Selesai makan, aku naik ke atas semula. Aku terpacak di hadapan pintu bilik, menunggu Yoongi untuk naik.
Eomma dah pergi ke pasar, so aku dan Yoongi bebas di rumah muehehheeh.
Aku melihat Yoongi yang sedang lalai dengan headphone di telinganya sambil menaiki tangga.
"Ish lambatlah Yoongi ni, macam kura kura. Tahulah rambut hijau!" Bebel aku, tangan Yoongi terus aku tarik masuk ke dalam bilikku.
Dia membuka headphonenya dan memberikan pandangan pelik terhadapku.
"Waeee? Kau nak apa lagi? Mengacau orang je tahu." Marah Yoongi.
Aku menjelingnya, eleh tadi acah sweet siap senyum kat aku bagai, sekarang jadi seperti Yoongi biasa pulak.
"Apa yang buatkan kau tiba tiba terfikir nak backup aku tadi?" Tanya aku kepada Yoongi.
Rasa ingin tahu aku sangat kuat. Tak pernah pernah dia buat cenggitu, buang tabiat ke apa?
"Entah." Jawab Yoongi selamba. Habissss perangai swag dia dah datang.
"Min Yoongi." Kata aku lagi.
Dia memandang aku dan melepaskan keluhan berat.
"Aish yelah. Kau ada masalah kan? Kau tengah sedih kan? Takyah tipu lah, aku tahu." Kata kata Yoongi membuatkan mataku membulat kerana terkejut.
Aku cuba untuk kekal selamba, curi perangai swag Yoongi sekejap.
"Y-yah mana ada, eee tolonglah. Tiada perkataan sedih dalam kamus hidup aku." Tipu aku.
"Penipu." Jawab Yoongi sambil menjeling aku.
"Betullah, aku tak ada masalah pun. Aku tak sedih pun. Aku happy gila hari ni, rasa nak tergelak je sepanjang masa." Sedaya upaya aku sorokkan kesedihan aku dalam dalam.
"Kau ni kan, penipu yang paling teruk pernah aku jumpa." Kata Yoongi sambil memandang tepat ke arah anak mataku.
"B-bwo?"
"Dah dah lah Areum. Aku kan oppa kau, yelah aku mengaku yang aku ni selalu buli kau. But, macam mana pun aku still faham kau. Aku boleh nampak yang kau tengah sedih. Dan, aku dengar kau menangis dalam bilik tadi." Terang Yoongi sambil memeluk aku dengan erat.
Aku terdiam mendengar kata kata Yoongi.
No noooo Areum jangan menangis, jangan menangissss.
"Areum-ah, gwenchana. Menangis bukannya bermakna kau lemah lah, kau dah memang kuat hadapi semua benda ni. Menangis je lah, jangan nak acah tak sedih konon, kang ada jugak yang makan kaki kang."
Kata kata Yoongi membuatkan aku terharu, tapi pada masa yang sama membuatkan aku menjelingnya.
Sempat lagi si Yoongi ni masukkan nada sindiran masa akhir ayat.
Keadaan senyap sunyi seketika, aku masih memeluk Yoongi yang seperti marshmallow itu.
Rasa macam taknak lepas je kahkah gurau okayyy.
"Eh wait wait, kalau nak nangis jangan lap dekat baju aku. Lap dekat baju Taeyong, so kau pergi cari Taeyong sekarang." Yoongi yang bersuara tiba tiba menyebabkan aku ketawa besar.
Okay Taeyong, mesti kau tengah tercekik tulang ikan dekat rumah kan?
"Pabo Yoongi-ah" aku menolak lembut badan Yoongi dan ketawa.
"Haaa macam ni lah adik aku, dah dah tak payah nak menangis. Kalau aku swag, kau pun kena lah swag. Ingat tu." Bebel Yoongi lagi.
Okla adik beradik swag lah dikatakan .-.
Tiba tiba, aku merasa getaran pada badan aku. Jap, jangan suspend sangat. Phone dalam poket aku vibrate je.
Tae to the Yong is calling
Aku memandang Yoongi dan mengangkat panggilan daripada Taeyong.
"Yo wassup Taeyong." Yoongi merampas phone daripada tanganku.
Tak sempat aku nak jawab, apahal kejam sangat Yoongi ni :')
"Yo suga suga swag. Tolong bagitahu Areum suruh dia bersiap, kejap lagi aku ketuk rumah kau. Okay bye."
Tet tet tet. Panggilan dimatikan.
Wait, aku dekat sebelah Yoongi je ni. Kenapa perlu Yoongi bagitahu aku dan kenapa aku langsung tak berpeluang nak bercakap dengan Taeyong? ( ° ° )
Yoongi membuat muka derpnya kepadaku.
"Ooooo nak dating dengan Taeyong eh? Dalam diam kan korang berdua ni" Yoongi mula mengusikku. Aku menjelingnya.
"Paboya." Aku menolaknya keluar dan bersiap dengan segera. Entah kemana lah Taeyong nak bawak aku, aku ikut je hew.
+++
DingDongDingDingDingDongDong.
Loceng rumahku berbunyi. Sah sah itu memang Taeyong. Cara dia tekan loceng lain daripada yang lain.Aku membuka pintu dan melihat Taeyong tersenyum ke arahku.
"Jommmmm!" Taeyong menarik tanganku untuk keluar tanpa sempat aku memakai kasut.
"Woi woi sabar lah, kasut tak pakai lagi." Kata aku lalu terkial kial mencari kasutku.
"Taeyong, please take a good care of her. Apa apa roger je aku!" Kata Yoongi dari dalam.
Ha engko siap berspeaking lagi.
"Nae!" Jawab Taeyong pula. Dengan itu, aku dan Taeyong memulakan perjalanan untuk pergi ke-
-Ke.. kejap. Nak pergi mana eh?
"Taeyonggg, kau nak bawak aku pergi mana?" Tanya aku sambil mendongak ke atas.
Almaklumlah Taeyong tinggi, aku pendek tapi sikittttt je.
"Eyy tak suprise lah kalau aku bagitahu. Aku dah lama tak buat benda ni dengan kau." Taeyong tersenyum manis ke arahku.
Eleh dengan kawan sendiri pun nak berahsia.
"Fineee." Keluh aku.
Taeyong berhenti sebaik sahaja sampai di stesen bas. Begitu juga dengan aku.
"Nak buat apa dekat sini?" Tanyaku.
"Kejap, tengah tunggu jet aku sampai ni." Jawab Taeyong. Eh ehhh dia perli kita lah.
Aku memandangnya dengan pandangan 'kelakar-ke-babun?'
"Aigoo nak naik bas lah, apa lagi." Jawab Taeyong. Ye aku tahu naik bas, tapi nak pergi mana?
"Tapi kita nak-
"Shhh. Lagi sekali kau tanya, aku takkan teragak agak untuk kiss kau." Taeyong memotong percakapanku lalu menjeling aku.
Jap, Taeyong tengah ugut aku ke apa ni?
Serta merta aku diam dan menjauhkan diriku daripadanya.
"Tahu pun takut." Taeyong ketawa melihat wajahku yang sudah merah. Ai redha dapat kawan sebegini rupa :')
+++
🌙🌙🌙
YOU ARE READING
Mathematics Pjm
Fanfiction[completed] this subject driving me nuts, so are you Start ;; June 16 End ;; November 16 Highest ranking - #2 in fanfiction at 250916