ini kali kedua. Kali kedua dia tampar oleh gadis yang sama dan disebabkan lelaki yang sama.

Pang! Bella membalas. Dia sudah tidak tahan lagi. Bella bukanlah Hyerin yang dulu! Gadis dihadapannya ini perlu diajar.

" Dengar ye Yuna-ssi, saya dengan Wonwoo cuma sekadar bos dan pekerja. Lagi pun saya tengok Wonwoo macam tak selesa je dengan awak. So sebagai seorang perempuan yang ada harga diri, apa kata awak menyerah kalah je? And one more, kalau saya dengan Wonwoo ada apa-apa pun, apa salahnya kan? Saya pun single lagi" Sengaja Bella mencurah minyak ke api yang marak. Kemarahan Yuna semakin memuncak apabila melihat Bella selamba memeluk lengan Wonwoo.

" Kau..!"

" Betul cakap Bella tu. Dah jom kita pegi Bella" Wonwoo memotong percakapan Yuna lantas diheretnya Bella pergi dari situ.

" Pipi awak.. okay?" Soal Wonwoo prihatin setelah mereka masuk ke dalam kereta. Bella hanya mengangguk kecil.

" Kita pergi klinik ye?" Bella ketawa hambar mendengar ayat itu.

" Buat malu je pergi klinik sebab kena tampar" Balas Bella. Dia kemudiannya membuang pandangan ke luar tingkap. Air matanya mengalir setitik demi setitik dan kemudiannya mengalir laju. Kenapa Wonwoo? Kemapa baru sekarang awak ambil berat pasal saya? Kenapa sekarang baru awak kisah kalau saya sakit? Kenapa baru sekarang? Kenapa bukan dulu? Kenapa bukan kita bergelar suami isteri dulu? Kenapa awak buat saya jatuh cinta pada awak lagi? Semua itu jawapan itu hanya ada pada Wonwoo.


Update MUEHEHEHWHWEHE. Vote and comment for this chap. Saranghae readers

We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)Where stories live. Discover now