BAB 5

658 69 1
                                    

"Linda tak apa-apa?" bahu Linda aku sapu-sapu perlahan.

Keesokkan harinya aku ke bilik Laila, Laila juga terperangkap di dalam permainan virtual itu. Semua pemain yang terperangkap dibawah ke hospital dan diberikan bilik khas, semua dibawah tanggungan Syarikat Sapphire sendiri di atas rasa bersalah mereka kepada pemain dan juga keluarga yang terlibat. Bilik Laila dipenuhi sanak saudara, semua tampil memberikan simpati. 

Pekerja-pekerja dari syarikat Sapphire juga datang untuk memasang segala kelengkapan yang diperlukan, seperti generator supaya bekalan elektrik tidak terputus, Modem wifi juga dipasang supaya Internet terus tersambung. Kelengkapan permainan juga terpasang rapi, tertera di dinding tergantung skrin Komputer menunjukkan talian hayat pemain. Tiub air juga dipasang ditangan Laila kerana Laila akan tidur buat seketika, tiada siapa tahu bila pemain-pemain ini akan bangun semula.

Harapan sekarang hanyalah menanti mereka, berharap mereka tidak terkorban di dalam permainan tersebut. Ada khabar angin mengatakan jika salah seorang pemain dapat habiskan permainan tersebut, maka semua pemain dapat keluar daripada permainan mengarut ini.

"Terima kasih sebab datang" Linda menghulurkan senyuman kecil.

Kami yang duduk di kerusi diluar bilik Laila terdiam seketika.

"Tahu tak, dua malam lepas Laila ada call Akak. Dia cakap memang ada khabar angin yang siapa masuk dalam game ni memang dah tak boleh nak keluar, katanya dia nak cuba, nak tahu kebenarannya." Suara aku kedengaran perlahan.
"Kalaulah Akak halang dia, pasti dia tak termasuk dalam game ni" aku kesal.

"Ni bukan salah Akak" Linda memujuk.
"Kalau Akak halang pun, fikir dia nak dengar ke? Lagipun benda dah jadi" Linda juga kesal.

Selepas mengucapkan takziah buat Ibu bapa Laila aku terus berlalu pergi.

"Kak Mia" panggilan Linda menghentikan aku.

"Naah"

Tablet dihulurkan. Aku tidak faham.

"Kak Laila kata kalau jadi apa-apa dengan dia, dia nak Linda bagi ni dengan Akak" beritahu Linda.
"Dia macam tahu je benda ni nak jadi, tapi degil juga nak masuk" tambah Linda geram.

"oh, ok. Thanks Linda" aku terus melambai. Tablet ditangan aku perhatikan.

Tablet yang sama aku dapat tempoh hari.

Sapphire SagaWhere stories live. Discover now