Malam itu, aku berehat di dalam bilik sambil mendengar lagu. Malam ni kami tdo di hotel. Sebab angah bersanding dekat dewan hotel ni.Aku tdo sorang dalam bilik ni. Nasib best bilik ni.
Telefonku berbunyi menandakan ada whatsapp masuk. Aku membuka. Mesej itu daripada Najmi. Aku melihat mesejnya. Dia hantar gambar la.
Aku buka gambar yang dia send tadi. Gambar aku dan dia di masjid tadi. Aku mengukir senyuman.
'Thank you' aku membalas mesejnya.
Aku melihat profile picture si najmi ni. Wait !!! Dia tukar gambar profile dia. Gambar aku dan dia. Ni kalau orang tak tahu ni, mesti ingat kami couple haduh!!
'mmmm. Dah tdo ke ??'- najmi
'Belum tak boleh tdo' -aku
Dia tinggalkan aku blue tick je. Ish baik tak payah layan. Aku tiba2 rasa mengantuk. Aku pun tdo. haha
********************
Keesokan harinya aku bangun awal sikit. Sebab nak tolong apa2 yang patut."Yana dah pergi masuk bilik tukar baju. Lepastu suruh along siapkan angah tu" ujar mama. Aku hanya mengganguk.
Harini kami sekeluarga pakai baju yang sama warna iaitu warna oren. Aku pakai dress oren dan shawl oren. Harini Syamien juga memakai dress oren. Arfa dan Syasya tak dapat datang. Ada urusan yang penting.
"Syamien, kau makan la dulu. Nanti aku teman kau. Mak aku suruh aku siapkan abang aku" ujarku
"Ok" jawabnya. Aku terus berlalu pergi ke bilik angah. Along tengah menyiapkan angah. Aku duduk lihat gelagat mereka berdua.
"Eh senyap je. Teringat bos ke ?" Usik angah. "Mana ada. Senyap pun tak boleh ke ?" Jawabku.
"Haih ngah, tak lama lagi kita berdua akan dapat adik ipar lelaki pula" usik along
"Betul tu" sokong angah.
"Eee korang ni. Yana dengan dia tak ada apa2 la. Just bos dengan pekerja. Jangan la fikir sampai ke laut. Haduh" jawabku.
"Eleh dah jatuh cinta tu cakap jela, nak cover pula" kata along, aku hanya memberinya jelingan tajam. Selesai siapkan angah. Kami keluar dari bilik bersama.
Aku mencari kelibat Syamien. Aku lihat dia sedang makan. Dimeja itu hanya dia seorang sahaja. Aku pergi ke arahnya lalu duduk di sebelahnya.
"Hello" sapaku. "Hah yana kau ni tinggalkan aku pula. Dahla aku sorang. Dewan ni pulak ramai orang" ujar syamien dalam nada merajuk.
"Alololo chill la. Ok sekarang aku teman kau sepanjang masa." Dia tersenyum. Tiba2 kerusi sebelah ku ditarik oleh seseorang. Najmi rupanya. Meja aku dan Syamien dikelilingi oleh kawan Najmi. Syamien tersenyum nakal padaku. Aku menjelingnya.
" Awak dah makan ke ?" Soal si Najmi .
"Belum.nanti la saya makan " aku lihat syamien dah senyum2. Telefon syamien berbunyi.
"Eh yana aku jawab call kat luar jap eh?" katanya aku hanya mengganguk.
Tiba2 ada seorang lelaki muncul,
"Sorry Mi, aku lambat. Pergi toilet tadi. Hehe."
Sapa lelaki tu."Ish kau ni, dah duduk la nak berdiri sampai bila ?" Ujar najmi pula. Mungkin tu kawannya.
"Eh Mi, siapa tu ? Makwe ke ?" soal lelaki itu sambil menunding jari ke arahku.
"Owh ni la adik Abang Azmi. Dan dia juga Personal Assistant baru aku tu" kata najmi.
"Owhh hye, saya Nazim adik kak Nia dan Najmi. Umur awak berapa ?" owh adik Najmi, patutlah muka sama.
"Saya Aryana Sofea panggil Yana je, umur saya baru 21 tahun" jawabku sambil tersenyum.
"Eh kita sebaya la" katanya. Aku hanya tersenyum. Aku perasan si Nazim ni asyik pandang aku je.
"woi kau dah kenapa pandang Yan aku macam tu ?" Soal Najmi. Nazim tersengih.
Syamien tiba2 datang.
"Yana sorry lambat. Eh kalau aku lambat pun mesti kau suka. Sebab boleh la kau berdua duaan dengan si Najmi kan ?" Katanya aku hanya menjeling.
Syamien baru nak duduk tiba2 muka dia lain bila nampak Nazim. Nazim juga sama seperti Syamien
"Kau ???" Soal mereka serentak. Syamien kembali berdiri lalu berlari keluar sambil muka menahan nangis. Nazim terus bangun mengejar syamien.
Aku dan Najmi berpandangan sesama sendiri.
*********sambung********
YOU ARE READING
Never leave you ✔
Romansa"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~