35

6.3K 874 143
                                    

Big clap to y'all bcs math alrd reached 50k+ 👏👏 I started it since bulan 6 and its mean sekarang dah 4 bulan cerita ni published. Tqsm gais for ur support💜💜

+++

Sedang aku bersiap untuk ke sekolah, tiba tiba aku terfikir tentang perbuatan Jimin semalam.

Kenapa dia pegang tangan aku sedangkan dia dah ada Soyeon?

"Ugh, kenapalah aku libatkan diri dengan budak simen tu. Kan bagus kalau macam dulu, fangirling setiap masa, jadi antisosial." Aku mengeluh sedih, mataku sudah sedikit berair.

Well, sejujurnya. Aku rindu hidup aku tanpa Jimin.

Atleast, hati aku tak hancur. Dan aku tak perlu sorok kesedihan aku.

Sejak ada Jimin, Soyeon pun mula berubah.

Atau pun, sejak ada Soyeon, Jimin mula berubah?

"Aku harap kau tak wujud, Park Jimin." Kata aku sendirian.

Tok tok tok.

Ketukan pintu bilikku, membuatkan aku berhenti daripada memikirkan tentang masalah hidupku.

"Chakkaman." Kata aku perlahan. Aku membuka pintu, dan wajah Yoongi terpancar dihadapanku.

"Bwo?" Tanya aku tak puas hati. Mana taknya, dia pandang aku macam nak cari gaduh je.

"Kau padam semua fail wwe aku eh?" Yoongi menjelingku. Aku hanya diam, tanpa riak wajah.

Entah kenapa pagi ni aku rasa mood aku lain macam. Rasa macam semua benda tak kena.

"Mian." Kata aku pendek lalu meninggalkan Yoongi keseorangan. Aku dapat rasa yang dia tengah memandang pelik ke arahku.

Aku turun ke bawah, dan segera memakai kasut tanpa bersarapan.

"Areum-ah, kamu tak nak makan dulu ke?" Tanya eomma. Aku hanya menggelengkan kepalaku, tanpa bersuara.

Baru sahaja aku ingin keluar, aku dapat merasakan ada sepasang tangan yang memegang bahuku.

"Yah kau dah delete fail tu semuanya, then kau kata mian je?" Yoongi memandangku tajam.

Damn Yoongi, aku tengah badmood ni tak payah lah kacau.

"Kau tahu tak betapa penatnya aku nak kumpul semua fail tu, kau pulak selamba je delete?!" Yoongi mula meninggikan suaranya terhadap aku.

"Oh, aku tak tahu pulak fail wwe kau tu lagi penting daripada adik kau sendiri." Aku tersenyum sinis kepada Yoongi kemudian berlalu pergi.

Pintu rumah dihempas dengan kuat.

Aku dah kata, jangan kacau aku time aku badmood. Dengan wajah yang bengang, aku berjalan bersendirian di koridor.

Tetapi, banyak mata mata pelajar yang memandang aku dengan pelik.

"Korang semua ni memang tak pernah nampak manusia eh?" Tanya aku dengan nada yang dingin. Dengan itu, mereka semua terus memandang ke arah lain.

Mathematics   PjmWhere stories live. Discover now