36

6.1K 805 75
                                    

JIMIN'S

Aku mencari cari kelibat Soyeon di sekeliling, kenapa tak nampak pun Soyeon ni?

Sedang aku mencari, tiba tiba aku terdengar suara seorang perempuan yang aku kenali. Langkahku terhenti seketika.

"Korang semua ni memang tak pernah nampak manusia eh?" Areum meninggikan suaranya.

Mendengar kata kata Areum, semua pelajar di situ bersurai dan mula membuat hal sendiri.

Aku mengerutkan dahi melihat perangai pelik Areum. Dengan itu, aku membuat keputusan untuk mengikut Areum ke kelas.

Langkahku ligat mengikut langkah Areum dari belakang.

"Dia langsung tak perasan aku tengah ikut dia?" Tanya aku pelik.

Sedar tak sedar, aku telah pun masuk ke dalam kelas Areum. Kelas yang pada mulanya bising, menjadi senyap sunyi.

"Kejap, apa benda yang aku nak buat dalam kelas Areum ni?" Tanya aku di dalam hati.

Pandangan dialihkan ke arah Areum, namun dia hanya memandang aku sekilas sahaja.

"Jimin, kau cari Soyeon eh? Dia belum datang lagi." Tegur Myungsoo yang berada di sebelahku.

"Ah jinjja? Takpelah, kamsahamnida" badanku dibongkokkan sedikit kepada Myungsoo lalu keluar daripada kelas 3-4 tersebut.

Tipu. Aku bukan cari Soyeon, tapi aku nak jumpa Areum.

Keluar sahaja daripada kelas, aku ternampak Soyeon yang sedang menuju ke arahku. Senyuman terukir di wajahku.

"Good morning chagiya" sapa aku, dia juga membalasnya dengan senyuman.

"Jimin buat apa dekat sini?" Tanya Soyeon.

"Em, nak cari Soyeon lah." Jawab aku tanpa berfikir panjang. Entah kenapa, jawapan tu tiba tiba sahaja muncul dalam kepalaku.

+++

Semua pelajar yang berkerumun di papan sekolah membuatkan aku jadi rimas. Memandangkan aku dah tahu memang aku akan stay dalam kelas 3-1, jadi aku tak payah susah susah nak check nama.

"Soyeon, awak carilah nama awak. Saya tunggu dekat situ, rimaslah ramai orang." Kata aku kepada Soyeon, dia mengangguk dan tersenyum.

Aku melangkah keluar daripada pelajar pelajar yang memenuhi kawasan papan tersebut. Sambil menunggu Soyeon, aku memandang sekeliling.

Pandanganku tertancap pada seorang lelaki dan perempuan yang sedang jalan bersama.

Yeap, Areum dan Taeyong.

Aku memandang Areum dan tersenyum sendiri tanpa sedar. Apa yang mengejutkan lagi ialah..

Areum turut memandang aku, dan tersenyum.

Dia buat jantung aku berdegup laju. Haih Jimin, hentikanlah semua ni.

"Jimin." Bahuku dicuit.

"Dapat kelas apa?" Tanya aku kepada Soyeon.

"Em, 3-1 !" Soyeon melompat kegembiraan. Aku tersenyum melihat Soyeon yang sedang gembira. Wajahnya dipandang dengan lama.

Soyeon mesti kecewa kalau aku bagitahu tentang perasaan aku yang sebenar.

"Kaja!" Aku tersenyum palsu lalu menarik tangannya menuju ke kelas aku.

Setelah sampai di kelas, semua pelajar kelas memandang kami berdua.

👏👏👏👏👏

Kesemua mereka menepuk tangan apabila aku dan Soyeon mula masuk ke kelas, ada juga yang bersiul siul. Aku hanya menggelengkan kepala dan ketawa kecil.

"Soyeon, silakan duduk dekat sebelah Jimin." Kata Hoseok tiba tiba. Ternganga aku mendengar kata katanya.

"Bwo? Dah tu kau nak duduk mana?" Tanya aku pelik.

"Ala kau ni, tu si Yungkyeol alone je hari hari. Bolehlah aku teman dia sekarang." Jawab Hoseok. Aku mula membuat muka jengkel.

"Duduklah." Kata aku kepada Soyeon, dia mengangguk.

"Nae." Jawab Soyeon.

Kejap, kenapa kekok semacam je ni?

Dalam beberapa minit, pintu kelas 3-1 diketuk. Semua mata tertumpu ke arah pelajar yang masuk ke dalam kelas itu.

"Annyeonghaseyo." Mereka berdua menunduk hormat.

"Areum? Taeyong?" Tanya aku di dalam hati.

Yungkyeol pula kelam kabut mendapatkan mereka berdua, sempat lagi dia berbual dengan Areum.

Ceit, terlebih ramah.

Dalam diam, aku mengeluh.

So, aku kena tengok wajah Areum setiap hari?

Macam mana kalau perasaan aku makin bertambah pada Areum? Entah entah, Areum pun tak pernah ada perasaan dekat aku.

Aku tak nak Soyeon kecewa dengan aku. Dan.. aku tak nak diri aku kecewa.

Areum dan Taeyong, kedua duanya mengambil tempat kosong di belakangku dan Soyeon.

Soyeon mengalihkan pandangannya ke belakang dan mula berbual, manakala aku? Hanya mendiamkan diri.

Lebih kurang 10 minit kemudian, guru kelas 3-1 mula masuk.

"Joheun achimieyo, seonsaengnim!" Semua pelajar kelas 3-1 menunduk hormat terhadap cikgu yang berada di hadapan aku.

"Ah, sekarang kita dah ada wajah baru dalam kelas ni. Chukkhae kepada ketiga tiga pelajar tersebut. Saya dengar kamu dari kelas 3-4?" Mr. Jaemin mula bersuara.

"Nae." Jawab mereka bertiga serentak.

"Mesti sesetengah pelajar dalam kelas ni tak kenal kamu bertiga lagi. Jadi, sila berdiri dan perkenalkan diri kamu."

Soyeon, Areum dan Taeyong mula berdiri dan melangkah ke depan.

"Annyeonghaseyo, Lee Soyeon imnida." Soyeon mula bersuara. Aku tersenyum ke arah.

"Lee Taeyong imnida."

"Min Areum imnida." Kata Areum sambil tersenyum.

Aku memandang Areum sekilas. Kenapa aku tak rasa perasaan ni dekat Soyeon?

Mungkin lama lama nanti aku akan rasa jugak perasaan tu dekat Soyeon.

Mungkin.

+++

Wattpad cari gaduh harini hm habis banyak chapter yang dia pergi unpublish sendiri. So mian if korang ada dapat noti i update chapt yang dah lama macam 00 sampai 05 tu, terpaksa publish semula haih :')))

Nasib baik dia tak publish semuanya, kalau tak memang menangis tak berlagu jugak kang 😌😌

Anyway, math is going to the end. Maybe sampai chapt 40 je (?) Idk yet hehehhe.

Mathematics   PjmWhere stories live. Discover now