Before read, i want to say sorry if its not a good ending yang korang harapkan. I tried my best as i can for make a good ending. Thankyou so much for 100k, i love u all. Enjoy! :)
+++
AREUM'S
Aku terbangun apabila angin yang sejuk meniup wajahku. Badanku direnggangkan dan aku melangkah mamai ke arah tingkap, untuk menutupnya. Perbuatanku dihentikan apabila terlihat salji mula turun. Bibirku mula mengukir senyuman riang.
"Yeay snowww!" Jerit aku teruja.
Yeap, esok adalah Hari Krismas. Entah kenapa aku rasa teruja sangat tahun ni. Mungkin sebab aku boleh sambut dengan Taeyong kot?
Dengan perasaan teruja, aku berlari ke ruang tamu, mencari eomma dan Yoongi. Tapi, ruang tamu kosong. Dapur pun kosong.
Eh, mana pergi semua orang?
Baru sahaja ingin melangkah naik ke atas, aku perasan yang eomma ada tinggalkan note.
Eomma keluar kejap, nak beli barang hias untuk esok. Kalau lapar, suruh Yoongi masakkan.
Aku mengeluh berat dan terus menuju ke bilik Yoongi.
"Huaaa eomma wae? Aku dah lah tengah lapar ni." Bebel aku sendirian.
Pintu bilik Yoongi yang tak berkunci terus dibuka. Dan ya, mayat hidup sedang dibuai mimpi di atas katil.
Aku tersenyum nakal. Perbuatan jahat mula terlintas dalam fikiranku.
Satu, dua, tiga.
Dong dong dong deng deng dong
Aku mengetuk ngetuk pintu biliknya dengan kuat menggunakan tanganku. Yoongi yang sedang lena tidur terus terbangun dan memandang aku dengan pandangan tak puas hati.
"Kau nak apa hah?!" Jerit Yoongi sambil membesarkan biji matanya.
Ha kau, keluar suara jantan. Eh, dia memang jantan pun. Siap ada girlfriend nama Jimin lagi tau. Eh tak. Aku ada sebut nama Jimin ke tadi?
"Woa chill bro, tolong masakkan untuk aku. Lapar ah." Rungut aku.
Mata Yoongi kembali menjadi kecil, dan lama kelamaan, dia tidur semula.
Aku mendengus geram. "Yah Min Yoongi, bangunlah!" Kini, giliran aku pulak yang menjerit di telinganya.
"Woi bangunlah please, aku lapar ni." Aku mula membuat suara kesian.
"Ish, pergilah makan." Jawab Yoongi, masih dengan suara mamai dia tu.
"Takde makanan."
"Suruh eomma masak."
"Eomma takde."
"Pergi lah masak sendiri."
"Aku tak reti masak."
"Belum cuba belum tahu."
"Kalau dapur terbakar aku salahkan kau." Jawab aku laju lalu berjalan keluar daripada bilik Yoongi.
Namun, belum sempat aku keluar, Yoongi dah bersuara.
YOU ARE READING
Mathematics Pjm
Fanfiction[completed] this subject driving me nuts, so are you Start ;; June 16 End ;; November 16 Highest ranking - #2 in fanfiction at 250916