JIMIN'S
Sejak Areum beritahu berita gembira tadi, aku tak henti henti tersenyum. Sepanjang berada di koridor, ramai pelajar tersenyum ke arah aku dan Soyeon.
Ada juga yang berbisik bisik, entahlah. Aku pun tak tahu kenapa? Tak penting pun rasanya.
"Oppa, Soyeon masuk kelas dulu. Nanti balik tunggu depan pagar arraso?" Soyeon melepaskan genggaman tanganku dan masuk ke dalam kelas.
Aku tidak membalas, tapi hanya mengangguk dan menuju ke kelas aku semula.
Kelihatan cikgu sudah pun masuk ke dalam kelas. Badanku dibongkokkan sedikit tanda hormat.
"Aku dapat A untuk math!" Kata kata Areum masih berada di dalam kepalaku. Cikgu dihadapan langsung aku tak ambil tahu dah.
Aku gembira bila dapat tahu Areum dapat A, aku gembira bila dapat tengok Areum gembira.
Kalau diikutkan hati, nak je aku peluk Areum tapi-
-Aku dah jadi milik Soyeon sekarang.
"Yah Jimin, kau kenapa senyum sorang sorang ni?" Seperti biasa, Hoseok disebelahku sentiasa dengan hobi dia, mengacau aku.
"Kau tak tahu ke? Dia kan tengah dilamun cinta dengan Soyeon" usik Yungkyeol, lebih kurang deskmate aku jugak tapi dia duduk di hadapan aku.
Dia kemudiannya membuat highfive dengan Hoseok. Ceh, suka lah tu dapat usik aku.
Aku mengerutkan dahi, pelik. Macam mana Yungkyeol boleh tahu pasal aku dengan Soyeon? Setahu aku, aku baru bagitahu Taeyong dengan Areum je.
"Bwo? Semua orang dah tahu lah pasal kau dengan Soyeon. Kau macam tak tahu sekolah kita ni penuh dengan paparazi mamarazi." Terang Yungkyeol seakan akan dapat membaca fikiranku.
Mendengar kata katanya, aku terus mengeluarkan phone aku. Dan ternyata, memang betul. Rupanya berita pasal aku dan Soyeon dah pun tersebar dekat web sekolah.
Aku melepaskan keluhan dengan perlahan.
"Aigoo Jimin, wae mengeluh? Bukan ke kau patut gembira? Eh anyway, Soyeon cantik apa, sesuai dengan kau!" Tegur Hoseok.
Senyuman aku dipalsukan, betul cakap Hoseok. Bukan ke aku patut gembira sebab akhirnya aku dapat bersama Soyeon?
"Eh dah lah, baik salin nota yang cikgu tulis kat depan tu." Balas aku lalu terus melihat ke papan putih.
Walaupun sedang menyalin nota, tapi fikiran aku tetap melayang ke tempat lain.
Haih, aku harap aku dah buat keputusan yang betul sebelum ni.
+++
Aku menunggu Soyeon di hadapan pagar sekolah seperti disuruhnya. Ketika menunggunya, tiba tiba Areum dan Taeyong muncul di hadapanku.
Kedua dua mereka terhenti di hadapan aku. Aku memandang Taeyong dan Areum sambil tersenyum.
"Korang pun tunggu Soyeon ke?" Tanya aku. Aku cuba untuk memandang wajah Areum, tapi Areum tetap memandang ke bawah.
"Anniya, kitorang kena balik awal." Jawab Areum dengan nada dingin, lalu terus meninggalkan aku dalam keadaan terpinga pinga.
Kenapa dia mengelak dari aku?
Aku memandang Taeyong, mengharapkan penjelasan daripadanya. Tapi Taeyong juga hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Yah Areum tunggu aku!" Jerit Taeyong lalu mengejar Areum yang sudah jauh ke hadapan. Aku memandang mereka berdua dari jauh.
Jadi sekarang, tinggal lah aku keseorangan di sini.
"Jimin~" bahu aku dicuit. Aku memandang ke belakang dan tersenyum.
Soyeon. Dia yang selalu buatkan aku tersenyum.
"Oppa, nak pergi mana mana tak lepas ni?" Tanya Soyeon, tangannya memegang erat tanganku.
"Em tak, oppa kena balik awal hari ni." Aku tersenyum ke arahnya.
Aku ingin berjalan dengan langkah yang laju, tapi Soyeon tetap dengan langkah perlahannya di sebelahku.
"Soyeon, boleh tak jalan laju sikit?" Dengan tidak sengaja, aku dah terlepas cakap kepadanya.
Damn Jimin, apa benda yang kau buat ni?!
"Wae irae?" Tanya Soyeon pelik, dia terhenti seketika. Aku melepaskan keluhan dengan perlahan, supaya Soyeon tidak perasan dengannya.
"Anniya, Jimin kena balik awal sebab ada hal dengan eomma. So kena jalan laju sikit. Mianhae." Terang aku, Soyeon mengangguk dan tersenyum.
"Kaja!" Dia menarik tanganku. Sewaktu berjalan, aku dan Soyeon hanya berjalan kekok. Tanpa suara, tetapi tanganku dan tangannya masih berpegangan.
Sehingga sampai di satu simpang yang memisahkan jalan rumah antara aku dan Soyeon, kami berdua terhenti.
"Soyeon, mianhae tak boleh hantar awak balik." Kataku, dengan rasa bersalah.
"Aigoo saya okay je lah, awak kan ada hal dengan eomma awak. Annyeong Jimin, kita jumpa esok!" Soyeon melambaikan tangannya ke arahku, sempat lagi dia membuat flying kiss dia.
Aku ketawa kecil dan membalas lambaiannya.
Baru sahaja ingin melangkah ke arah jalan tempat tinggalku, aku ternampak tubuh seorang yang aku kenali, sedang berjalan sendirian.
Tanpa sedar, aku sudah tersenyum gembira.
Niatku terbatal untuk pulang ke rumah, aku terus mengejar 'dia' di hadapan.
"Y-yah Areum!" Panggil aku tercungap cungap.
Dia terhenti dan memandang aku dengan pelik, jelas sekali kerutan di dahinya.
"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Areum, masih lagi dengan nada dinginnya. Entahlah, aku pun tak faham apa sebabnya.
Mungkin dia alami hari yang sukar ke? Atau dia tengah moody ke? Ah biarkan je lah.
"Aku buat apa? Aku nak hantar kau balik lah." Balas aku sambil tersenyum manis ke arahnya.
Dia memandang aku dengan riak wajah yang kosong, tanpa senyuman.
"Soyeon, mianhae tak boleh hantar awak balik."
"Aku buat apa? Aku nak hantar kau balik lah."
Aku terkedu dengan diri sendiri, apa yang aku buat ni semuanya salah. Betul tak?
+++
Slow update til pt3 end (╯︵╰,) Mian readers :')
YOU ARE READING
Mathematics Pjm
Fanfiction[completed] this subject driving me nuts, so are you Start ;; June 16 End ;; November 16 Highest ranking - #2 in fanfiction at 250916