11

6.5K 931 54
                                    

Loceng berbunyi menandakan semua pelajar perlu masuk ke kelas. Aku memandang Jimin, dan Jimin memandang aku.

wHUT

"Kau tak nak masuk kelas ke?" Tanya Jimin.

"Tu lah soalan yang patut aku tanya dekat kau. Kau tak nak masuk kelas ke?" Tanya aku kembali.

Tiba tiba, ada pula satu suara yang menyampuk.

"Kamu berdua ni tak nak masuk kelas ke?"

Aku dan Jimin tersentak, rasanya berdua je. Macam mana boleh ada orang ketiga pulak ni?

Rasa ingin tahu membuak di dalam diri, aku pun memandang gerangan tersebut.

Bam. Kepala bagai terhantuk di dinding.

MRS.KANG.

CIKGU DISIPLIN SEKOLAH NI.

OHMY.

MATI LAH AKU.

Papp. Rotannya dilibas ke locker. Serta merta bahu aku terhenjut.

"Apa yang kamu berdua buat dekat tempat sunyi macam ni?!"

"Er cikgu kami-" aku ingin menjawab, tapi Mrs. Kang memotong.

"Awak dengar tadi loceng dah berbunyi kenapa tak masuk kelas?!!"

"Eh tak cikgu sebenarnya-"

"Nak ke saya call parents kamu berdua?"

"E-eh jangan cikgu! Kitorang tak-"

"Ikut saya ke bilik disiplin sekarang jugak!" Rotannya dilibas lagi.

WTF WEH AKU NAK CAKAP DIA ASYIK POTONG JE HALAH ORANG TUA NIII

Mataku memandang tajam ke arah Jimin.

"Asal kau diam je? Eish bukan nak pertahankan!" Marah aku kepada Jimin.

Mana taknya, aku punyalah struggle nak jelaskan tadi tapi si Simen ni selamba dia je kunyah chewing gum kat sebelah aku.

Ughhh stressss.

"Kau ni bersyukur lah sikit." Balas Jimin.

Aku mengerutkan dahiku. "Hah?" Tanya aku pelik.

"Sebab lepas ni matapelajaran English. Kalau kita kena duduk dekat bilik disiplin, aku takyah masuk kelas. Lagipun ada aircond kot, sejuk. Ha gunakanlah peluang ini dengan sebaik mungkin." Terang Jimin panjang lebar.

Mendengar sahaja penerangannya, aku terus memijak kakinya kuat.

"Aw sakitlah!" Jerit Jimin. Disebabkan suara highnotenya itu, Mrs. Kang yang berada dihadap terus memandang ke arah kami berdua dengan muka bengisnya.

"Min Areum, Park Jimin. Kamu berdua ni tak serik serik lagi ke?!" Marahnya lagi.

Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu manakala Jimin masih menahan kesakitan.

Sampai di bilik disiplin, Mrs. Kang duduk di kerusinya. Melihat Mrs. Kang duduk, aku pun turut duduk.

"Siapa suruh kamu duduk?" Mrs. Kang mengangkat sebelah keningnya.

"Nae?" Tanya aku pelik.

"Berdiri, kamu ingat ni interview kerja ke?" Perli Mrs. Kang.

Alah alah makcik ni takyah ah kerek sangattt.

Jimin di sebelahku sudah ketawa bagai nak gila, eh dia tak perasan ke yang raksasa kat depan aku ni dah pandang dia semacam?

"Park Jimin!" Rotannya memukul meja. Bahu Jimin terus terangkat apabila diherdik begitu.

Kini, giliran aku pulak yang ingin ketawa tapi aku tahan. Gila nak gelak depan raksasa bermata empat ni? Woih seram.

"Haih, Areum. Berbuih mulut saya nak nasihatkan kamu ni. Kamu ni tak ada lah pandai mana, tapi masih nak ponteng kelas." Tegur Mrs. Kang.

Panas je telinga aku mendengarnya. Tahulah aku pelajar yang selalu dapat tempat last dalam exam, tapi tak perlu kot nak perli ey besar kecik besar kecik je aku tengok spek dia tu.

"Kamu jugak, Park Jimin. Sejak bila kamu pandai ponteng kelas ni? Kamu ni kan pelajar pandai, satu satunya harapan dalam sekolah ni." Sambung Mrs. Kang.

Pftttt tadi masa aku dia kutuk, Jimin dia puji pulak.

UNFAIR WOIII

"Saya malas nak cakap banyak, sekarang ni kamu berdua cuci tandas lepas balik sekolah. Arraso? Jangan nak lari, saya akan suruh guard perhatikan kamu berdua."

"Nae?!" Jerit aku dan Jimin serentak.

Kesalahan kecik je kenapa sampai kena cuci tandas :')

"Tapi cikgu-"

"No excuse, you may go now."

Aku mengeluh perlahan. Maka dengan langkah yang berat, aku dan Jimin balik ke kelas.

Oh god, apa malang sangat hidup aku ni

+++

Waktu sekolah akhirnya tamat, tapi tidak bagi aku dan Jimin.

"Ni semua kau punya pasal!" Bentak aku tak puas hati. Memang dari tadi aku tak puas hati dengan Jimin ni, nak aje tarik rambut oren dia tu.

"What? Okay apa. Atleast kita boleh berkepit sepanjang hari ni." Balasnya sambil membuat wink ke arah aku.

Oh please, aku takkan cair okay.

"Ew tolonglah. Baik aku mula sekarang, siap cepat balik cepat." Kata aku lalu mengambil mop yang telah disediakan.

Apabila aku ingin mengambil mop, tangan Jimin tersentuh dengan tangan aku. Cepat cepat aku jauhkan diri dengannya.

Aku dapat rasa jantung aku berdegup laju. Dan pipi aku..

Oh noooo, wahai pipi janganlah merahhh. Kau bukan orang yang suka blushing macam niii

"Kenapa merah macam tomato? Eyyy blushing ehhhh?" Kata Jimin lalu mencucuk pipiku.

OML MAKIN MERAH PIPI AKUUUUU

Aku menepis tangannya.

"Dont touch! Hanya Wonwoo je boleh touch pipi aku yang kiut ni." Balas aku bangga lalu terus memulakan kerja.

Well sebenarnya aku nak mengelak daripada disakat oleh manusia bernama Park Jimin tu.

Jimin membalas kata kataku itu dengan jelingan mengejek.

+++

I wonder cerita ni makin best or makin bosan? 😂😂😂

Mathematics   PjmWhere stories live. Discover now