"Assalamualaikum" kedengaran suara ramai di luar rumah. Mama dan aku segera ke tingkap untuk melihat Siapakah gerangan yang datang.
"Ramainya orang, yana ajak kawan2 datang rumah ke ? Kenapa tak bagitahu mama ?" Aku melihat kembali ke tingkap.
"Mama, tu bukan kawan yana la" ujarku. Tapi muka dieorg ni familiar la. Siap bawa dulang hantaran lagi. Setahu aku, rombongan najmi akan datang pada minggu depan. Uissh suspen la. Mama membuka pintu.
"Waalaikumusalam, eh jemputlah masuk" jawab mama. Mereka masuk ke dalam rumah. Aku nampak ibu najmi, dia tersenyum memandangku. Aku soalnya
"Auntie, kenapa ni ?"
"Aik !! Najmi tak bagitahu ke ? Bukan ke dia dah bagitahu yang dia akan hantar rombongan ? Nila rombongannya and lagi satu panggil mummy, taknak panggil aunty" jawabnya.
"ok, tapi najmi kata minggu depan" ujarku
"Dia sajalah tu. Jom masuk" ajaknya. Aku pun mengekorinya. Sampai di dalam, aku duduk di sebelah mama.
Aku berbisik kepada mama pasal rombongan ni. Dan masalah sekarang ni, kenapa najmi tak inform aku ? Haih ni yang angin ni.
Selepas tamat semua, mereka meminta diri untuk pulang. Mummy sempat berbisik sesuatu kepada aku.
"Terima kasih yana sebab terima najmi, walaupun Nazim dah..." percakapannya aku potong
"Mommy, jangan cakap macam tu. Yana yakin, mungkin najmi adalah jodoh untuk yana" balasku. Mama mengukir senyuman manis.
Air mata yang mengalir di pipinya aku seka. Bila fikirkan nazim, hati aku jadi sebak. Mummy memelukku, aku membalas pelukan itu.
***************************
Malam itu aku mencapai telefon dan call najmi"Hello sayang "
"Apa sayang2 ? Kenapa tak bagi tahu yang awak hantar rombongan harini ? Sekali dengan bertunang ? Awak kata minggu depan. Saya tak prepare apa2 tau"
Aku hangin betul dengan dia ni
"Ya Allah, kuatnya membebel sakit telinga saya. Ala sorry la saja nak buat surprise"
"Suprise la sangat"
"Jangan la marah2 nanti cepat tua"
"Kalau saya tua kenapa ? Taknak ke saya yang tua ni ?"
"Saya cuma cakap jangan marah2 nanti cepat tua je, kenapa awak cakap awak tua ? Kalau awak tua sekalipun, saya tetap nak dengan awak"
Tanpa sedar bibir mengukir senyuman
"Eleh, kalau saya tua mesti awak taknak sebab tak cantik"
"Yana, awak selekeh macam mana sekalipun,awak tetap cantik di mata saya"
Alamak, ni yang melting ni.
"Ish jiwang. Oklah saya nak tido ni. Awak pergi la tido, esok kerja kan ?"
"Yup kerja, jap !mama ada cakap kan bila kita nikah ?"
"Yer ada, dia kata bulan depan. Saya ulang bulan depan bukan bulan ni ye"
Sengaja aku tekankan ayat bulan depan tu. Tak pasal2 esok juga aku kahwin.
"Hahaha saya tahu la. Eh jap, awak kerja dekat mana sekarang ?"
Dia baru nak tanya aku kerja kat mana ? Haih.
"Kerja dengan arfa, syasya n syamien kat butik. Eh dahla tido la. Borak dengan awak sampai esok pun tak habis"
"Owhh hayela bye, good night and i love you"
Aku terus tutup telefon tanpa sedar aku juga mengucapkan ' i love you too' aku menekup mulut. Nasib baik dia tak dengar.
*****************************
Sebulan sudah berlalu, esok status aku akan bertukar. Tiba2 fikiranku kembali semasa bersama arwah Nazim dulu.
YOU ARE READING
Never leave you ✔
Romance"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~