03

9K 1.1K 136
                                    

"Eh, kau ni bukan Simen ke?!" Teriak aku terkejut. Tapi apa yang aku dapat ialah hanya jelingan tajam daripada makhluk bernama Simen itu.

"Nama aku Jimin. Bukan Simen. Take a note." Katanya dengan lagak dan kemudiannya meninggalkan aku keseorangan dengan latar muzik cengkerik.

Aku memandang tajam belakang badannya itu lalu terus menutup pintu dan pergi ke ruang makan semula.

Aku menghentak hentakkan kaki aku seperti sedang berlatih kawad. Dan guess what, aku dapat satu lagi jelingan daripada Mr. Swag.

"Kau kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Hentak hentak kaki?"

"Aku bengang dengan simen." Jawabku pendek.

"Ah apa apa jelah. Btw, siapa yang datang tadi?" Yoongi tak habis habis menanyakan soalan kepadaku.

Aku tikam jugak budak swag ni kang.

Aku mengeluh seketika dan bersuara semula.

"Simen." Jawabku pendek lalu sambung makan.

Yoongi yang sedang makan itu, terus mengalihkan pandangannya ke lantai dan memandang lantai itu dengan pandangan tertanya tanya.

"Eh eh kau buat apa pulak tu?" Tanya aku pelik. Dia ni ada jugak unsur unsur pabo dalam otak dia.

"Hmm, simen?" Tanya Yoongi, masih dengan reaksi yang blank.

Aku hanya menggelengkan kepalaku. Malas nak layan dia ni.

Semasa makan, aku sengaja melaga lagakan sudu dan garfu dengan kasar. Apabila teringat muka si Simen tu, rasa macam nak cucuk je biji mata dia tu.

Tapi dia hensem.

Ehhh tak, apa yang kau cakap ni Areum!

Dan panggg, sudu yang aku pegang tadi telah pun terpelanting di atas rambut hijau Yoongi itu. Nasib baik bukan garfu, kalau tak rasanya dia dah dapat pendarahan otak dah.

Yoongi memandang aku dengan pandangan yang tajam.

"Weh habis rambut aku yang precious ni gosh kau tahu tak berapa kos aku nak buat rambut ni? Kau tahu kan rambut aku ni fluffy tapi dah kalau terkena sudu spaggeti kau tu, habis lah rambut aku!"

OMG. BETUL KE NI OPPA AKU?

Aku terus terdiam apabila dimarahi oleh oppa aku yang acah diva AA ni.

Dia memandang rambut aku yang masih terikat dengan gaya bun dan tersenyum nakal.

Gais, patut ke aku lari?

"Ehem. Kita haruslah bersikap adil dan saksama kan?" Yoongi tersenyum senyum seperti ada makna. Tegak terus bulu roma aku melihat senyuman dia tu.

"Get ready Min Areum." Yoongi sudah bangun daripada kerusinya dan mendekati aku.

Aku apa lagi, habis kerusi makan terbalik sebab aku kelam kabut sangat.

Gulp.

"Eommmaaaa helppppp!!" Jerit aku kuat sambil berlari lari ke arah eomma. Yoongi masih di belakang mengejar aku bersama rambutnya yang berperisa spaggeti carbonara.

Ohmy, terasa bagai raksasa spaggeti yang sedang mengejar aku sekarang.

Aku berlari lari dan kini aku sudah pun berada di depan eomma. Rambutku pun sudah serabai seperti puntianak. Dan, apa yang paling memalukan ialah Jimin dan eommanya memandang aku dan Yoongi pelik.

Yoongi pula masih berlari dan akhirnya dia terlanggar aku di hadapannya. Maka, kedua dua kami terjatuh gedebuk gedebak.

"Suga, Areum. Apa yang kamu berdua buat ni?" Marah eomma. Aku dan Yoongi hanya menjeling sesama sendiri dan mendiamkan diri.

Malu woi malu, simen dekat depan aku ni tengah tahan ketawa daripada meletus.

Boleh tak aku nak sorok bawah kain eomma sekarang ni?

Tapi aku tengok Yoongi tersengih sengih suka. Mungkin sebab eomma panggil dia Suga. Maklumlah, dia berkenan sangat dengan nama Suga tapi aku dan eomma taknak memanggilnya dengan nama itu.

Sebab Suga kan gula, gula kan manis. Kau rasa Yoongi ni manis ke? Aku tengok muka dia macam tembok penjara je.

"Alah biasalah tu, saya pun ada anak, jadi saya faham." Eomma kepada Jimin tiba tiba mencelah. Aku tersenyum puas apabila eomma Jimin memihak kepadaku.

"Aigoo dah dah, sekarang ni kamu berdua pergi masuk bilik. Suga, bersihkan rambut kamu tu. Macam mana spaggeti boleh ada atas rambut kamu tu?" Eomma menggelengkan kepalanya.

Walaupun eomma hanya ada dua orang anak, tapi rasa dah macam ada sepuluh orang anak nak menjaganya.

Yoongi dan aku tersenyum dan pergi ke ruang makan untuk mengemas semula segala benda yang tunggang langgang masa peperangan yang berlaku tadi.

+++

Aku melelapkan mata setelah selesai baca fanfic. Penat pula mata ni, lama lama boleh jadi juling kalau macamni. Baru sahaja ingin melelapkan mata, tiba tiba ada orang yang membuka pintu bilikku.

Aku agak orang tu ialah Yoongi, so kesah apa aku. Mari kita sambung tidur semula huhu.

"Ehem. Hey budak, eomma kau panggil suruh turun bawah." Aik? Ni bukan suara Yoongi? Aku membuka mataku dan

"Woiii kau buat apa dekat sini?! Eommaaa!" Jerit aku dengan kuat. Dengan segera, Jimin terus menekup mulut aku dengan tangannya.

"Janganlah jerit! Eomma kau suruh turun bawah. Dia kata dia dah whatsapp kau, tapi kau tak reply. Tu yang eomma kau suruh aku tolong panggilkan kau." Terang Jimin.

Oh ye? Malunya aku. Aku membuka phone aku dan melihat whatsapp yang diberi oleh eomma.

"Areum, turun bawah sekejap. Eomma ada nak bincang sesuatu ni."

Ek eleh, dalam rumah pun nak berwhatsapp ke eomma ni. Buat malu aku je tau.

Aku memandang Jimin dari tadi yang tidak habis habis merenung aku.

"Kau pandang apa?"

"Kaki kau." Jawabnya pendek. Aku memandang kakiku dan baru aku perasan yang..

Aku hanya memakai shortpant sebab aku nak tidur tadi.

OH MY GOD.

"Yah pervert punya Simen!" Jerit aku tak puas hati.

+++

Sorry late update :( my memorycard rosak and all of my photos, songs, videos & etc hilanggggg ohmy srs bengang so i need to dl semuanya include wattpad. Tu yang ambik masa lama sikit. Mianhaeeee.

Anyway, dont forget to comment & voteu :))

Mathematics   PjmWhere stories live. Discover now