Wonwoo mengerling Bella yang dari tadi asyik senyum meleret. Mungkin gembira sangat dapat berjumpa teman baiknya tadi.
" Gembira lah awak jumpa bestfriend awak tu?"
" Sangat-sangat. Dia antara orang yang paling penting dalam hidup saya" Balas Bella.
" Kenapa tak bercinta je dengan dia?" Soal Wonwoo.
" Saya cintakan orang lain" Bella membalas tanpa langsung dia sedari.
" Siapa?" Wonwoo semakin berminat untuk mengetahui. Entah kenapa hatinya berasa sakit mendengar pengakuan jujur Bella.
" Awak.." Jawapan itu hanya dijawab dalam hati. Ya, dia mengaku. Dia masih cintakan Wonwoo. Dendamnya? Hurm, entah la. Baru chapter 7 fanfic ni dia dah mengaku kalah.
" Cinta pertama saya" Kali ini baru lah Bella betul-betul menjawab. Dia mengerling ke sebelah. Mahu lihat reaksi Wonwoo.
" Siapa dia tu?"
" Kalau saya bagi tau bukannya Bos tahu pun. Sibuk je bos ni!" Bella menjuihkan bibirnya berpura-pura menyampah. Sedangkan hatinya bagai ingin meletup.
" Ye lah" Wonwoo mengalah. Lagi pun gadis itu betul. Kalau Bella cakap, bukannya dia tahu pun. Kenapa la kau sibuk sangat Jeon Wonwoo?
Deringan telefon tiba-tiba sahaja memecah kesunyian. Bella mengangkat kening apabila melihat nama yang tertera pada skrin.
" Siapa call?" Soal Wonwoo apabila melihat Bella kekal membatu.
" Manager Kim" Bella membalas. Jarang betul pengurus ini menelefonnya. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Tapi.. kenapa tak telefon Wonwoo je?
" Hello..?" Bella menjawab juga panggilan itu.
" Apa? Okay, nanti saya cakap dengan bos" Talian diputuskan. Bella menoleh ke arah Wonwoo yang masih memandu. Riak wajah risau terpamer di wajahnya.
" Bos, Manager Kim cakap ada kemalangan dekat tapak projek kat Busan. Tuan Jeon suruh bos tengok-tengokkan. Secepat mungkin" Bella bersuara dengan suara yang cemas. Mana tak cemasnya, projek itu bernilai berbilion-billion ringgit. Kalau apa-apa jadi, boleh bankrap syarikat.
" Okay. Lepas saya hantar awak ke company, saya pergi" Wonwoo membalas tenang. Tiada tanda-tanda yang dia juga risau.
" No! Saya ikut Bos!"
" Sekarang dah petang Bella. Maybe malam nanti baru balik" Wonwoo membalas.
" Bos buatkan saya ni nampak macam seorang secretary yang tak berguna.." Bella berkata sayu. Ya, itu lah yang dia rasakan. Wonwoo buatkan dia nampak macam bukan seorang pekerja.
" Tak.. saya tak ada niat nak anggap awak macam tu cuma.." Wonwoo kehilangan kata-kata. Lemah semangatnya melihat wajah sayu Bella. Aduh kenapa dengan aku ni?
" Cuma apa?"
" Baiklah. Awak boleh ikut saya" Wonwoo memberi kata putus.
" Yes!" Ceria Bella membalas. Dalam hati dia bersorak keriangan kerana dapat memujuk Wonwoo.
" Tapi awak kena call parents awak yang awak ikut saya dan mungkin akan balik lambat" Pesan Wonwoo. Eh kejap! Sejak bila kau jadi sopan ni Jeon Wonwoo? Tak pernah pulak kau minta izin nak bawa anak dara orang keluar! Haish, apa kena dengan aku ni?!
******
Bella memandang langit yang semakin gelap. Tidak lupa juga bunyi guruh berdentum. Hari sudah hendak malam dan hujan mungkin bakal turun. Nasib baik mereka sudah selesai melawat tapak projek.
YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Fanfic" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...