Malam itu setelah selesai makan malam bersama keluarga kak nia kami terus pulang ke rumah. Di dalam kereta mama asyik bertanyakan hubungan aku dan Nazim.
Sampai sahaja di rumah,aku terus naik ke bilik. Aku hempaskan tubuh ke katil. Tiba2 pintu bilikku dikuak oleh seseorang. Angah dan along ??
"Eh kenapa ni ?" Soalku
"Yana, kenapa Yana terima lamaran dia ? Yana dah kenal dia sepenuhnya ke ?" Soal along.
"Yana sebenarnya... i... just want... want.." Aku tak tahu nak cakap apa.
lalu menundukkan wajah. Jujur aku buntu. Aku tak tahu sama ada Najmi cintakan aku atau tidak. Aku jujur ada perasaan pada Najmi.
Tapi, aku terima lamaran Nazim sebab aku geram dengan Najmi. Sebab kejadian dia tak percayakan aku dan menuduh aku. Hanya disebabkan itu.
"u want what yana? U know what along tengok najmi muka dia berubah. And i know yana terpaksa terima lamaran nazim tadi. am i right huh?" ujar along
" yana, kalau ada masalah, yana cerita kat kami. Mana tahu kami berdua boleh bantu yana. Jangan macam ni yana. Benda ni tak boleh buat main. Soal hati dan perasan tak boleh buat main. Ini masa depan yana.. masa depan" kata angah. Aku memandang wajah mereka berdua.
"Yana sebenarnya tak tahu nak buat apa. Yana tahu Najmi sukakan Yana, dia pernah tulis mesej dekat yana yang dia cintakan yana, tapi Yana ego. Sepanjang Yana kat pahang dulu, dia selalu call yana. Tapi yana tak angkat. Yana buat semua tu sebab nak balas perbuatan dia yang tuduh Yana sesuka hati. Dan sebab itu juga Yana terima lamaran Nazim" air mata yang aku tahan, akhirnya jatuh juga. Aku menyambung lagi.
"Lagipun, sebelum Yana pergi Pahang tu, Nazim kata dia nak tunggu Yana balik. Yana tanyalah dia kenapa nak tunggu balik. Jawapan dia, sebab dia nak jadikan yana isteri dia" aku meraup wajah tanda serabut.
Along dan angah memelukku cuba untuk menenangkan ku.
"Yana, kalau yana sayangkan Najmi, kenapa tak terus terang je ? Kenapa nak hukum dia macam tu ? Kalau Yana hukum dia macam tu, kira yana pun menghukum diri Yana" aku berkerut kening dengan kata2 along.
"Maksud along ?" Soalku.
"Maksud along, najmi cintakan yana kan ? Yana pun cintakan Najmi kan ? Kalau yana tak berterus terang, yana akan sakiti hati najmi dan hati yana sendiri. Sebab yana pendamkan perasaan yana tu. Korang dah saling cinta mencintai tau" kata along. Aku mengangguk faham.
"Kalau yana terus simpan perasaan dekat Najmi, dan yana kahwin dengan Nazim, yana akan sakiti hati Nazim juga. Sebab apa ? Sebab, Yana tak cintakan Nazim pun. U just give him fake hope" kata angah pula. Aku tak tahu nak buat apa sekarang.
"Oklah, macam ni la. Kami keluar dulu, yana fikirlah baik2 ye. Apa jua jawapan yana, kami berdua akan sokong. Dah rehat la dulu. Good night" kata along.
Aku bersyukur sangat dikurniakan abang2 yang memahami aku. Jalan penyelesaian yang baik adalah membuat solat istikharah.
Mungkin dengan itu, aku boleh tenangkan hati dan tahu siapa jodoh aku.
***********sambung**********
ANDA SEDANG MEMBACA
Never leave you ✔
Romance"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~
