Setelah selesai majlis persandingan antara angah dan kak Nia, kami mengemas apa2 yang patut.
Selepas mengemas, aku terus berlalu masuk ke dalam bilik. Aku ingin mengemas baju untuk pulang ke rumah esok. Siap berkemas aku baring di atas katil.Aku melihat siaran di TV tiada cerita yang menarik.
Telefonku berbunyi. Aku lihat terdapat satu mesej dari Syamien di group 'The Femininzzz Celopp'. Aku buka dan aku baca.
'Korang boleh tak kalau kita berjumpa. Aku dah tak boleh nak simpan masalah aku ni lama2.' - syamien
'Aku ok je, nak jumpa kat mana ?' - syasya
'Korang datanglah hotel yang aku duduk ni. Best sikit. Boleh korang teman aku tdo malam ni. Aku sorang ni ' - aku
'Hah ok juga tu. Nanti aku bawa baju tdo sana kay ?' - Syamien
'boleh la. Asalkan aku dapat tdo katil ' - Syasya
' hahahah ok. Aku datang' - arfa
*******************
'Tingggg tongggg'
Kedengaran bunyi loceng menandakan mereka telah sampai. Aku membuka pintu. Lalu ku menyuruh mereka masuk.
"Huh sejuk sikit" ujar Arfa. Mereka bertiga meletakkan bag mereka. Lalu mereka berkumpul mendekati aku.
"Ok Syamien, sila kongsikan masalah kau dekat kitaorang. Kitaorang setia untuk mendengar." Ujar syasya.
"Ok thank you. Aku mulakan ok ?" Soal syamien
"Aip aip sir" jawab kami bertiga serentak
Flashback
Aku mengenali Nazim sudah 2 tahun. Kami berjumpa semasa Nazim cuba untuk menyelamatkan aku dari dilanggar kereta. Nazim menarik tanganku untuk menyelamat kan ku dari kereta itu. Aku hampir sahaja di langgar. Aku bersyukur kerana aku selamat. Dari situlah aku mula mengenali Nazim. Semakin lama kami semakin rapat. Sampai kami luahkan perasaan suka masing2.
Satu hari Nazim mengajakku untuk menonton wayang. Aku ikut dia.
Selesai sahaja menonton wayang, Nazim meminta diri untuk pergi ke tandas sebentar. Nazim menyuruh aku tunggunya di tangga.
Ketika aku menunggunya di tangga, kejadian yang tidak terduga berlaku. Semasa aku ingin menuruni tangga, tiba2 aku rasa hilang imbangan, aku hampir sahaja jatuh, tetapi aku dapat rasakan seseorang telah menyelamatkan aku daripada terjatuh tangga. Aku tergamam.
"Miss are you okay ?" Soalnya. Aku baru sedar dari dunia sebenar. Terus aku melepaskan tangannya yang memegang pinggang aku tadi. Kerana cuba menyelamatkan aku.
"Mmmm sorry. I am okay. Thank you" jawabku.Lelaki itu tersenyum lalu berlalu pergi.
Tanpa aku sedar, Nazim telah melihat adegan aku bersama lelaki itu tadi.
Dari situ terbitnya salah faham. Aku cuba memujuk Nazim dengan menceritakan hal yang sebenar. Tapi sayangnya, Nazim tidak percaya satu pun kata2 aku. Malah Nazim menuduhku perempuan murahan kerana membenarkan lelaki itu memegangku. Aku berasa kecewa dengan sikap dia.
Lalu Nazim membuat keputusan untuk tidak berjumpa aku lagi. Dan yang paling aku kecewa apabila dia ingin memutuskan hubungan kami. Dari situ kami tidak pernah berjumpa lagi.
Pernah aku cuba menelefonnya, menghantar mesej kepadanya. Namun, dia tidak pernah mengangkat panggilan dari ku dan tidak pernah membalas mesej ku. Dia telah menyekat nombor telefonku. Supaya tidak menggangunya. Dari situ aku mula rasa berputus asa.
End of Flashback
"Tulah masalah aku. Sebab tu la aku jumpa dia tadi, aku lari" kata Syamien dengan nada sayu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Never leave you ✔
Romance"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~
