Bab 8

10.7K 311 6
                                    

Semenjak kejadiaan di mall itu, Dia langsung tidak kelihatan. Tahun lepas dia akhir tahun, aku tidak sempat meminta maaf kepadanya. ughhh adakah aku berdosa ?? Tahun ini aku yang akan mengambil SPM. Tahun ni tahun akhir aku di sekolah ini.

**************************
Beberapa tahun kemudian..

Alhamdulillah kini aku sudah tamat pengajian di London.Dah 21 tahun dah. Kerana keputusan SPM aku baik. Tapi aku bersyukur Syamien,Arfa dan Syasya juga satu universiti dengan aku. Kuat betul persahabatan kami. Kami berempat hanya perlu menunggu peluang pekerjaan je.

Sekarang aku kena bersiap untuk pulang ke rumah mama dan papa. Huhu rindu mereka. Harini mereka akan menjemput aku di airport.

"Assalamualaikum Yana" sapa satu suara di belakang ku. "Waalaikumusalam eh mama, papa" aku menyalami mereka lalu mencium pipi mereka.

"Wahhh dah besar anak mama ni" aku terseyum. Aku perasan sesuatu.

"Eh mana along,angah dan kakak ipar baru yana?" Ha ni nak bagitahu. Along dah kahwin dah lepas habis belajar. Tapi sayangnya aku tak boleh tengok along kahwin. Sebab masa along kahwin tu aku tengah exam. Huhu. Aku hanya mampu lihat daripada gambar je. Angah pun dah bertunang.

"Owh dieorang tengah cari parking"kata papa.

"Assalamualaikum yanaaaaa" siapa pulak menjerit macam orang gila ni ?

"Waalaikumusalam ang...." belum sempat aku nak habiskan ayat angah datang memelukku. Apahal mamat ni mabuk ke apa ? Agak2 ah depan orang ramai kut." Rindu gila dekat yana" dah kalau rindu pun agak2 la peluk2 pula haih.

"Yana pun rindu kat angah juga. Woah sejak dah bertunang ni makin handsome la angah sekarang. Dulu hitam sekarang putih" angah menonjol kepalaku.
"Woi, sedap2 kau je kata aku hitam en dulu. Aku putih la." Aku hanya berikan angah satu sengihan.

"Mmm rindu angah je? Along takde ? Mm yela sapa la along ni kan nak rindu" sapa satu suara.

"Eh along yana rindu along juga. Semua yana rindu. Mmm mana kakak ipar yana ?" Soalku

"Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam"jawab kami berlima serentak.

"hah ni kakak ipar yana" kata along. Ya Allah cantiknya dia. Memang sesuai dengan along. Muka dia macam ade kacukan sikit.

"Hye welcome to our family. Nama kakak sapa ? Kerja apa?" Teruk tak aku ? Kakak ipar sendiri pun tak tahu nama apa.

"Nama akak Amirah. Panggil kak Mira je. Akak kerja mengajar kat sekolah " jawabnya sambil tersenyum. Aku hanya mengangguk.

"Eh dahla jom balik. Mama nak masak ni" ujar mama. Kami pun pulang

*********************
"Wahh rindunya bilik" gila tak rindu. Dah lama aku tak balik rumah ni. Tengah syok aku lepaskan rindu kat bilik tiba2 ada orang ketuk. Hish kacau je.

"ye masuk"laungku

"Hah yana nanti teman angah pergi mall jap,nak cari baju. Kita pergi dengan kak Nia" kata angah

"Kak Nia ? Kak Nia mana pula ni ?" Soalku

"Nak kata nyanyuk muda lagi. Kak Nia tunang kepada Muhammad Azmi." Weyh seriously aku lupa.

"orang tak nyanyuk la banyak benda nak fikir tu yang lupa tu. Mmm boleh la yana nak siap angah keluar dulu" kataku sambil membukakan pintu untuk angah. "Amboi kau menghalau nampak"

"Memang nak halau pun" ujarku.

**********sambung********

Never leave you ✔Where stories live. Discover now