Kenduri kahwin yang akan diadakan pada hari ini bertukar kepada kenduri arwah. Semua mengucapkan takziah kepada aku. Ibu nazim dari semalam tidak berhenti menangis.
Aku hanya termenung di tepi kolam ikan yang memang ada di luar rumah.
"Yana...." Aku menoleh ke arah orang yang menyapaku. Syamien yang menyapaku. Aku memberinya satu senyuman.
"Takziah" kata syamien.
Aku hanya memberi senyuman kepada Syamien
"Aku baru tahu rupanya dia ada barah otak tahap empat. Patutlah dia ada minta maaf haritu" sambungnya lagi. Aku meleraikan pelukan. Aku memandang syamien dengan pandangan pelik.
"Dia ada cakap nak jumpa aku haritu, dia cakap ada benda penting yang dia nak bagitahu. Kiteorg pun berjumpa la. Dia minta maaf dekat aku sebab pernah tuduh aku dulu, dan dia minta maaf kalau dia ada buat aku sedih. Aku minta maaf sebab aku tak bagitahu kau nak jumpa dia" Ujar syamien. Aku menarik senyuman manis.
"Syamien, aku tak marahkan kau pun kalau kau nak jumpa dia. Lagipun dia ada cakap yang dia masih cintakan kau" pujukku. Syamien agak terkejut.
"ma...macam mana kau tahu dia masih cintakan aku. Kalau dia cintakan aku dia takkan..."
"Syamien, dahla" pujukku, syamien tersenyum.
"Dia ada pesan kat aku sebenarnya" Muka aku berkerut.
"Apa ?" Soalku
"Dia cakap, kalau dia dah takde.. dia suruh aku cakap dekat kau, yang kau kena tolong dia jaga family dia termasuk Abang dia,najmi" kata syamien. Aku tak tahu nak cakap apa.
"Aku tengok kau dengan Najmi pun sesuai juga" ujar syamien tiba2. Aku memandangnya lalu memberinya satu cubitan di lengannya dia terjerit kecil.
"Aduh kau ni manusia ke ketam ? kau cubit aku sakit tau" kata syamien sambil menggosok lengannya
"Memang la cubit sakit, takkan sedap pula. Kalau sedap meh aku buat lagi" syamien pantas menggeleng. Aku tersenyum melihat syamien seperti budak kecil.
" Ha kan manis senyum. Jangan sedih2 ok ? Kalau kau sedih, muka kau nampak hodoh sangat" ujarku
"kaulah hodoh"
Dia kata aku hodoh ? Kurang asamboi ais betul. Aku menjelingnya. Dia tersengih.
"Oklah, aku nak balik dulu. Banyak kerja kat rumah tu" kata Syamien. Aku pun mengiya kan aje. Dia dah berjaya buat aku happy semula.
"Hah pergi balik shuh shuh" halauku. Syamien mengangkat kening tanda marah
"Biadab halau tetamu" ujarnya aku ketawa terbahak bahak
selepas Syamien pergi, aku pergi masuk ke dalam rumah untuk merehatkan diri.
Aku nak tolong dieorg buat kerja, tapi diaorg suruh aku rehat. Aku masuk ke dalam bilik, aku mandi, solat dan tidur.
***************************
Handphone aku tiba2 berbunyi menandakan mesej masuk.
'assalamualaikum yana, boleh kita jumpa ?' -najmi
Ha kenapa pulak ni ? Jantung aku berdegup dengan laju secara tiba2
'Waalaikumusalam, boleh dekat mana ?' -aku
'Dekat taman tasik yang dekat dengan rumah awak tu' -najmi
'Ok'- aku
Aku terus bersiap untuk berjumpa dengan Najmi. Kenapa dia nak jumpa ya ??
Sampai sahaja di tasik, aku mencari kelibat najmi. Aku lihat najmi sedang duduk di meja bangku.
Di atas meja itu kelihatan ada plastik mcdonald. Aku terus menuju ke arahnya yang sedang termenung itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Never leave you ✔
Dragoste"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~
