Aku memandangnya dan dia memandang aku.
"Kau nak ke tak nak ni? Kalau tak biar aku ambik je" kata katanya menyentakkan aku dari lamunan.
Dengan segera aku mengambil semula purse aku yang berada di tangannya itu.
"Well, Min Areum? Dah lama tak jumpa." Ujarnya lagi. Saat itu, masa bagaikan terhenti.
Aku menekup mulut dengan tanganku. Rasa nak menjerit pun ada, rasa nak menangis pun ada.
"T-Taeyong?" Tanya aku seperti tidak percaya dengan benda yang terjadi sekarang ni.
"Nae, Lee Taeyong imnida" dia tersenyum ke arahku. Manakala aku, masih tak berkelip mata.
"Oh my god. Lee Taeyong!!" Aku terlompat lompat sambil memeluknya.
"Yah yah jangan lompat lah, buat malu je dekat sini. And lagi satu, jangan nak menangis dekat sini pulak." Taeyong menyerabutkan rambutku.
Kyaaa comelnyaaaaa diaaaaa
"Bila kau balik Seoul? And muka kau, apahal macam watak dalam komik weh? Pft no wonder pekerja tu kata kau handsome!" Aku mencubit cubit pipinya yang gebu itu.
Lee Taeyong. Kawan yang tak begitu baik semasa aku berumur 15 tahun. Dia suka buli aku, tapi yang peliknya aku tak pernah melawan.
Aku suka bila kena buli dengan dia.
Lama kelamaan, dia giveup membuli aku sebab aku tak pernah menangis atau mengadu dekat cikgu.
Well, dia nak tittle pembuli dalam sekolah tapi tak dapat sebab cara dia membuli tu tersangatlah comel ╮(─▽─)╭
Disebabkan giveup, dia mula layan aku dengan baik. Dan sejak daripada itu lah, aku dengan Taeyong mula menjadi kawan rapat.
Kalau boleh, semuanya nak dikongsi sampai cikgu pun kata kitorang macam kembar tak seiras.
Tapi semuanya berakhir bila dia pindah ke China, mengikut eomma dan appanya.
Tapi, pada masa yang sama, Soyeon orang baru yang muncul dalam hidup aku. Dia mengganti Taeyong, menjadi kawan rapat aku.
"Yah, Areum! Boleh pulak kau mengelamun dekat sini kan?" Taeyong menampar lenganku.
Pfttt aku bukan mengelamun. Aku kena cerita benda ni dekat readers lah, ey kau mana faham!
Aku menjeling Taeyong. Dia ni dari kecik sampai ke besar tak ubah ubah, suka sangat pukul lengan orang.
"Hehe mian! Anyway, kita memang nak berdiri dekat sini berborak pasal kisah silam je ke macam mana?" Perli Taeyong. Aku ketawa kecil mendengar kata katanya.
Maka dengan itu, aku dan Taeyong pun pergi ke satu kafe untuk berborak borak.
Ticket wayang pun entah dah campak ke mana. Pembaziran tenaga dan wang berlaku hari ni.
Sampai sahaja di kafe, aku dan Taeyong masing masing mengambil tempat duduk.
"Nak pesan apa?" Tanya waiter yang sudah berada di hadapan kami berdua.
"Ice Americano." Jawab aku dan Taeyong serentak. Kemudian, aku dan Taeyong menjeling sesama sendiri.
Sebaik sahaja waiter tersebut berlalu pergi, aku dan Taeyong terus mengeluarkan suara.
"Yah kan aku dah kata dulu jangan tiru apa yang aku suka!" Aku membantah.
Manakala Taeyong sudah tersenyum nakal.
"Yah bukan kau suka ke kalau aku tiru kau?" Ujarnya. Woho jangan buat jantung aku meletup dekat sini.
"Tch whatever." Aku menjelingnya.
"Ehhh lupa nak tanya, mana kau dapat purse aku ni? Eh tak, mana kau tahu ni purse aku?" Tanya aku pelik. Entah dari mana dia datang pun aku tak tahu. Tiba tiba je muncul, dalam mall yang sama pulak tu.
"Erm, macam ni ceritanya..
-Flashback-
TAEYONG'S
Sementara menunggu orang dihadapanku memesan pesanannya, aku mengeluarkan phone aku.
"Haih sabar Areum sabar." Kata perempuan di hadapan ku ini.
Aku mengerutkan dahiku, kenapa macam pernah dengar je dia punya suara?
Baru sahaja ingin menegurnya, dia sudah berlalu pergi. Yang peliknya, dia tinggalkan purse dia.
Aku memusing ke belakang, mencari kelibatnya tapi dah hilang.
"Eh eh ni pelesit ke apa?" Tanya aku sendirian. Aku membuat keputusan untuk mengambil purse itu dan mencari tuannya sendiri.
Sebaik sahaja siap membeli apa yang aku nak, aku terus berpusing di dalam satu mall untuk mencari perempuan tersebut.
Pusing punya pusing, cari punya cari. Akhirnya mata aku tertumpu di figura seorang perempuan yang sedang duduk keresahan.
Aku mendekatinya.
"Oi, ni kau punya purse kan?" Tanya aku. Sebaik sahaja dia memandang wajahku, aku dah agak. Dia Min Areum.
-End Flashback-
-End Taeyong's-"Woah good story, tak sia sia aku tinggalkan purse aku!" Aku menepuk tanganku sebaik sahaja mendengar cerita Taeyong yang berharga itu.
"Ni good story kau!" Taeyong menjentik dahiku.
Aduh, mengapaaaa?
"Good story hidung kau, punya lah penat aku pusing satu mall nak cari kau." Dia menjeling aku. Manakala aku hanya tersengih seperti kerang busuk.
"Bila kau pindah sini? Kau sekolah mana? Tanya aku bertalu talu.
"Last week. Aku duduk tetap dekat Seoul, eomma kata tak payah pindah China dah. And appa hantar aku dekat Hanseong High School." Terang Taeyong.
Ohhh. Hanseong-
Kejap, Hanseong High School?
"Hanseong?! Weh sekolah aku tuuu!" Aku dah menjerit kegembiraan. Langsung tak kesah dengan orang di sekelilingku.
"Jinjja?" Tanya Taeyong pula. Aku mengangguk keterujaan.
Finallyyyyy !
+++
So here we goooo, Taeyong is a new cast hewhew
YOU ARE READING
Mathematics Pjm
Fanfiction[completed] this subject driving me nuts, so are you Start ;; June 16 End ;; November 16 Highest ranking - #2 in fanfiction at 250916