Bab 27

8.4K 248 10
                                    

Pagi itu aku bangun, mandi dan solat. Aku turun kebawah untuk sarapan. Aku lihat mama,papa,along,angah,kak mira dan kak Nia sedang bergelak ketawa di bawah.

"Good Morning" aku menyapa mereka

"Good Morning Yana" jawab mereka serentak. Aku duduk di hadapan mama.

Aku mencapai pinggan dan mencedok sedikit mee goreng. Tengah sedap aku makan, tiba2 mama bersuara

"Erk !! Yana" panggil mama

"Mmm" jawabku sambil menyuap mee ke dalam mulut.

"Semalam Mak kak Nia call, dia kata nak tunangkan kamu dengan Nazim sabtu ni" kata mama. Aku makan mee terus tercekik. Air !! Air !!. Along di sebelahku menghulurkan air. Aku terus mencapai dan minum dengan rakus. Aku terbatuk.

"Yana ok tak? Macam mana boleh tersedak ?" Soal mama. Aku tidak menjawab soalannya.

Memang tersedak la kalau keluar topik macam tu. Hari ni hari Rabu, lagi beberapa hari je ? biar betul?.

Aku meletakkan gelas di atas meja dan memandangnya.

"Kenapa awal sangat ? bulan depan tak boleh ke ? Yana tak ready lagi" soalku kepada mama

"Alaa bertunang je. Takpela, lagi cepat lagi bagus. Dapat la mama timang ramai cucu" jawapan dari mama tu buat mata aku terbeliak.

Aku memandang along dan angah silih berganti meminta simpati. Along dan angah mengangguk faham akan maksudku.

"Mama, awalnya biarlah dia ready dulu. Lagipun dia muda lagi" kata along kepada mama

" Ala, muda2 la kena cepat. Nanti orang kebas kesian Nazim" jawapan yang tak beberapa logik oleh mama membuat aku terlopong.

"Eh mama, kalau Yana tak ready lagi takpelah nanti Nia cakap dengan mummy supaya lewatkan sikit" kata Kak Nia. Aku mampu mengucapkan terima kasih kepada Kak Nia di dalam hati.

"Eh takpe2 biarlah awalpun. Lagipun mama lagi suka" Aku nak nangis dengar jawapan mama.

"Awak ni buat keputusan pun agak2 la. Yana muda lagi kut chill la" papa menyokong aku. Yes !! I love you papa.

" Biarlah, bertunang je pun. Bukan kahwin" Kata mama.

"Ish sukahati awak la" jawab papa.

Memang la bertunang je, tapi bagi aku bertunang tu macam dah kahwin. Sebab nanti nak keluar dengan orang lain pun kena bagi tahu. Haih.

"So nanti Yana dengan Nazim pergilah beli cincin nanti" kata mama. Aku rasa menyesal terima lamaran Nazim. Betul kata along, kalau aku pendam perasaan lama2 aku yang seksa diri sendiri.

Kalau la boleh aku putarkan masa, aku memang tak akan terima lamaran Nazim. Aku tak boleh berbuat apa2 dah.

Selesai makan, aku terus naik ke bilik. Aku duduk di balkoni sambil mengingatkan kembali tentang perbualan di meja makan tadi.

Aku meraup wajah tanda serabut. Tiba2 aku teringatkan Syamien. Macam mana aku nak bagi tahu dia ?? Dia mesti sedih sebab aku akan bertunang dengan orang yang pernah dia cinta.

Aku memicit kepala. Aku menarik nafas dalam2 lalu mencapai telefonku untuk berjumpa dengan kawan2 ku . Siapa lagi kalau bukan Arfa,Syasya dan Syamien. Aku mengajak mereka berjumpa di kedai makan.

***************************
Sampai sahaja di kedai makan, aku mencari kelibat mereka. Ha jumpa ! Aku terus pergi ke arah mereka.

"Assalamualaikum" aku memberi salam. Aku menarik kerusi duduk dihadapan Syamien.

"Waalaikumusalam" jawab mereka bertiga serentak.

"Ha ada apa nak jumpa kitaorang ni ? Ada masalah ke ?" Soal Arfa. Kami mengambil order dulu. Setelah selesai order aku menjawab soalan arfa.

"Erk sebenarnya aku ajak korang jumpa ni sebab, aku nak bagitahu yang aku.....aku..." ayat aku tergantung.

"Aku apa ?" Soal syasya teruja.

"Aku..nak bagitahu yang aku nak bertunang sabtu ni" mereka terlopong dan bersorak riang.

"Wahhh kawan kita nak bertunang la. Bila kau ada boyfriend ? Owh dah ada calon bukan nak bagi tahu kitaorang kan. Dah nak bertunang baru nak bagitahu. Siapa lelaki yang mencuri hati kau tu ? Owh i know tak payah cakap. Najmi kan.. aww masin mulut aku" Kata syasya. Aku menggeleng melihat telatah syasya yang agak over. Aku pandang Syamien. Dia tersenyum,

"Err lelaki tu...Nazim" aku jawab dengan lambat. Aku memandang Syamien.

Senyuman yang manis di bibirnya tadi terus mati apabila aku menyebut nama Nazim. Perasaan serba salah mula masuk dalam diri. Arfa dan Syasya terdiam.

"owh really?  congrats. Dah nak tunang dah kawan aku sorang ni" ujar syamien. Aku tahu Syamien cover rasa kecewa dia

"Syamien maafkan aku, aku takde niat pun nak sakitkan hati kau" kataku dengan nada menyesal. Aku pandang wajah Syamien.

Syamien memberikan ku senyuman yang manis walau hakikatnya dia sedang bersedih. Aku tak sanggup lihat wajah Syamien.

"Eh asal pulak nak minta maaf. Jodoh kau dah sampai Yana, takpelah. Lagipun kau ada hak nak pilih siapa. Aku dengan dia pun dah takde apa2. Aku tak marah kau pun Yana. Aku tumpang gembira, sebab kawan baik aku akan menjadi tunang orang tak lama lagi" jawab Syamien. Syasya dan Arfa hanya memerhati.

"Tapi aku rasa aku macam perampas cinta kau" jawabku. Air mata aku mengalir. Aku tak sanggup nak buat kawan baik aku macam ni. Syasya di sebelah mengusap bahuku.

"Yana, jangan cakap macam tu. Kau bukan perampas. Aku tak pernah anggap kau sebagai perampas. Jangan risaukan aku, risaukan hari pertunangan kau tu. Aku ni ramai lagi lelaki yang nak kat aku kat luar sana. Well i kan cantik" pujuk Syamien. Aku tersenyum dengan kata2nya.

"Siapa nak dekat kau ? Orang gila ke ?" Soalku. Syamien memuncungkan mulut.

"Kau jangan buat mulut muncung macam tu boleh tak ? Geli la. karang aku bawak orang gila datang sini suruh cium muncung itik kau tu" Kata Arfa. Syamien terus tersenyum. Kami berempat ketawa.

"Nanti jemput datang la ke majlis aku sabtu ni" jemputku.

"Insyaallah" jawab Arfa dan syasya. Tiba2 Syamien memetik jari.

"Yana, aku minta maaf sebab sabtu ni aku dengan family aku kena bertolak pergi Terengganu sebab sedare aku kahwin. Sorry beb" kata Syamien.

Aku hanya mengganguk. Kami makan makanan yang telah sampai.

***********sambung*********

Never leave you ✔Where stories live. Discover now