Bab 3

14K 401 13
                                    

Selepas puas je tengok wayang, kiteorang pergi ke kedai makan.

Tiba2 along bersuara" Yana ape kes tadi ?"la along ni fikir dah lupa pasal tadi.Fresh betul otak dia ni.

"Takyah tahu la tak penting pun"jawab ku acuh tak acuh.

"ala bagilatahu. Ok takpe taknak cerita takpe along taknak bawa yana keluar lagi"aku menjelingnya lalu aku menceritakan tentang mamat sewel tu dari pelanggaran di sekolah tadi.

*****************
Di sekolah(waktu rehat)

"Weyh yana duduk2 kiteorang nak cakap sikit ni"kata arfa. Aku hanya menurut sahaja." Hah nak cakap apa ?"soalku

"Ok ni pasal senior yang kau langgar semalam" ujar syasya

"Mmm cerita la apa yang korang takut sangat pasal mamat sewel tu sampai aku marah dia pun muka korang takut"

"What ? U call him mamat sewel ? Kau tahu tak dia tu senior kita ? Kau tahu tak dia senior paling meletop ? Kau tahu tak dia tu garang ? Kau tahu tak dia tu handsome?kau tahu tak dia ketua pengawas? Kau tahu tak dia tu ramai peminat perempuan ? " eh minah syasya ni over pulak aku kan masih baru kat sekolah ni mana la aku tahu siapa dia.

"Weyh chill weyh. Gila banyak mulut kau, aku manala tahu die tu famous ke apa ke aku baru je sekolah kat sini. Lagipun kisah pula aku famous ke tak" jawabku dengan nada geram.

"Oklah straight to the point. Budak lelaki yang kau langgar semalam tu nama dia Muhammad Rayyan Najmi a.k.a Senior Najmi. Dia tu senior yang paling garang kat sekolah ni. Dia juga ketua pengawas kat sekolah ni .Mustahil ramai perempuan tak terpikat dengan kekacakan dia. Tahun lepas masa die form 4 ade kakak senior dari form 5 pun pernah minta couple dengan dia tau, dia tak layan pun. Lagi satu dia ni ada banyak spy tak berbayar.So muka kiteorang lain masa kau marah dia semalam sebab kiteorang takut kalau spy dia nampak kau marah senior najmi" kata arfa. Aku angguk faham.

"So kesimpulannya kau jangan la cari pasal dengan senior najmi tu. Kiteorang bukan apa, kiteorang sebagai kawan baik kau, kiteorang risau kalau ada apa2 terjadi kat kau." ujar syamien dengan risau. Aku terharu dengan sikap mereka. Sikap mereka mengingatkan aku kepada Tasneem.

Tasneem kawan ku dari darjah 4 sampai la form 3 di sekolah lama ku dulu. Dia seorang yang baik,penyayang dan prihatin. Kemana aku ada dia juga pasti ada.Tasneem aku rindu kau.

"Thank you atas keprihatinan korang. Aku akan hargai korang sebagai kawan aku. "  Mereka bangun dan duduk sebelahku lalu memelukku. Saat ini aku dapat merasakan kasih sayang daripada sahabat.

***********************

Pejam celik pejam celik dah pertengahan tahun.Cepatnya. Haih cikgu tak datang. So kelas sekarang bising. Arfa,Syasya dan syamien ajak borak tadi,tapi aku taknak malas. So aktiviti yang aku nak buat sekarang tido.

'Kring kring'

Itu dia rehat sudah. Aku terus bangun kami berempat berjalan menuju ke kantin.

"Perhatian kepada semua murid tingkatan 4 dan 5, selepas rehat anda diminta untuk masuk ke dalam dewan. Saya ulang, perhatian kepada semua murid tingkatan 4 dan 5,selepas rehat anda diminta untuk masuk ke dalam dewan"

"Haduh pasai pa pulak ni ? " kata syasya sambil menjuih bibir.

"Halaa adela tu. Ikut je la " kata syamien.

*********************

"Ok tujuan saya suruh kamu semua masuk ke dalam dewan ni, sebenarnya minggu hadapan kita akan lakukan program mento dan menti. Ada banyak aktiviti2 menarik. semua tingkatan 4 dan 5 terlibat ye. Jangan risau saya dah bahagikan kumpulan. Nanti sila rujuk papan kenyataan eh kamu kumpulan mana. Ade 10 kumpulan ,satu kumpulan ada 6 orang murid.Ok sekarang kamu semua boleh bangun dan rujuk papan kenyataan dan selepas sahaja kamu tahu apa kumpulan kamu sila duduk dalam kumpulan" ujar Puan Aini

Aku bangun dan melangkah ke papan kenyataan. Aku kumpulan yang ke 10. Wait last ? Huwaaa taknak la last. Aku melihat kembali papan kenyataan untuk melihat nama siapakah yang akan bersama dengan aku.

kumpulan 10

1.Muhammad Rayyan Najmi- 5 Teratai
2. Aisya Syafikah - 5 Mawar
3. Muhammad Redza- 5 Teratai
4. Aryana Sofea - 4 Teratai
5. Amirul Nazli - 4 Teratai
6. Nur Syamien Cytia - 4 teratai

"Yes dengan Syamien wuhuu"

*****************

Aku mencari kumpulan aku. Ha itu pun. Langkahku terhenti apabila aku ternampak mamat sewel tu kat kumpulan aku. Aku dengan langkah perlahan duduk bersama kumpulanku dan semestinya aku akan duduk sebelah Syamien.

"Ok dah jumpa ahli keluarga masing2 ? So minggu depan kita akan mulakan dengan masuk ke dalam hutan. Setuju ke tak setuju ke kena setuju. Yang bagi surat doktor kat saya dikecualikan" kedengaran ramai yang mengeluh.

" ok so sekarang korang semua boleh berkenalan dengan keluarga baru korang"

Kumpulan kami hanya diam. Aku takyah cakap ah tak senang duduk. Tiba2 senior Najmi a.k.a mamat sewel bersuara

"Ok so sekarang ni , cikgu arahkan aku untuk mengetuai kumpulan ni. Jadi aku harap korang semua boleh bagi kerjasama" ujarnya sambil menjeling ke arah aku. Apehal pulak mamat sewel ni nak jeling2 haduh.

"Ok" jawab kami serentak

"Ok now, aku nak korang memperkenalkan diri korang
. Ok kau start dulu" arahnya sambil menunjuk tangannya ke arah Amirul.

Kini tiba giliran aku

"Nama saya Aryana Sofea korang boleh panggil saya Yana. "ujar aku. Aku menjeling ke arah mamat sewel tu. Dia tak dengar ke apa yang aku intro tadi. Ish.

"Ok sekarang giliran aku pula, nama aku Muhammad Rayyan Najmi. So semua dah kenal and yah selamat berkenalan walaupun korang dah kenal aku. Kecuali kau" sengaja je dia tekan 'kecuali kau' tu kan. tepuk kang

*******sambung*******


Never leave you ✔Where stories live. Discover now