Bab 28

8.1K 238 29
                                        

Keesokan harinya aku dan Nazim pergi mencari cincin di HABIB. Sebenarnya aku malas nak ikut. Tapi malam tadi beria ria call suruh aku ikut. Layankan aje.

Dalam kereta aku senyap je. Tak tahu nak cakap apa.

"Awak, awak tak kisah kan kita betunang awal ?" Soalnya tiba2. Aku memandangnya

"Saya tak kisah pun" jawabku. Sebenarnya aku tak nak bertunang awal ni. Belum ready. Nak jaga hati punya pasal, tipu sunat jela.

"Thank you" ucapnya. Dia memandang ke arahku seraya tersenyum, lalu kembali memandang hadapan, fokus untuk memandu.

Sampai sahaja di HABIB , kami turun. Nazim suruh aku pilih dulu cincin yang aku suka, sementara dia menjawab panggilannya.

Aku pun melihat cincin2 yang ada di kedai emas itu. Harga dia boleh tahan mahal. Aku lihat ada satu cincin yang mencuri hatiku. Cincin tu cantik sangat. Nazim datang ke arah aku.

"Dah ada yang berkenan ke ?" Soalnya. Aku hanya tersenyum kepadanya sambil mengangguk.

"Mana ??" Soalnya. Aku menunjukkan cincin yang cantik tu.

"Miss, nak tengok cincin ni " panggil Nazim kepada pekerja kedai itu. Pekerja itu berjalan ke arah kami. Dia pun mengambil cincin yang Nazim tunjuk tadi.

Dia hulurkan kepadaku. Aku menyambut sambil tersenyum. Aku membelek cincin tersebut. Aku tengok harga cincin tu. Mak Aihhh !!! Mahal gila !! RM 1028 kau ha !!! Nazim yang perasan perubahan riak wajahku terus bertanya

"Eh awak kenapa ni ? Cincin ni tak ok ke ?"

"Bukan tak ok cuma, harga dia mahal sangatlah. Saya taknak la mahal2 sangat" jawabku. Aku masih membelek cincin tersebut.

"La.. takpelah, saya tak kisah pun. Awak pilih je biar saya yang bayar" katanya. Aku rasa macam serba salah pun ada.

"Awak, ambil je. Jangan risau. Biar beta yang bayar" katanya lagi. Aku tersenyum.

"Betul ni ?? Jangan menyesal ?" aku sengaja mengusiknya.

"Yer betul sayang, ambil lah untuk awak, saya pokai pun takpe" jawabnya dengan nada manja. Aku tergelak kecil.

"Ok then" jawabku sambil menghulurkan cincin itu kepada pekerja.

"So, u nak cincin ni ?" Soal pekerja itu.

"Yes" jawab kami serentak.

Setelah selesai memilih cincin pertunangan kami, Nazim membawa aku pergi makan dan terus hantar aku balik ke rumah

*************************

Hari pertunanganku kini tiba. Aku berdebar sangat2. Tak tahu la pasal aku kena tunang awal ke, tunang dengan orang yang aku tak cinta ke.

Haih. Dah terlambat Yana. Tak ada guna dah.

Aku bersiap memakai baju tunangku yang bewarna kelabu. Baju ni mummy Nazim yang belikan. Aku terima je.

Setelah siap memakai baju, aku disolek oleh Kak Mira. Aku suruh dia make up natural je.

Setelah selesai disolek oleh Kak mira, aku lihat hasil solekannya. Wah !! Boleh tahan juga. Aku membuat thumbs up kepada kak Mira. Kak Mira hanya tersenyum. Kak mira dan kak Nia keluar dari bilik aku.

"Yana, rombongan dah sampai" jerit saudara aku. Aku makin berdebar. Aku hanya duduk di dalam bilik ditemani oleh syasya dan arfa.

Kalau dieorang suruh aku keluar, baru aku keluar. Aku tiba2 teringatkan syamien dan najmi.

"Wei korang, aku rasa serba salah la dengan Syamien. Aku kesiankan dia" kataku kepada mereka.

"Yana, jangan cakap macam tu. Syamien kan dah cakap yang dia tak kisah. So kau janganlah macam ni. Jangan risaulah. kiteorg kenal syamien tu macam mana" jawab syasya. Aku hanya mengangguk sahaja.

Never leave you ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang