Najmi P.O.V
Aku rasa terharu sangat. Sebab yana jaga aku tadi. Kalau boleh aku nak dia jaga aku sepanjang hari. Bila dia kata, dia sanggup tak makan sebab nak jaga aku, aku rasa makin jatuh cinta dengannya.
Yana, aku cintakan kau. Bila aku dekat dengan kau. Jantung aku bedebar debar sangat.
Tapi Yana suka ke dekat aku ?? Aku rasa dia tak ada perasaan pun dekat aku. Tapi aku rasa dia ada perasaan dekat Nazim. Haih.
Yana P.O.V
Esoknya, si Najmi ni macam biasalah ambil aku. Muka dia happy gila. Aku tanyalah dia.
"Eh harini bos saya nampak happy la, kenapa eh ?" Soalku sambil tersenyum.
"Eh mestilah bos awak happy. Sebab ada orang tu kan, semalam dia jaga saya tau. Sampai dah sihat dah. Magic betul" katanya. Darah naik ke muka . Aku tersenyum.
Sampaila di pejabat. Aku kemas apa2 yang patut. Tiba2 ada orang ketuk pintu bilik kami.
'Tuk tuk tuk' aku dan najmi berpandangan sendiri.
"Masuk" kata najmi.
"Hellooooo guyssssssss" si Nazim rupanya. Haih.
"Assalamualaikum" aku dan najmi memberi salam serentak. Aku lihat Nazim tersengih.
"Waalaikumusalam hehehe" aku menggelengkan kepala.
"Hye tujuan Naz datang sini sebab nak kacau Mi dengan sayang aku ni" aku julingkan mata ke atas.
"Semak la kau ni. Pergilah duduk rumah tolong apa2 yang patut" kata Najmi.Nazim mencebik.
"Okok korang nak gaduh korang punya pasal. Saya nak buat air jap" malas aku nak layan dieorang ni.
"Eh nak ikut" kata Nazim
"Ish nak buat air jela" kataku
"Nak ikut juga" katanya dengan nada manja. Wekkkk.
"Huh, whatever" kataku.
Sementara menunggu air panas kami berborak2 dulu. Dekat 10 minit juga la kami di situ.
Aku ingin mengambil sudu di atas kabinet. Tapi tak sampai. Yang si Nazim ni bukan nak tolong. Sibuk main handphone. Tahula aku ni pendek.
Aku ambil kerusi dan ambil sudu itu. Tapi malangnya aku tak dapat imbangkan badan aku terjatuh.
Eh!!
Tapi tak jatuh, aku rasa macam ada orang sambut aku. Nazim !!!! dia yang sambut aku. Mata kami bertembung seketika. Tiba2 aku terdengar pintu dibuka
"Mmmm Yana saya ada.....woi korang buat apa ni ?" Jerit Najmi. Kami baru tersedar dari dunia lain terus meleraikan pelukan.
"Encik maafkan saya, saya nak ambil sudu ni tadi tak sampai, saya panjat la kerusi lepastu terjatuh, Nazim selamatkan lah saya" jawabku jujur. Najmi tersenyum sinis.
"Kau tak payah tipu la, aku nampak la apa yang korang buat" kata Najmi
"Mi, kau salah faham la, aku yang salah sebab tak tolong dia ambil sudu tu. Dia panjat la kerusi lepastu jatuh dekat aku" ujar Nazim. Aku mengangguk
"Arggh, Kau ingat aku nak percaya ke ??" Ujar Najmi lagi.
"Habistu awak nak saya buat apa supaya awak percaya kan saya huh ??" Kataku lagi. Aku tahan air mata.
"Mi, kau salah faham ni. Dia jatuh kerusi tadi aku tolong la dia" kata Nazim lagi.
"Arggggh!!!! Aku dah taknak dengar apa2 penjelasan lagi. Mulai hari ini yana, aku taknak tengok muka kau lagi kat pejabat ni. Aku nak pergi meeting, aku tahu bila aku balik, kau dah bla dari sini. Kau kalau nak buat maksiat jangan kat office aku" Tengking Najmi.
"Najmi... i can explain..." belum sempat aku habis cakap dia dah blah
Air mata yang aku tahan tadi, akhirnya jatuh juga. Najmi terus beredar. Nazim meraut wajah.
Aku menangis teresak-esak di situ.
"Maafkan saya Yana, kalau saya tak tolong awak tadi mungkin perkara ni tak jadi" kata Nazim.
"Takpelah, awak bukan buat apa2 pun. Lagipun niat awak cuma nak bantu saya je kan ?" jawabku dengan suara serak. Aku cuba senyum. Tapi perit.
Aku bangun dan pergi ke bilik untuk kemas barang. Aku sudah tidak boleh berbuat apa2. Aku sudahpun dipecat. Nazim masuk duduk di sofa.
"Yana, saya boleh slow talk dengan abang saya pasal ni. Takkan sebab ni je dia nak pecat awak bagai. Nonsense " kata Nazim dengan yakin
"Takpelah awak, orang tu dah pecat saya pun. Saya redha" jawabku. Selesai kemas aku ingin keluar dari bilik Nazim halang.
"Awak, dia tak boleh pecat awak sesuka hati, sebab dia dah salah faham" ujar Nazim
"Kita takde bukti" jawabku sambil mengalirkan air mata.
"Kita boleh bincang la yana" katanya lagi.
"Sudahla, saya tak larat lagi dah. Saya nak keluar dari sini" kataku
"Saya hantar awak balik" katanya. Aku hanya mengganguk.
Di dalam kereta aku hanya berdiam diri sahaja. Termenung. Aku tidak sangka perkara ini akan berlaku. Sampai sahaja di depan rumah aku. Aku lihat ada 2 buah kereta di rumahku.
Tak lain tak bukan kereta along dan angah. Aku turun dari kereta. Nazim juga. Dia membantuku mengeluarkan barang.
"Thanks" ucapku. Nazim senyum sambil mengangguk.
"Are you sure ?? Tak nak bincang dengan Najmi elok2 ??" soalnya
"Its okay. Saya redha je" jawabku tenang. Aku terus masuk ke dalam rumah.
Keluarga aku panggil takku hiraukan. Aku taknak mereka lihat kesedihan aku. Aku terus berlari ke bilik. Aku menangis melepaskan air mata aku yang berlumba lumba nak mengalir.
'Tuk, tuk, tuk' bunyi ketukan di pintu aku buat2 tak dengar. Tombol pintu dipulas. Aku lihat along dan angah masuk ke dalam bilik
"Yana, kenapa nangis2 ni ?" Soal along lembut.
"Leave me alone please" pintaku
"Kalau Yana ada masalah cerita je kat kami, mana tahu kalau2 kami boleh bantu Yana ke" pujuk angah pula.
"Nanti yana ceritakan semuanya, along dengan angah boleh tinggalkan yana ? Yana nak bersendirian" ujarku. Along dan angah faham akan maksudku, mereka mengangguk. Lalu mereka keluar.
**********sambung**********
ANDA SEDANG MEMBACA
Never leave you ✔
Romance"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~
