Harini adalah hari persandingan aku dan najmi. Kami buat di hotel. Sama macam angah dulu. Aku disiapkan oleh kakak2 iparku.
Kak Mira menyolekkan mukaku. Aku diberikan sebuah dress yang bewarna krim. Baju ni semua mummy yang belikan. Najmi, kawan2nya yang siapkan.
Setelah siap, aku menunggu diminta tunggu sahaja di bilik dahulu. Kak mira dan kak nia dah keluar dah. Kawan2 aku datang lambat sikit.
Sementara itu, aku nak selongkar beg sebab earphone aku hilang. Mungkin ada dalam beg. Tiba2 ada satu kertas terjatuh. Aku ambil dan aku buka. Aku tersenyum sendiri. Ini kertas yang aku dan najmi buat perjanjian malam tadi. Siap tandatangan lagi. Aku baca.
Najmi dan Aryana
Jangan gatal dengan orang lain
Aku tergelak kecil. Betul2 macam budak kecil najmi ni. Tiba2 bilikku berbunyi loceng menandakan ada orang datang.
Ni mesti kawan2 aku ni. Aku membuka pintu, sangkaan aku salah, rupa2nya bukan kawan aku, tetapi Lisa. Mukannya seperti menahan marah.
Tanpa izinku, dia masuk ke dalam bilik aku. Aku cuba menghalangnya tapi dia lebih kuat, lisa menolak aku sehingga aku terjatuh.
"Apa kau ni, dahla masuk bilik orang, lepastu tolak2 orang. Takde adab betul" marahku
"Eh perempuan, kau dahla rampas nazim daripada aku dulu, lepastu, nazim dah mampus , kau nak rampas najmi pula dari aku. Perempuan species apa kau ni ?" Tengkingnya
"Apa yang kau cakap ni bahlol? " aku tak faham maksud dia
"Hahaha. Eh masa aku nak dekat nazim dulu, dia taknak kat aku, rupa rupanya kau dah rampas dia. Lepastu bila aku nak kat najmi , kau rampas najmi daripada aku pula. Perempuan perampas" katanya
"Mungkin kau bukan jodoh dia. By the way aku tak pernah rampas sesiapa pun. Dia yang datang sendiri. Maybe sebab takut dengan perempuan species kau kot.. sotong gurita" balasku,
"Sotong gurita? sial.. ke kau nak rampas harta dieorg ? Yela dieorg ni kaya2, kau apa je yang ada ? Dasar perempuan tak sedar diri, macam manala mak bapak kau didik kau sampai jadi perampas macam ni" katanya lagi.
Kali ini kesabaran aku tidak dapat ditahan lagi. Dah melibatkan mama dan papa. Tanpa disedari, aku telah menampar muka lisa. Dia jatuh terjelopok. Merah jugak aku tampar. Dia memegang pipinya.
"Kau jangan kuranghajar dengan aku eh. Kau tak kenal aku siapa. Dan kau jangan nak tuduh aku sesukahati je. Kau jangan nak libatkan mak bapak aku dalam hal ni. And for your information, Najmi tak pernah ada perasaan pun dekat kau. Sekarang, kau boleh bla dari bilik aku" balasku. Tersentak dia.
Lisa bangun dan berdiri, lisa masih memegang pipinya yang aku tampar tadi. Dia berjalan ke arah pintu dan menoleh ke belakang
"Hei perempuan, aku sumpah, yang kau takkan bahagia hidup dengan najmi. Aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan najmi. Kau ingat tu. Itu janji aku" ujar lisa lalu beredar keluar. Aku takut juga dengan ugutan dia tu. Siap bersumpah bagai.
Kalau terjadi apa2 kat Najmi macam mana ? Ya Allah, kau lindungi la keluargaku dan suamiku.
Ketukan di pintu mengejutkan lamunanku. Aku segera membuka pintu.
"Yana, yana boleh keluar sekarang. Lepasni dah nak start dah. Kenapa muka pucat ni ? Takut eh ? Hahah" rupanya kak Nia yang panggil.
muka aku pucat bukan sebab ini. Tapi sebab ugutan dari lisa tadi. Aku memberinya senyuman.
***************************
Malam itu aku tidak boleh melelapkan mata. Aku asyik terfikirkan percakapan lisa tadi. Najmi sudah lama dibuai mimpi.
Walaupun aku penat, tapi aku masih tak boleh pejamkan mata.
