07

8K 990 204
                                    

Aku meletakkan minyak di kaki Areum supaya kakinya beransur pulih.

Tapi yang aku tak puas hatinya, si Areum boleh lagi tidur. Kau tak tahu betapa strugglenya aku nak dukung kau pastu sapu minyak lagi.

Aisehhhh. Aku memandang sekeliling biliknya. Hmm not bad ah, cuma poster poster ni menyemak pada pandangan mata aku.

"Kau tengok apa? Poster poster ni?" Tanya budak hijau disebelahku ini. Dia ni sebagai abang Areum, bukannya nak tolong sapukan minyak.

Katanya allergic minyak hadoh alasan error namati.

Aku mengangguk. Siapakah gerangan 13 manusia yang berada di dalam bilik Areum ini?

"Adik aku ni kpoppers. Takkan kau tak tahu group yang tengah meletopsss dekat korea sekarang ni?" Yoongi membuat muka ala ala mak bedah sedang bergosip.

Oh noooo, nak kata pasal kpop ni jangan lah. Aku langsung tak berminat nak ambik tahu.

"Tak?"

"Aish kau ni, nama group dia thirteen ah. Dorang ada 13 orang, semua hensem belaka. Tapi hensem lagi aku ni" Terang Yoongi.

HEK ELEH MAMAT HIJAU NI BAPAK POYO SIAAAA sama je macam Areum ;-;

Sebelum dia cerita kisah kpop ni dengan selanjutnya, baik aku cabut lari dulu.

"Ha yelah, aku gerak lu. Pape jangan roger, aku tak sanggup nak dengar bebelan kau pasal group kpop ni hah." Kata aku lalu terus beredar dari situ.

Sebelum itu, aku menunduk hormat kepada Yoongi. Maklumlah, dia tua dua tahun dari aku. Aku ni tak adalah jahat sangat sampai tak hormat orang tua uuwuwuwu.

Aku tahu umur dia 19 tahun pun sebab eomma yang bagitahu.

AREUM'S

Aku tersedar daripada tidur, dan apabila aku sedar sahaja, aku berada di tempat yang sangat asing bagiku.

Aku memandang di sekeliling tempat asing itu.

"A-aku dekat mana ni?" Tanya aku pelik sambil memegang kepalaku.

"Kau tak payah nak acah masuk hospital sangat lah, ni bilik kau lah mangkuk." Kata Yoongi sambil menjeling aku.

Halah Yoongi ni, aku baru je nak feeling macam orang yang kena amnesia sebab terhantuk dekat dinding konkrit.

"Yelah yelah, macam mana aku boleh ada kat sini eh?"

"Jimin hantar kau ah tadi, dah lah budak oren tu mengacau aku tidur." Yoongi menjuihkan bibirnya. Fulamak kau fikir comel ke? Macam itik je aku tengok.

"Oklah tu, sorang budak hijau, sorang budak oren. YOONMIN IS REALLLL!" Aku mengangkat keningku dan berfangirling di hadapan oppaku.

Pukkk.

Malang tak berbau, kepala aku kena ketuk dengan tangan Yoongi yang keras macam batu astaga boleh berkecai otak aku :')

"Btw tadi en, Jimin tanya pasal poster thirteen kau ni."

Aku mengangguk faham dan malas nak mengambil tahu. Alah alah siapa kesah kalau dia tanya pun-

Mathematics   PjmWhere stories live. Discover now