Esoknya aku mengajak syasya dan arfa teman aku pergi mall. Syamien tak balik lagi. Aku boring duduk rumah. Kami merancang nak tengok wayang.
"Wei korang nak tengok cerita apa ?? Aku nak beli tiket ni" Soal Arfa
"Tengok cerita....mmmmm.. cerita Munafik la" jawabku.
"Hah !! Munafik ?? Ala taknak la cerita hantu. Takut la. Nanti malam tak boleh tido" ujar syasya.
"Eh kalau tak boleh tdo, suruh mak kau dodoikan. Kau kan anak bongsu, mestilah mak kau manjakan kau. Kan yana ?" soal arfa kepada aku
"Haah. Ala chill la. Kita tengok je cerita ni, lagipun ramai orang kata cerita ni best" pujukku
"Okay fine" kata syasya,
"Ok Yana, kau pergi beli popcorn. Aku dengan syasya beli tiket. Aku nak air Coke tau" ujar arfa.
"Aku nak popcorn perisa caramel " syasya pula meminta.
"Amboi korang, ye ye minta aku. Duit jangan lupa bayar balik" sukahati dieorang je minta2. Mereka teesengih seperti kerang busuk.
Aku pun pergilah beratur untuk membeli minuman. Sedang aku beratur, aku terlihat seorang lelaki menegur seorang perempuan. Mereka kelihatan masih bersekolah. Aku perhati sahaja perangai mereka.
Baru aku tahu, lelaki tu tegur perempuan tu sebab, pernah tumpahkan nasi dekat baju dia. Tiba2 kenangan aku bersama Najmi menyerbu masuk ke dalam otak.
Di mana ketika itu aku dan angah membeli popcorn, najmi datang ke arahku. Aku mengelamun sampai tak sedar yang kini giliran aku pula memesan minuman.
"Err miss?"
"Miss...." panggilan dari pelayan itu membuat aku tesedar. Aku meminta maaf kepadanya, lalu aku memesan minuman.
*************************
Selesai menonton wayang, kami cuci mata di dalam mall.
"Wei, seram la part Nabila Huda kena rasuk tu. Macam mana aku nak tido malam ni ?? Huhu" syasya bersuara tiba2
"Aduh kau ni, jangan gedik sangat boleh tak ?" ujar Arfa. Aku hanya tertawa kecil melihat gelagat mereka. Tiba2 aku rasa beg aku ditarik oleh seseorang. Ya Allah, ade orang nak ambil beg aku.
"Woi, lepas la..,tolonggggg" jeritku. Aku cuba menarik kembali beg tangan aku. Belum sempat aku menarik beg tanganku, pencuri itu sudah berjaya melarikan diri.
Aku, syasya dan arfa menjerit meminta pertolongan. Tapi malangnya tiada seorang pun yang mahu menolong. Tiba2 ade seorang lelaki dari belakang aku mengejar pencuri itu. Aku, syasya dan arfa berpandangan sesama sendiri.
Sementara menunggu lelaki itu, kami pergi ke service counter untuk melaporkan kejadian tadi.
Tiba2 ada seorang lelaki menyapaku.
"Cik, ni beg tangan cik. Pencuri tu dah ditangkap"
Aku menoleh ke arah lelaki itu. Terkejut aku. Rupa2nya lelaki yang membantu aku itu Najmi. Najmi juga kelihatan terkejut
Aku mengambil beg tangan itu.
"Terima Kasih.." ucapku. Dia hanya senyum dan terus pergi meninggalkan aku tanpa toleh ke belakang. Saat aku melihat wajahnya, perasaan rindu datang dalam diriku.
Haih apa ni yana. Kau dah bertunang tau. Kau kena lupakan Najmi dan belajar mencintai Nazim.
Aku terus mengajak syasya dan arfa pulang. Mereka juga terkejut sama seperti aku.
**************************
Sampai sahaja di rumah, aku berlari naik ke bilik. Tiba2 telefon ku berbunyi diminta angkat. Nazim ? Aduh kenapa ni ? Mesti Najmi bagitahu pasal tadi. Lambat2 aku menekan butang angkat.
"Hello......." sapaku
Rupa2nya, Nazim mengajak aku keluar makan sekarang. Aku hanya menurut sahaja.
Aku baru balik daripada mall tadi dah kena keluar balik. Nasib baik tak tukar baju lagi.
***********************
Selesai memesan makanan, Kami hanya diam. Aku perasan yang si Nazim ni asyik pandang muka aku je."Awak ok tak ? Kenapa pandang saya macam tu ?" Soalku.
"Ok. Saya pandang awak sebab awak cantik sangat" jawabnya. Terasa seluruh darah naik ke muka aku.
"Eh blushing pula dia" usiknya. Tangannya di atas meja jadi mangsa cubitanku.
"Aduhh sakitlah sayang oii" katanya sambil mengusap tangannya.
"Tula gatal lagi" ujarku
"Gatal dengan awak je" jawabnya. Aku menjulingkan mata ke atas.
"Owh ya sebelum saya lupa. Nanti family belah mak saya nak buat family day dekat Langkawi. Dieorang jemput awak sekali. Dieorang nak tengok bakal isteri saya yang kiut miut ni. Ikut tau" kata Nazim.
"Ish taknak la. Itu kan family awak. Awak ajak saya kenapa ?. Saya taknak. Dahla saya tak kenal family awak" jawabku
"Awak kan bakal menjadi family saya juga. Angah awak pun ada la. Dia kan abang ipar saya. So jangam risaulah. Saya dengan angah ada. Najmi pun ada" ujarnya.
Najmi pun ada ??? Aduh ni yang lemah ni. Kenapa najmi ada ? jap dia kan abang Nazim. Apa aku ni. Muda2 dah lupa.
"Saya segan la awak. Takpelah taknak. Thank you" jawabku. Nazim mencebik.
"Awak ni, kata sayang saya. Ikutlah" rayunya. Masa bila pula aku cakap aku sayang dia ??
"Masa bila saya cakap yang saya sayang awak ? Perasanya" usikku
"Owh takpe tak sayang takpe jangan cakap dengan saya" aduh merajuk pula mamat ni. Haih nampaknya terpaksa la aku ikut.
"Alololo. Okok sorry. Saya ikut.kalau awak merajuk lagi, saya cancel" jawabku. Mukanya tadi yang mencebik terus bertukar senyum lebar. Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum. Manja sangat.Anak bongsu kan..
"Bila nak pergi ? Berapa hari ?" Soalku kepadanya.
"3 hari 2 malam. Lusa kita pergi. Awak siap2 la. Nanti saya cakap dengan mama awak" aku hanya mengangguk. Makanan pun sampai. Kami menjamu selera.
**********sambung*************
YOU ARE READING
Never leave you ✔
Romance"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~