20

6.3K 846 29
                                    

"Yah Areum bangun lah, cikgu panggil tu." Taeyong menggerak gerakkan badanku yang sedang nyenyak tidur.

Haih, ni tak lain tak bukan mesti nak buli aku lagi.

Ehem, untuk pengetahuan korang semua, Taeyong dah duduk sebelah aku. Dia yang mintak nak tukar dengan Soyeon, Soyeon pun okay je.

"Ish takyah lah kacau aku, aku mengantuk lah!" Aku memarahinya sambil menutup mata. Tangannya ditolak ke tepi.

"Habis lah kau-" kata kata Taeyong tergantung sebaik sahaja..

"Min Areum awak ni pekak ke badak? Saya suruh bangun selesaikan soalan ni kat depan, bukannya membuta kat belakang sana!"

Hah tu diaaaa, apabila cikgu math marah. Habis bergetar tulang rusuk dibuatnya.

"N-nae, mianhaeyo." Kata aku perlahan lalu menundukkan badanku sedikit.

Pelajar kelas aku ada yang tengah tahan ketawa, termasuk lah budak purple dekat sebelah aku ni.

Eee semua jahat!

"Saya tak kesah mianhaeyo ke sayo ke, sekarang ni selesaikan soalan di hadapan, se ka rang!" Jerit Mrs. Eun, cikgu math aku yang paling garang.

Dia lebih dikenali sebagai puan ahli sihir. Gelaran tu aku yang bagi, tapi semua budak kelas aku sibuk nak guna nama tu jugak.

Aku melangkah ke depan, ingin menyelesaikan soalan math. Soalan di papan putih itu hanya direnung kosong.

AKU TAK FAHAM LAH WOIII SOMEONE HELP MEEEE

"Kenapa kamu tercegat je dekat situ? Merenung masa depan?" Perli Mrs. Eun.

"Eh tak cikgu, masa depan saya mana ada terletak dekat math. Math ni dah lah menyusahkan, cikgu dia pun kerek je" terang aku seperti sesi meluah perasaan.

Tiba tiba, aku menekup mulut aku.

Wait, kenapa aku pergi kutuk cikgu math dekat depan ni?! Aish pabo Areum!

"Memang patutlah awak selalu gagal dalam math. Awak boleh keluar sekarang." Balas Mrs. Eun tak berperasaan.

"Nae?!" Tanya aku pelik.

"Saya pun tak ingin nak mengajar murid macam kamu ni."

SENTAP JAHHHH.

Aku hanya menggulingkan mataku dan keluar daripada kelas.

Do i care? Ew cikgu tu besar kecik besar kecik je aku tengok lubang hidung dia.

Sampai sahaja di luar kelas, aku mengeluh berat.

"Haih aku nak buat apa dekat luar ni? Bertapa? Buat yoga?" Tanya aku sendirian.

Tiba tiba, pintu kelas dibuka.

"Tak payah fikir nak buat apa, awak kena denda bukannya bermakna awak bebas daripada kelas saya. Sekarang angkat tangan ke atas, sampai masa saya habis." Bebel Mrs. Eun sambil membetulkan kaca matanya.

Mrs. Eun memang betul betul ahli sihir. Ugh.

Aku hanya mengangkat tanganku dengan malas. Apalah nasib aku dapat cikgu math macam ni? :')

Otak aku ligat berfikir apa yang nak dibuat dekat koridor yang sunyi ni.

Tidur pun best jugak ni.

Tangan masih dinaikkan ke atas. Sebaik sahaja aku ingin melelapkan mata.

"Woiiii" seseorang tiba tiba sahaja menolak bahu aku. Disebabkan aku tiada keseimbangan badan, maka terjatuh lah aku jelepuk jelepak.

Skirt dibetulkan semula. Aku memandang ke arah gerangan yang berani menolak aku.

Mathematics   PjmWhere stories live. Discover now