Bab 11

11.2K 321 8
                                    

Sampai sahaja di rumah, aku memberi salam "Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam" jawab mereka serentak.

"Yana siapa hantar yana balik ?" Soal angah. Aduh ni kalau aku jawab ni, mesti dia asyik kenakan aku je. Nak tak nak kena la jawab.

"Mmmmmm encik najmi yang hantar" haduh minta2 la angah tak usik aku." Siapa encik najmi? Pakwe yana ke?" soal angah. "Bukanlah boss yana" aku menjawab dengan perlahan.

"Fuyoooo belum apa2 dah couple dengan boss. cayala yana huh" tengok!!! Aku dah agak dah, belum apa2 dah salah faham.

"Apa angah ni, dia hantar yana balik je kut. Lagipun boss yana tu bekas senior yana masa kat sekolah dulu" jawabku .

"Owhh bekas senior, jodoh yana kut" eii dia ni buat orang sakit hati betul lah ish.

"Apa angah ni ke situ pula. Dah la yana nak naik mandi. Malas nak layan angah" mereka semua hanya mengetawakan aku. Bukan nak tolong.

Selesai mandi,aku duduk di atas katil.Aku mencapai telefon untuk memberitahu kawan2ku yang aku dah dapat kerja dan siapa yang jadi boss aku. Terkejut beruk dieorang. Aku biarkan dieorang kecoh dalam tu. Aku mengingati peristiwa di kedai makan tadi. Tanpa aku sedar aku dah tersenyum sendiri

Flashback

Tengah syok makan tiba tiba si mamat sewel ni kata "Esok aku nak kau tunggu aku tepat pukul 7:30 pagi. Kalau kau lambat aku denda kau tak boleh guna lif buat masa seminggu."

Pulak dah. Aku tak suruh pun dia datang amik aku kat rumah. Dia yang nak pastu bila orang lambat kena denda pula. Haih nasib kau la Yana dapat bos macam ni.

"Err insyaAllah. Encik najmi ambil saya nanti naik kereta ke naik motor?" Ye la mana tau si mamat putus suis ni tetiba naik motor ke mampus aku. Dah la pakai baju kurung.

"Kau ingat aku apa? Tak cukup duit nak beli kereta?" Ish dia ni aku tanya dia tanya aku balik.

"Tak de la saya bukan apa cuma saya nak standby je kalau tetiba encik najmi naik motor ke. Mana la tau kan?" Kataku.

"Tak payah nak berencik encik sangat. Kat office je panggil aku encik. Kau panggil aku Mi je " tegas si mamat ni. Mi?  Milo ais?  Mi udang?

"Baiklah,Rayyan Najmi." kataku.

"Eh kau ni tak faham bahasa eh? Aku cakap Mi je yang kau pergi sebut nama penuh aku tu apahal?"

Eleh aku tambah nama pun nak kecoh. "Maafkan saya, Mi ." ha puas hati? Aduh bikin masalah la dia ni.

End of flashback

*********************
Najmi P.O.V

Haih yana, seronoknya aku dapat kenakan kau.Aku bersyukur sangat dapat berjumpa dengan kau. Kau perempuan yang lain daripada lain. Tak macam si Fasha tu. Aku rindu sangat dekat kau. Sebenarnya aku tak kisah pun pasal kejadian dekat mall tu.

Yana, kalau kau tahu la kan. Aku memang suka kau daripada sekolah lagi. Sejak kita langgar dekat mall tu. Aku langsung tak jumpa kau. Tapi Alhamdulillah sekarang aku jumpa kau. satu tempat kerja lagi.

*********************
***
Seperti yang dijanjikan, hari ni bos baru aku akan ambil aku kat rumah. Jadi, seawal jam 7:20 pagi aku dah terpacak kat depan rumah. Ye la nanti kang tak pasal pasal mamat tu tinggalkan aku.

Beberapa minit kemudian, "Weh mana mamat ni kata nak datang pukul 7:30 sekarang ni dah pukul 7:45. Semalam dia kata dia nak denda aku kalau lambat tapi last last dia yang lambat." bebelku seorang diri.

Ish tak boleh jadi ni. Nanti tak pasal pasal rekod aku buruk sebab lambat masuk office. Ye la first day dah buat hal.

Aku pun menahan sebuah teksi berhampiran dengan kawasan rumahku. Alhamdulillah nasib baik ada teksi. Nak harapkan mamat tu memang tak la.

Sampai saja di office, aku terus menuju ke bilik bosku. Maklumlah dia kata aku kena sentiasa ada dalam bilik dia. Senang sikit dia nak suruh buatkan air ke, basuh pinggan ke, cuci tandas ke. Sampai aku pun tak tahu yang aku ni sebenarnya PA ke kuli.

Aku mengetuk pintu berkali kali. Aik? tak de orang ke? Takkan dia tak sampai lagi? Perlahan lahan aku memulas tombol pintu biliknya. Memang tak de orang.

Nak masuk ke tak nak? Masuk je la. Mesti la secara automatik bilik ni jadi bilik aku jugak.

Tiba tiba kedengaran bunyi pintu dibuka macam ribut taufan. "Astaghfirullahalazim. Encik kenapa ni?!?!?!" soalku terkejut.

"Sorry aku lambat bangun tadi." jawabnya selamba.

"Oh patut la saya tunggu kat depan rumah, encik tak sampai sampai." kataku sedikit kecewa. Ye la penat je aku tunggu lama lama.

Pukk. Najmi menepuk dahi. "Sorry sorry sorry macam mana aku boleh lupa?!."

"Tu la encik. Banyak makan semut mungkin."

"Apa kau cakap?!" Alamak mamat ni dah ada aura nak marah gamaknya. Ish kau pun satu Yana pergi cakap macam tu buat apa.

"Eh tak de la. Saya cuma cakap mungkin semua ni takdir Allah." Wah pandai kau coverline eh Yana. Fuh nasib baik dia tak cakap apa apa.

"Kau tercegat apa lagi? Pergi la buat kerja."

Aku melihat sekeliling. Nak buat kerja apa?

"Err bukan saya tak nak buat kerja tapi sekarang ni saya nak kena buat apa ye?"

"Aduh kau ni nampak macam profesional tapi tu pun nak kena ajar. Kau nampak tu?" katanya sambil menunjukkan kertas kertas yg menimbun di atas kabinet yg berisi fail fail penting.

"Nampak." jawabku sepatah.

"Ha aku nak kau ambik semua kertas kertas tu lepastu stapler ikut urutan yang betul. Dah siap buat tu kau masukkan dalam fail ikut nama nama dia. Pastu kau bawak semua fail fail ni turun bawah suruh Farah check balik data data ni. Meja dia kat tingkat 6. Pastikan jangan ada satu pun terlepas. Jangan sampai hilang. Jangan sampai koyak. Aku nak keluar sekejap ni. Pastikan bila aku datang nanti kerja kau semua dah siap."

Waaa boleh tahan banyak. Pastu cerewet pulak lagi. "eh tapi encik nak pergi mana?" soalku.

"None of your business." katanya sebelum meninggalkan aku. Aku tanya je haduh.

45 minit kemudian

"Alhamdulillah selesai juga tugas aku. Punya la menimbun kertas kertas ni. Ok sekarang ni tinggal nak suruh Farah check je." kataku seorang diri.

Aku keluar dan terus menuju ke tingkat 6. Selesai sudah kerja aku. Ok so aku nak kemas meja si mamat putus wayar tu. Ha kau dulu mamat sewel sekarang segala mamat aku bagi kat dia. Hehe jahat la kau ni yana.

******bersambung******

Never leave you ✔Where stories live. Discover now