Bab 32

9K 262 12
                                    

Semasa makan aku duduk di sebelah Nazim dan berhadapan dengan Najmi. Aku rasa kekok sekali lagi bila berhadapan dengan dia. Mungkin kata2 dia buat aku jadi kekok.

Keluarga Nazim tak habis2 tanya asal usul aku. Jenuh nak menjawabnya. Najmi dari tadi aku tengok dia monyok je. Dieorang semua terkejut yang aku adik Muhammad Azmi iaitu suami kepada kak Nia.

"Bila nak kahwin ?" Soalan cepumas daripada aunty zara buat aku dan najmi tersedak serentak. Aik !! Patutnya aku yang tersedak, Kenapa Najmi pula yang tersedak ?? Soalannya aku tak jawab sekadar senyuman la jawapan dia.

Aku tak ready lagi nak kahwin dengan Nazim. Aku kena belajar mencintai dia dulu. Aku kena buang perasaan aku pada najmi dulu. Sebab sekarang aku masih ada perasaan dekat najmi.

"Dah2 la tu soal siasat yana, korang ni. Dia nak makan la" ujar mummy Nazim. Yang lain semua hanya tersengih.

****************************
Petang itu, aku duduk sahaja di pantai seorang diri. Aku masih fikirkan maksud yang disampaikan oleh Najmi. Apa maksud dia sebenarnya ? Aku perlukan jawapan. Tiba2 ada seorang menyapa aku dari belakang

"Yana, buat apa kat sini sorang2 ? Mengelamun apa ?" Soal angah. Aku hanya tersenyum memandang angah.

"Yana, kenapa ni ? Kalau ada masalah cerita je kat angah, mana tahu angah boleh tolong yana" kata angah. Aku nak cerita , tapi aku tak tahu nak susun ayat macam mana.

"Sebenarnya, yana fikir pasal..." ayatku tergantung.

"Fikir pasal siapa ? Cakap jela, angah tak gelak pun"kata angah.

"Yana fikir pasal na..najmi" jawabku teragak agak. Angah mengerutkan kening.

"Kenapa yana fikir pasal najmi ? Kenapa ?" Soal angah.

"Yana tak tahu la angah. Tadi masa kiteorang kat lobby, yana tanya dia, siapa yang ganti tempat kerja yana, jawapan dia buatkan yana terfikir sampai sekarang" jawabku

"Apa jawapan dia ?" soal angah

"Dia kata, takde siapa boleh ganti tempat yana, sebab yana terlalu special untuk dia, hanya yana boleh jadi PA dia. Tiada siapa selain yana. Yana tak tahu la, jawapan dia tu macam mengharapkan yana jadi PA dia atau sebaliknya" ujarku.

"Sebaliknya tu macam mana ?" Soal angah. Ala angah ni buat2 tak tahu pula.

"Ala macam dia taknak yana pergi dari hidup dia" jawabku. Aku lihat angah tersenyum. Kenapa dia senyum ??

"Kenapa senyum ?" Soalku.

"Yana tahu tak, bila angah dengar yana bagitahu jawapan Najmi, angah dah nampak something kat situ" kata angah. Ape maksud angah ni ? Aku mengerutkan kening. Angah tersenyum kembali.

"Yana pernah cakapkan yang Najmi pernah mesej yana, yang dia cintakan yana. Then till now, dia masih cintakan yana. Tapi dia terpaksa tahan. Sebab yana dah jadi tunang orang" aku fikirkan kembali kata2 angah. Betul juga.

"So mean, dia masih cintakan yana ?" Soalku,

"Yepp, dan angah ada satu soalan KBAT untuk yana" alamak, soalan apa pulak ni ?

"A..apa soalan nya ?" aku bertanya.

"Yana pun cintakan Najmi kan ? Sebab angah boleh tengok dari wajah yana. Kan ?" soal angah. Aku terdiam. Angah memandang tepat ke dalam mata aku. Aku alihkan pandangan mataku.

"Yana, tak payah nak bohong angah la. Angah tahu. Baik yana jujur. Yana pun cintakan dia kan ?" Soal angah lagi. Aku terdiam. Angah tersenyum

" yana, sampai bila yana nak simpan perasaan yana? Luahkan je yana. Ingat tak along cakap apa ? Lama2 simpan perasaan, kita yang sakit hati" tanpa sedar, aku mengalirkan air mata. Aku tak tahu kenapa aku nangis. Sukar untuk aku tafsirkan. Maafkan aku pembaca semua.

*****************************
Keesokan harinya, hari terakhir kami di sini. Sekejap je kami kat sini. Dua hari je kat sini. Pagi itu, kami pergi jalan2 di langkawi. Aku share kereta dengan Nazim, najmi dan siapa lagi kalau bukan Sotong gurita ni,lisa.

Dalam kereta dia ni membebel je. panas la, penat la. Aku tampar juga perempuan ni kang.

Malam itu, kami semua bermain aktiviti hari keluarga untuk kali terakhir. Saudara Nazim, azrul menjadi pengacara permainan ini. Ala kononnya masuk TV la.

Disediakan dua kotak, Azrul akan mengambil kertas di dalam kotak itu. Satu kotak aktiviti, satu kotak lagi nama kami. Jika azrul mengambil kertas di kotak aktiviti tertulis ' menari', azrul akan mencabut kertas yang di kotak tertera nama kami. Maka orang itu akan dipanggil untuk menari.

Tiba giliran aku, aku perlu menyambung lirik yang dinyanyikan oleh azrul. Aku berjaya. Tiba2 azrul memanggil najmi. Bermakna giliran najmi pula. Aktiviti dia menyanyi. Aku lihat dia naik ke atas pentas. Dia mencapai gitar yang disediakan.

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya


Berakhirlah sudah lagu terakhir yang dinyanyikan oleh Muhammad Rayyan Najmi. Aku tiba2 rasa tersentuh dengan lirik lagu tu. Aku rasa ade air yang mengalir dari mata aku. Tiba2 aku teringat akan kata2 angah.

Najmi nyanyikan lagu ni untuk aku ke ??

***********sambung*********

Korang, yang pasal kotak tu, kalau tak faham, buat2 faham jela. Saya pun tak faham apa yang cuba saya nak sampaikan..hehehehe

Never leave you ✔Where stories live. Discover now