Bab 23

8.6K 275 1
                                    

Aku nak ceritakan perkara ini kepada Syasya, arfa dan Syamien.

Tapi bila difikirkan balik, Nazim ada dalam cerita aku. Aku takut dia fikir benda lain pula.

Baik aku ajak dieorang pergi shopping.

**************************
Selesai shopping, kami makan di Mcdonald. Tiba2 Syamien tanya soalan cepumas.

"Yana, kau suka Nazim ?" Dah kenapa pula dia tanya soalan ni.

"Ish merepeklah. Mana ada. Kau okay tak ? Tiba2 tanya soalan macam ni" ujarku.

"Yana, aku nampak kau dan Nazim dekat taman tasik haritu. Aku tengah jogging, aku nampak kau duduk sorang2 kat bangku. Aku baru nak pergi kat kau, aku nampak Nazim datang kat kau sambil bawa aiskrim. Aku terus batalkan niat aku nak tegur kau"
Katanya sambil tundukkan kepala. Aku jadi serba salah.

"Maafkan aku Syamien, aku tak ada apa2 perasaan pun dekat dia. Dia yang ajak aku jogging. Betul Syamien aku tak tipu" kataku dengan penuh yakin. Syamien senyum padaku.

"Yana, takpela aku tak marah. Aku tanya je. Kalau kau suka dia pun, aku tak kisah. Aku takde hak nak halang. Takkan la pasal tu je aku nak marah kau. Kitakan kawan" jawabnya.

Terharu sangat dapat kawan macam ni. Syasya dan Arfa yang mendengar pun hanya tersenyum.

"Terima kasih Syamien, tapi aku tahu kau masih sukakan dia kan ?" Aku menyoal Syamien.

"Entahlah yana. Aku pun tak pasti sama ada aku masih sayangkan dia atau tidak. Tapi satu aku nak cakap. Kalau kau ada rasa cinta pada Nazim, kau pergi jela dengan dia. Jangan sebab kau fikirkan aku, kau sanggup lepaskan dia" ha ni melting.

"Apalah kau ni. Aku takde apa2 pun dengan dia. Kawan biasa je" kataku sambil tersenyum.

"eleh entah entah suka najmi" ujar syasya. Aku menjelingnya.

"Okok jom tukar topik. Taknak la jiwang2 macam ni" kata syasya selepas mendapat jelingan aku. Takut la tu. Kami ketawa.

"So macam mana dengan kerja kau Yana ? Bos Najmi garang tak ?" Soalan daripada arfa itu buat muka aku monyok.

"Haih aku dah kena buang kerja pun" jawabku

"HAH !!!!!!" jerit mereka bertiga serentak. Orang sekeliling semua pandang kami.

"Macam mana boleh jadi macam tu ? Kau buat apa sampai kena buang kerja ? Sekarang kau kerja apa ? " bertubi tubi soalan Syasya pada aku.

"Ish korang ni tak payah la jerit macam tu. Orang tengok la. Soalan punya banyak" jawabku

"Cepatla cerita kenapa kau kena buang kerja?" Soal Arfa lagi. Aku pun ceritakan la hal sebenar sampai habis. Mereka pun dengar macam tak percaya.

"Uishh dah buang orang, lepastu nak suruh orang masuk kerja balik" kata Syasya.

"Haih, apa2 la..malas nak fikir, dia kan memang macam tu. Masa kat sekolah pun aku terlanggar dia pun nak tengking. Ni salah faham pun nak buang kerja" jawabku

"So sekarang kau nak kerja apa ?" Soal Arfa.

"Aku pun tak tahu la. Kerja dekat zoo ok tak ?" Jawabku

"Hah sesuai sangatlah kau kerja dekat zoo tu. Apa kata kau kerja dengan kiteorang bertiga, nak tak ?" Soalnya. Aik ?? Dieorang kerja apa ? Ha kau nampak, kawan sendiri kerja apa pun tak tahu.

"Kau ni, betul la. Kiteorang kan dah bagitahu kau. Kiteorang buka butik pengantin sendiri" ujar syasya pula.

"Owhhh siapa bos ?" Soalku

"Kami bertiga la bos" ujar syamien pula. Aku julingkan mata ke atas.

"Okay la setuju la. Bulan depan aku start boleh ?" Terlopong dieorang.

"Asal bulan depan ?? Baik tahun depan" ujar arfa

"Aku nak pergi tenangkan diri dekat Pahang" jawabku.

"Kau ni, macam la masalah kau ni satu dunia terlibat. Sampai nak pergi tenangkan diri bagai. Lagi satu, nak tenangkan diri pergi la Dubai ke, Jepun ke, korea ke. Ni Pahang. Nak lagi best pergi masjid tu ha" membebel pula si Arfa ni. Deep der

"Ish aku suka dalam Malaysia je. Nak buat apa pergi jauh2. Dalam Malaysia ni banyak lagi tempat cantik aku tak pergi nak pergi negara orang. Sini sudahla" ujarku,

"Haih apa2 la Yana. Kau pergi dengan siapa ?" Syasya tanya aku.

" sorang" jawabku.

"Mmmm pergi sana nanti hati2 jaga diri, jangan cakap dengan orang tak kenal" ujar Arfa. Aku hanya mengangguk.

" eh ni paling penting. Jangan lupa belikan aku hadiah." Eh2 minah syasya ni. Aku nak pergi tenangkan diri, bukan nak shopping.

"Eh dahla jom. Aku nak balik. Esok kerja. Nanti kau datang je butik kami. Tak payah bawa sijil bagai. Anda diterima" ujar Arfa.

Wahhh bestnya tak payah interview , dapat kerja terus. Cakap pasal interview, aku teringat pasal Najmi.

***********sambung**********

Sorry bab ni pendek..

Never leave you ✔Where stories live. Discover now