Harini aku mengemas baju untuk pergi ke Pahang. Semua barang dah bawa tiada satu pun tertinggal. Aku turun kebawah dengan bagasi.
"Yana pergi sorang je ? Tak bawa kawan ??" Soal mama dengan riak wajah risau.
"Ya mama, jangan risau la yana dah boleh jaga diri. Nanti Yana akan call mama dan papa sepanjang Yana dekat Pahang" kataku.
"Takdelah. Mama risau sebab yana sorang. Biasanya kalau nak pergi jauh pun, along dengan angah yang ikut Yana. Sekarang along dengan angah dah kahwin. Kena jaga isteri masing2. Yana kahwin la cepat. Nanti takde la keseorangan" aik mama ni dah kenapa nak suruh aku kahwin ?? Seram pula aku.
"Ish mama ni. Ke situ pula" jawabku lalu memuncungkan mulut.
"Hah betul la kata mama tu. Papa nak juga timang menantu lelaki" aduhaiiii tolonglah..
"Mama dengan papa ni. Tengah tunggu jodoh la ni" kataku lalu tergelak. Mama dan papa gelengkan kepala.
"Ok Yana pergi dulu" aku menyalam tangan mama dan papa. Aku pergi naik kereta. Aku pinjam kereta papa. Papa ada 2 kereta, jadi aku pinjam la satu.
Tengah aku masukkan barang dalam kereta, tiba2 ade orang menyapaku.
"Awak nak kemana dengan bag semua ni ?" Nazim menyapaku
"Saya nak pergi bercuti sambil tu boleh tenangkan fikiran" jawabku sambil memasukkan bag kedalam bonet kereta.
"boleh saya ikut ?" soalnya
"Tak payah la. Saya taknak susahkan awak. Lagipun saya nak bersendirian dekat sana" jawabku, aku taknak dia ikut.
"Okay, awak pergi sana berapa hari ?" Banyak soal betul si Nazim ni.
"3 minggu saya kat sana" aku lihat nazim sedikit tergamam.
"Okay saya tunggu awak balik" katanya lagi.
"Hah ? Tunggu saya balik ? Kenapa ?" Dah kenapa pula nak tunggu aku balik ni
"Saya nak kahwin dengan awak" terbuntang mata aku. Dia fikir perkara ni main2 ke ?
"Awak ni dah kenapa? Soal kahwin ni bukan perkara main2 tau" jawabku
"Saya serious la awak. Saya nak jadikan awak isteri saya yang sah" aduhhh bikin serabut la ini orang.
"Syamien masih sayangkan awak. Awak patut kahwin dengan dia bukan saya" aku tak tahu kenapa, tapi ayat tu yang terkeluar dari mulut.
"Saya dengan dia dah takde apa2 hubungan dah" ujarnya. Aku menarik nafas dalam2 lalu aku hembus perlahan lahan
"Tapi saya tak cintakan awak" jujurku
"Sebab apa? sebab dah tangkap cintan dengan abang saya?" Sinis Nazim berkata
"Stop it nazim. Nanti saya fikirkan. Saya pergi dulu. Assalamualaikum" kataku tanpa memandang dia.
"Waalaikumusalam. Take care" jawabnya.
Aku terus bertolak pergi ke Pahang. Di dalam kereta, terngiang ngiang dengan kata2 Nazim tadi.
Kalau aku terima, Najmi macam mana ? Eh !!! Asal fikir pasal Najmi pula ? Sepatutnya fikir pasal Syamien. Sebab Syamien masih cintakan Nazim. Ya Allah, sungguh aku keliru.
Sampai sahaja di hotel, aku check in. Lepas check in aku masuk bilik terus baring atas katil. Aku periksa telefon aku. Ada beberapa mesej dari Najmi.
' kenapa awak tak bagitahu saya yang awak pergi jauh?' - Najmi
'Kenapa awak bagitahu Nazim je ?' -Najmi
'Awak, please jangan buat saya macam ni' - Najmi
Eh mamat ni sibuk pula. Sukahati aku la nak pergi mana pun.
'Perlu ke saya bagitahu awak ? Awak siapa nak halang saya bagitahu Nazim ?' - Aku
Baru nak tutup phone si Najmi dah balas
'Perlu' - Najmi
'Kenapa perlu?' - Aku
'sebab saya cintakan awak' - Najmi
Terlopong aku baca mesej dia.
'Apa awak mengarut ni?' -Aku
'Honestly saya memang cintakan awak sejak kita sekolah lagi' -Najmi
Aku tak mampu nak balas apa2. Aku masih terkejut dengan ayat dia. Aku terus tutup telefon.
Makin serabut aku memikirkan dua orang lelaki ni. Dan dua orang lelaki itu adik beradik. Aku buntu. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan.
SKIP
***************************
Selama tiga minggu aku kat Pahang, sekarang aku nak balik. Aku rasa aman sikit.Sebab si Najmi ni dah tak telefon aku lagi. 2 minggu aku kat pahang dia asyik call je.
Masuk minggu ke 3, dia dah tak call dah. Mungkin dia dah malas nak call aku sebab aku tak angkat panggilan dia.
********sambung********
Hye sorry saya skip masa yana kat Pahang. Sebab dia kata taknak diganggu. So saya tak ganggu dia masa dia kat Pahang. And thank you baca cerita ni.
YOU ARE READING
Never leave you ✔
Romansa"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~