Akibat kesesatan satu kumpulan di hutan, kami dibenarkan untuk balik awal. Papa yang mengambilku .Syamien menumpangku untuk balik ke rumah. Maklumla rumah Syamien ni sebelah rumah aku je. Aku lihat syamien sudah selamat dibuai mimpi. Sampai sahaja di rumah, aku terus naik ke bilik, aku mandi dan menyusun barang2. Tiba2 telefon ku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku membukan aplikasi whatsapp.
'Korang esok outing jom kat Wangsa Walk' -Arfa
'Aku ok je pukul berapa ?" - syasya
' Pukul 8 boleh ?' -Arfa
'Ala lambat ah sikit. Time tu aku dibuai mimpi' -syamien
'Kau memang. So esok pukul 8 eh ?' -arfa
'Mmm yela sapa amik sapa ni ?' -syamien
'Aku ok je' -syasya
'Esok aku amik korang depan rumah. Nanti driver aku hantar sampai stesen LRT je. Boleh ?' -Arfa
'Ok nanti aku tanya papa aku' -aku
'Ok' -syamien
'Ok bosss' -Syasya
Aku menutup telefon. Aku turun kebawah untuk makan. Aku mencari kelibat mama dan papa. Aik ?? Takde pun. Aku menjerit nama along dan angah.
"AlONG, ANGAH KORANG KAT MANA ?" Jeritku
"Woi kau dah kenapa jerit2 ni ? Kiteorang kat luar ni " kata angah. Aku terus berlari keluar. Aku lihat mereka sedang berbual.
"Hello buat apa tu ?" Soalku
"Ni tengah buat KLCC nak tolong ? Meh sini " perli along.
"Ish tanya pun tak boleh. Mama dengan papa mana ?"
"mama dan papa keluar beli barang dapur. Ni yana mama suruh kita makan dulu. Mama tak masak. So harini biar cef Azim yang masak. Korang pergi tengok tv dulu. Jangan kacau" kata Along.
"Mmmm yela" jawab aku dan angah serentak.
40 minit kemudian,
"Along lamanya kiteorang dah lapar ni, along masak ke buat dapur?" Kataku
"Ish korang ni sabar la jap" kata along dari dapur.
"Angah, lapar ni" ujarku
"mmm tunggu lagi 5 minit. Kalau tak siap juga, confirm dia buat dapur" aku dan angah ketawa.
"Ha dah siap ni. Boleh makan " kata along.
"Yeay" kata aku dan angah. Setibanya kami di meja makan. Kami terlopong.
"Punyalah lama kau kat dapur, kau buat Maggie je long. Selama 1 jam kau masak ni je ? " kata angah. Aku hilang kata2
"Alaa kira oklah tu.Kau ingat senang ke nak masak? makan ni pun kenyang apa" kata along sambil menjongkitkan kening.
"Betul la kau ni long" kata angah. Along hanya tersengih seperti kerang busuk.
"Dahla makan jela. Penat aku masak" masak maggie pun penat ke ? Kami pun makan masakan daripada cef Azim.
"Amacam sedap tak ? Nak order untuk jamuan ? Sila layari www.cefazimhandsomesadosemuaada.com.my"
Kata along tiba2."Tak payahla long, aku rasa takde sapa nak beli masakan kau. Masak pun berejam. Orang gila je sanggup order" aku dan angah ketawa terbahak-bahak. Along memuncungkan bibir
"Alololo along masak sedap la. Kalah chef Wan" pujuk ku
Kami bertiga kertawa
******sambung******
YOU ARE READING
Never leave you ✔
Romance"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~