Malam itu aku turun ke bawah untuk makan. Aku lihat papa, along dan angah berborak di ruang tamu. Mama, kak mira dan kak nia pula membantu mama menyediakan hidangan.
"Hah !! Yana meh makan. Mama tahu Yana tak makan dari pagi kan" aku hanya mengangguk lalu duduk di meja makan.
"3 beranak dekat depan tu meh sini makan" mama memanggil papa, along dan angah. Kami pun membaca doa dan makan. Aku rasa takde mood nak makan. Tapi aku takut aku pengsan aku pun makan ajelah.
"Yana, yana ok tak ? Akak tengok yana macam tak ok je. Najmi ada buat apa2 ke ?" Soal kak Nia.
"Nothing " kataku. kak nia mengangguk sambil tersenyum.
Selesai makan, kami berkumpul di ruang tamu.
" Yana, akak tahu yana ade problem. Dengan Najmi kan?" Soal angah.
Aku menghela nafas berat.
Aku menceritakan tentang kejadian yang berlaku di pejabat tadi. Mereka semua terkejut.
"Habistu Najmi tak dengar penjelasan dari Yana dan Nazim dulu ??" Soal kak Nia
"Yana dah bagi penjelasan kak, itupun dia tak percaya" kataku. Air mataku mengalir di pipi.
"Haih Najmi ni pun. Ok takpe macam ni, Yana sabar ok ? Nanti akak try slow talk dengan dia. Akak akan tengok CCTV. Mungkin CCTV boleh buktikan yang yana tak salah. Nanti Yana boleh masuk kerja balik" kata Kak Nia.
Sebenarnya aku tak kisah pun pasal kerja tu. Yang aku kisah, sampai hati dia tak percayakan aku. Tapi kenapa aku berharap yang dia percayakan aku ?
"Takpela Kak, yana okay je" jawabku.
"Yana jangan macam ni, akak taknak si Najmi tu fikir bukan2 pasal Yana. Esok akak dengan angah pergi jumpa dengan dia" ujarnya lagi. Aku hanya mengangguk setuju. Lalu aku minta izin untuk berehat di atas.
************************
Najmi P.O.V
Sepanjang meeting berjalan, aku langsung tidak fokus. Fikiran ku hanya pada kejadian tadi. Sakitnya hati aku bila melihat perempuan yang aku cinta berpelukan dengan lelaki lain. Lelaki tu adik aku.
Selesai meeting, aku terus balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah, aku duduk di ruang tamu untuk merehatkan diri. Tiba2 Nazim datang ke arahku.
"Mi, kau kenapa pecat dia ? dia tak salah apa2 pun. Yang kau nampak tadi tu semua salah faham" ujarnya. Aku tersenyum sinis.
"Sukahati akulah. Aku tak suka orang buat benda tak senonoh kat office aku" Jawabku.
Aku malas nak dengar apa2, aku terus naik ke bilik. Aku mandi, solat dan tido.
***********************
Keesokan harinya aku hanya termenung melihat tempat Yana. Rasa serba salah menyerbu dalam diri aku. Perlu ke aku percaya dia ? Sedangkan dia dah berpelukan dengan lelaki lain. Bukan lain tapi adik aku sendiri.Depan mata aku. Tiba2 pintu dibuka oleh seseorang. Kak Nia ??
"Angah, kau buat apa kat sini ?" Soalku
"Aku datang sini sebab Yana. Kenapa kau pecat dia tanpa soal siasat ? Kau tahu ke apa yang sebenar benarnya berlaku ?" Soal Kak Nia. Nazim juga turut berada di dalam bilik ini.
" Mesti perempuan tu mengadu kan. Aku pecat dia, sebab dia buat perkara tak senonoh dalam pejabat ni. Then dia kata nak ambil sudu la apa la. Bukti pun takde" jawabku.
"Kau nak tahu cerita sebenar kan ? Kau ikut aku, kita tengok CCTV. Lepas kau tengok je nanti, kau jangan menyesal Rayyan Najmi" aku hanya mengikut angah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Never leave you ✔
Romance"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~
