26

5.7K 825 172
                                    

JIMIN'S

Aku berjalan dengan Soyeon untuk pulang dari sekolah. Tiba tiba, Soyeon memeluk bahuku, aku juga membalasnya.

Secara automatik semua pelajar terus mengelilingi aku dan Soyeon, membuatkan kami berdua terasa rimas.

"Apa yang wow tu-

-oh wow"

Itu adalah suara yang sangat aku kenali.

"Min Areum?" Ujar aku dalam hati. Dengan serta merta aku terus menurunkan tanganku yang tadinya pada bahu Soyeon.

"Kan aku dah kata tak penting pun." Taeyong menarik tangan Areum, tapi Areum langsung tidak berganjak dari situ.

Dia memandang aku dan Soyeon, dan tersenyum. Dia kemudiannya keluar daripada kumpulan pelajar pelajar tersebut dan pergi ke arah aku dan Soyeon.

"Awh member tengah bahagia lahhh!" Areum memicit hidung Soyeon manakala Soyeon menjelingnya dan ketawa.

"Yah aku dengan Jimin tak ada apa apa pun lah. Kan Jimin?" Kata Soyeon.

"Ah ha ah betul lah tu" aku membalas sambil tersenyum.

"Areum, jom lah balik, rimas lah ramai ramai ni" Kata Taeyong, mukanya jelas tidak berperasaan. Tangan Areum ditarik lembut.

"Ala Taeyong, kita balik dengan dorang sekali lah" Bantah Areum sambil membuat wajah comel kepada Taeyong.

"Pewishhhh?" Kata Areum lagi.

"Aish arraso arraso, degil betullah kau ni." Taeyong menjelingnya.

"Orang yang degil ni jugak kau sayang kannnn" usik Areum terhadap Taeyong. Aku dan Soyeon ketawa melihat perangai mereka berdua.

Aku dan Soyeon berjalan di hadapan, manakala Taeyong dan Areum berjalan di belakang.

Sampai sahaja di satu simpang, keempat empat kami berhenti. Memandangkan Taeyong dan Soyeon pulang ke rumah mengikut jalan yang sama, jadi kami semua berpecah ke haluan masing masing.

"Areum, kau okay tak balik sorang ni? Nak aku hantar kau?" Taeyong tiba tiba bersuara. Aku dan Soyeon memandang ke arah mereka berdua.

"Tak payah lah, dekat je" jawab Areum.

"Jimin, sweet kan dorang? Nak ship tak?" Soyeon bertanya kepadaku dengan senyumannya.

Hatiku sejuk melihat senyumannya.

Tapi.. Soalan tu membuatkan aku terdiam. Begitu juga dengan Areum dan Taeyong.

"Aigoo apa ni Soyeonnn, kalau ye pun nak ship, ship lah aku dengan Wonwoo!" Areum mula memecahkan suasana yang kekok tadi.

Aku hanya ketawa melihat perbualan mereka. Lol wait kenapa aku rasa awkward gila ni?

"Berangan je kerja kau ni. Dahlah, pergi balik. Jaga diri elok elok. Annyeong!" Taeyong melambai ke arah aku dan Areum.

"Annyeong Soyeon, take care tau." Aku mengenyitkan mata kepada Soyeon, dia membalas dengan senyuman manisnya.

Kelibat Taeyong dan Soyeon makin lama makin hilang dari pandangan. Kini, tinggallah aku dan Areum sahaja.

"Jom kita balik!" Kata Areum dengan nada teruja.

"Kenapa kau teruja semacam je hari ni?" Akhirnya mulut aku bersuara jugak.

"Ofcourse aku teruja, tengok Soyeon happy macam tu."

"Kau.. Suka?" Tanya aku lagi.

"Yeap, aku suka sangat bila dapat tengok dia happy. Well, dia dah lama simpan perasaan dekat kau." Dia membalasnya dengan senyuman.

Aku terkejut mendengar kata kata Areum.

"Jinjja?" Tanya aku gembira, inginkan kepastian.

"Nae. So kau jangan kecewakan dia pulak. Okay?" Aku mengangguk faham dan tersenyum.

"Anyway, dah lama kita tak berborak macam ni kan? Dah seminggu, kau layan aku macam orang asing, ataupun sesuai dengan panggilan makhluk asing?" Areum berkata sambil ketawa.

Keluhan berat dilepaskan oleh aku.

"Mianhae Areum, aku cuma busy dengan exam je. Tak ada niat pun nak layan kau macam tu." Terang aku, berharap Areum akan memaafkan aku.

"Aigoo uri Jimin, chill lah. Aku okay je, aku faham kau tengah struggle dengan exam kan? Gwenchana!" Balas Areum dengan riangnya.

"Exam tadi macam mana?" Aku mula menukar topik.

"So far so gooood, aku boleh jawab semua soalan. Hehe thanks kepada cikgu Simen kita ni." Areum membuat tanda bagus terhadapku.

Tanpa sedar, aku mengusap pipinya dengan lembut dan tersenyum manis ke arahnya.

Matanya membulat melihat kelakuan aku, dia terus menepis tanganku.

"Jimin-ah, aku balik dulu lah. Baru teringat Yoongi suruh kemaskan bilik dia, annyeong!" Kata Areum lalu terus berlari meninggalkan aku.
"Aish, kenapa dengan aku ni?! Aku suka Soyeon bukannya Areum!" Marah aku sendirian. Kepala diketuk kuat.

Aku rasa salah satu wayar dalam otak aku dah tak berfungsi dengan betul.

+++

Beg sekolah diletakkan di dalam rak bilikku, aku baring dan memandang kosong ke arah syiling. Memikirkan tentang diri aku yang keliru.

Iphoneku dicapai, aku mula melupakan masalah tadi.

Tok tok.

"Bukak je eomma, tak kunci pun." Jerit aku dari dalam.

Pintu bilikku kemudiannya dibuka oleh eomma.

"Nae eomma?" Jawan aku.

"Kawan kamu tengah tunggu dekat ruang tamu." Kata eomma.

Aku mengerutkan dahi, pelik. Siapa pulak yang datang ni?

"Ah, baru aku teringat. Kelas tusyen math tetap berjalan macam biasa." Aku menggelengkan kepala, tulah banyak sangat berfikir.

Tapi sekarang belum pukul 3:30 lagi? Takkanlah sekejap sangat si Areum tu bersiap?

Aku segera turun ke ruang tamu. Apabila sampai di ruang tamu, terdapat seorang perempuan yang membelakangi aku. Dia sedang duduk di sofa sambil bermain dengan phonenya.

"Soyeon?" Tanya aku pelik.

Macam mana dia boleh tahu rumah aku? Dia memandangku dan tersengih.

"Soyeon buat apa dekat sini?" Tanya aku lagi.

"Hehe, awak free kan? Nak keluar tak?" Ajak Soyeon. Aku dengan mudahnya menerima ajakannya.

Soalan yang berada di dalam kepalaku dibiarkan sahaja.

"Bagi saya 5 minit nak bersiap, tunggu tau!" Jawab aku teruja. Dengan tungkus lumus aku naik ke bilik untuk membersihkan diri dan bersiap.

+++

#7 in fanfiction omg im cryinnnn tqsm!! ✨✨

Mathematics   PjmWhere stories live. Discover now