40

5.3K 762 46
                                    

JIMIN'S

Kini, seminggu telah berlalu dan tibalah musim sejuk. Malah hari krismas juga semakin mendekati.

Layanan aku terhadap Areum dan Soyeon serta merta berubah. Aku selalu elakkan diri aku daripada berjumpa Taeyong, Areum dan Soyeon. Walaupun aku duduk bersebelahan dengan Soyeon, tapi aku tak pernah menegurnya.

Lepas apa yang aku dah buat, aku tak sanggup nak bercakap dengan mereka.

Aku tipu Soyeon.

Aku sakitkan hati Areum.

Aku buat Taeyong merana sebab dia terpaksa sorokkan perasaan dia pada Areum.

Dan yang paling teruk, aku tipu perasaan aku sendiri.

"Park Jimin! Ini dah kali ketiga saya beri amaran suruh tumpukan perhatian pada pelajaran. Apa yang awak asyik termenungkan tu? Kalau ye pun putus cinta, janganlah sampai termenung masa saya tengah mengajar." Suara Mrs. Song yang sedang memerli aku, mengembalikan aku ke alam nyata.

Semua mata pelajar memandang aku dengan pelik, ada juga yang menahan ketawa.

"Mianhae, seonsaengnim." Aku menunduk ke bawah.

"Kamu keluar dari kelas sekarang." Kata Mrs. Song dengan tegas. Mataku membulat, dia nak halau aku ke?

"Nae?!"

"Aigoo janganlah menjerit, saya bukan nak halau kamu pun. Pergi tandas dan basuh muka kamu, kalau boleh tonyoh sikit muka tu." Jawab Mrs. Song.

Aku mengangguk faham. Kakiku melangkah lemah ke arah tandas. Sampai sahaja di tandas, aku segera membuka paip air dan membasuh wajahku dengan kasar.

"Aishhh!" Aku menjerit kuat dan menyerabaikan rambutku. Kenapa aku asyik terfikir pasal Areum?

"Wah, so ni lah jalan yang kau pilih?" Satu suara yang aku kenali tiba tiba menyergahku.

Dia memandang aku dan tersenyum mengejek.

"Antara kekal atau tinggalkan Areum, kau pilih tinggalkan dia? Maknanya, kau tak suka Areum selama ni?" Taeyong bersuara lagi.

"Takde kena mengena dengan kau pun." Jawab aku malas.

"Oh okay lah kalau macamtu. Cuma satu je aku nak pesan, jangan tipu perasaan kau sendiri sebab nanti at the end, kau yang menyesal." Kata Taeyong lalu meninggalkan aku sendirian.

Sebab nanti at the end, kau yang menyesal.

"Aniya, aku takkan menyesal." Jawab aku sendirian. Kemudian, aku masuk ke kelas semula dan belajar seperti biasa.

Apabila loceng berbunyi menandakan pelajaran masa pertama telah tamat, Mrs. Song berlalu keluar daripada kelas.

Semua pelajar kelas aku sibuk berbincang tentang aktiviti pada hari krismas termasuklah Areum dan Taeyong. Manakala aku hanya duduk bersendirian dan mendengar lagu menggunakan earphone.

Namun selepas itu, aku terus memberhentikan laguku dan mendengar perbincangan mereka dalam diam.

Patut ke aku ajak Soyeon keluar krismas ni?

Mathematics   PjmWhere stories live. Discover now