Tiba2 aku terasa pinggangku dipeluk oleh Najmi.
"Sayang, kenapa tak tido lagi ni ? Dah malam ni" soal najmi
"Tak boleh tido la. U tido la" jawabku
Ha kami dah pun bertukar panggilan guys..
"Taknak ! Nak teman sayang " eii ngada2 la laki aku ni.
"Ok apa kata kita tengok tv, nak ?" Cadangku. Dia mengangguk setuju. Aku pun capai rimut di sebelah katil. Aku lihat siaran di tv.
Tiba2 ada satu cerita yang menarik minat ku. Cerita hantu thailand 'Pee Mak'.Kami pun layan cerita tu. Kebetulan baru nak start.
Sampai habis jugaklah kami tengok cerita tu. Gelak2 kami tengok cerita tu. Cerita tu seram tapi lawak.
"Sayang, kalau i mati dulu, sayang boleh teruskan hidup tak ?" Ha sudah soalan apa ni ? Tiba2 je
"Apa bie ni tanya soalan macam tu" marahku
"Sayang, i just nak tahu je. Jangan la marah. Jawab soalan tu please" rayunya
"kalau u takde, i akan tetap teruskan hidup. Walaupun u dah takde di mata i, tapi my baby tetap ada di hati i ni" jawabku
"Ok, tapi kalau your baby dah takde, senanglah sayang nak cari suami baru dengan muka cun sayang tu" aku cubit pipinya
"Ish macam tu pula. Dahla jangan tanya macam tu lagi. Dah jom tido"
****************************
Sudah sebulan aku dan najmi kahwin. Honeymoon dah pergi dah. Rumah pun kami dah pindah.
Najmi baru sahaja balik dari kerja. Satu hari ni aku asyik pening je,Mual2, selera makan pun takde.
"Assalamualaikum" suami aku dah balik. Aku menyambutnya di pintu.
Aku baru nak salamnya, tiba2 kepalaku terasa berat sangat. Aku rebah.
Buka sahaja mata, aku rasa macam bau hospital. Perlahan lahan aku bangun.
"Sayang....bangun sayang" panggil najmi
"Macam mana i boleh ada kat sini ? Apa jadi ?" Soalku
"Sayang pengsan tadi, doktor cakap..." pengsan ? Aku perasan riak wajahnya bertukar sedih
"Doktor cakap apa ?" Aku semakin ketakutan
"Doktor cakap yang sayang....pregnant 2 weeks" jeritnya. Aku menekup mulutnya.
"Ish, bie ni tak payah la jerit2. Wait what ?? i pregnat ? Are you serious? 2 weeks ?" Soalku tidak percaya
"Ya Allah, i serious la sayang. Kita akan jadi mama dan papa" ujarnya gembira. Ya Allah , betul ke aku pregnant? Aku happy sangat. Aku bakal jadi mak orang.
Najmi mengajakku pulang.
Kami dah beritahu mereka semua melalui whatsapp group family belah najmi dan belah aku. Mereka macam tak percaya je.
Ada yang mengucapkan tahniah. Najmi tak habis2 cakap happy dalam group tu. Aku pula yang pening. Terlebih suka.
Tak lupa juga, aku beritahu berita gembira ni kepada arfa, syasya dan syamien. Mereka juga tumpang gembira
Tengah aku baca2 whatsapp, tiba2 ada satu chat menarik perhatian aku. Lisa ? Aku buka.
' Aku akan pastikan, anak dalam kandungan kau tu mati. Kau pun akan mati. Rahsiakan hal ni daripada najmi. Kalau tak najmi pun aku matikan' -Lisa
Terbeliak mata aku baca mesej daripada lisa. Aku takut sendiri. Perlukah aku bagitahu najmi ? Tapi aku taknak najmi terjadi apa2. Lebih baik aku diamkan diri sahaja.
***********sambung*********
Hello, ok korang. Saya tukar plan la. Ada orang taknak sad ending la. So saya akan buat happy ending. so yah teruskan baca cerita ni. Dan Lisa...apa masalah dia pun tak tahu la.
ANDA SEDANG MEMBACA
Never leave you ✔
Romance"Maafkan saya,saya betul-betul tak sengaja langgar awak" - Aryana "Eh kau ni ikut aku ke ape ? Dulu kat sekolah muka kau, kat tempat kerja pun muka kau" - Najmi "Yana, saya ada sesuatu nak bagitahu awak"-Nazim ~ Never leave you~
