Pada hari ini seorang lagi abang aku akan menjadi suami orang iaitu angah. Angah kelihatan segak berpakaian baju melayu. Aku tahu dia gemuruh.
Majlis akad nikah akan dilakukan di masjid. Harini aku memakai dress bewarna biru muda dan shawl bewarna hitam. Pagi2 lagi aku dan along mengusik angah.
"Eh ngah asal muka kau biru ? Hahhaha" usik along. Tula dulu suka sangat kenakan orang. Sekarang giliran aku dan along yang kenakan dia.
"Ala nak jadi laki orang tu yang biru macam smurf tu. Tapi muka angah ni dah lebih biru daripada smurf" giliran aku mengusik angah.
"Eh boleh diam tak ??? Orang nervous ni. Haduh bagi la kata2 semangat membara sikit" aku, along dan kak mira ketawa.
"Eh korang adik beradik buat apa gelak2 dalam bilik tu. Cepat turun. Nak pergi masjid nanti lambat" Ujar mama.
"Jap mama ni ada orang muka dia biru. Kitaorang nak putihkan muka dia jap" ujar along. aku dah sakit perut ketawa ni.
"Ala kau dulu pun sama juga long" kata mama. Terdiam along. Kami ketawakan along pula.
********************
Sampai sahaja di masjid aku mengambil tempat di tepi sekali. Aku duduk bersama kawan2 aku. Siapa lagi kalau bukan syamien, arfa dan syasya.Aku mencari kelibat najmi. Rupanya dia ada di pintu masjid sedang berborak dengan seseorang. Muka yang dia borak tu macam sama dengan muka dia. Maybe adik dia. Wait what?? Aku terperasan sesuatu. Dia pakai baju yang sama warna dengan aku ?? Biru muda ?? Ya Allah dia takda baju lain ke ? Kebetulan je ni. Aku terus fokus kepada akad nikah angah.
"Aku terima nikahnya Nur Dania Nasuha dengan mas kahwinnya sebanyak 500 ringgit tunai" lafaz angah.
"Sah ?"
"Sah?"
"Sah"Alhamdulillah dengan sekali lafaz, angah selamat menjadi suami kepada kak Nia. Kami menadah tangan untuk membaca doa. Aku lihat kearah najmi. Dia senyum kepada ku. Aku balas senyumannya.
******************
Setelah selesai, aku pergi ke arah angah.
"Congratulations angah. Dah jadi suami orang dah." Ujarku
"Tahniah ngah. Eh jap tadi muka bukan biru ke ? Sekarang putih pula ?" usik along
"Mana ada nervous je,. By the way thank you" jawab angah.
"Kak Nia, kalau angah buat hal, akak jangan takut tau. Akak amik senduk kat dapur, ketuk je kepala dia. Biar dia ok sikit." Tiba2 angah jentik dahiku.
"Sakitlah aduh main jentik2 pulak" kataku dengan nada marah lalu pukul bahunya. Sakit wo kena jentik.
"Korang tiga ni, depan orang ramai pun nak mengusik. Angah lagi, dah jadi laki orang tu cuba elok2 sikit. Yana dengan along pun eihh sakit jiwa mama la" kata mamaku
Yang lain hanya ketawa melihat telatah kami empat beranak. Aku tengok Najmi pun ketawa sama. Alamak dia tengok ke tadi. Hala malunya.
Kami semua berjalan keluar masjid. Tiba2 najmi tegur aku.
"Eh macam mana baju kita boleh sama ?" soalnya
"Kebetulan kut" jawabku. Tiba2 angah menyampuk.
"Hala sweetnya bos dengan PA. Baju sama. Secocok lagi. tok kadi belum balik lagi tu, kalau nak nikah sekarang pun boleh. Eh blushing pula" angah ni aku cepuk kang sia2 je. Along dah ketawa dah.
"Bising ah kau. Kecohh" kataku. Aku rasa muka aku dah merah. Aku tengok najmi ni tersenyum je. Nampak tenang.
"Yana jom tangkap gambar" ajaknya. Aku hanya mengganguk.
"Abang, tolong tangkap gambar mi dengan Yana boleh?" Alamak yang si najmi pergi minta tolong along amik gambar apahal. Habis la dia kenakan aku.
"Ok" kata along. Lalu memegang telefon najmi .
"Ok dah. Sweetnya korang" aku tunjuk penumbuk ke arah along. Dia hanya menjelir lidah.
"Okla saya balik dulu. Nak mandi" kataku
"Ok, esok awak ade kan kat majlis bersanding angah dengan kak Nia?" Soalan apakah ini ?
"Eh mestilah ada. Majlis abang saya. Oklah saya pergi dulu assalamualaikum" ujarku
"Waalaikumusalam" jawabnya. Aku masuk ke dalam kereta. Syasya, syamien dan arfa tak payah cakap la. Asyik mengusik aku dengan najmi. Haih apa2 la.
*******sambung*******
YOU ARE READING
Never leave you ✔
Romansa"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~