BAB 15

741 65 5
                                    

Kepala yang terasa berat aku angkat perlahan-lahan, mata yang kabur kini beransur terang. Aku menarik nafas dalam, sekeliling aku perhatikan. Kawasan bangunan runtuhan yang sudah dipenuhi lalang dan tumbuh-tumbuhan mengelilingi kawasan itu.

Aku cuba bangkit berdiri, ditangan aku ada sebatang kayu panjang yang hujungnya melekat sebiji mutiara besar berwarna hitam. Dengan menggunakan Black Pearl, nama kayu sakti itu aku sudah berdiri tegak.

Lopak air berdekatan aku dekati, melihat diri disebalik pantulan air. Semua yang aku pakai langsung tidak terasa asing, semua milik N.I.A The Healer cuma aku buat penambahan sedikit dibahagian kepala. Menutupnya dengan kain supaya aurat rambut tidak kelihatan, aku tambah lagi dengan vest yang berhood supaya muka sedikit tertutup. Bukan itu sahaja, aku turut menutupi mulut dan hidung aku. Aku perlu sembunyikan identiti aku, aku pasti Zombie-zombie semua dah tahu yang aku sudah masuk ke dalam permainan ini.

"Act as anti-virus?" aku mengulang semula ayat Clara.

"Yes, your job is simple. Just clear out all the virus, let the online player finish the game." Terang Clara lagi.

"Just don't get kill in that game" orang putih bersuara.

Walaupun hanya menggunakan hologram, wajah orang asing itu jelas kelihatan.

Ada lima orang semua sedang berbincang dimeja bulat itu. Aku, Clara dan tiga lagi orang putih lengkap memakai kot tapi sekadar berbentuk hologram. Jasad mereka tidak berada disitu, disebabkan kawasan organisasi itu begitu rahsia dan hanya orang tertentu sahaja dapat masuk ke dalam sebab itulah hanya hologram sahaja dibawa berbincang.

"We still haven't found any clue yet who's behind this" Mr Konan, selaku Ketua Penyiasatan Rhombus berucap.

Organisasi Rhombus, selama seminggu aku berada disini baru aku tahu nama organisasi ni. Mereka beri gelaran Rhombus sebab ada empat orang yang berkuasa dalam membantu menyelesaikan permainan Sapphire ni. Rhombus berbentuk diamond seperti dalam kad permainan daun terup, disetiap empat bucu diamond itu diketuai oleh mereka yang berkumpul dimeja bulat sekarang.

"why haven't you started the mission yet? We're at headquarters are going mad because of the disappearance of the Head of Secretary in Sapphire Company" Mr Isaac , selaku Ketua Penyamaran di Syarikat Sapphire Saga meninggikan suara.

Dia bertanggungjawab dalam mengumpul semua maklumat yang dikeluarkan di Syarikat Sapphire Saga. Tidak kira yang terbuka mahupun yang sulit, dia perlu mengambil tahu supaya dapat membantu Organisasi Rhombus.

"Mr Thomas went missing?" aku bercelaru.

Baru sahaja berita mengenai Naib Pengerusi membunuh diri sekarang Setiausaha Syarikat Sapphire pula menghilang. Siapa pula yang akan mengambil alih mengawal Syarikat Sapphire?

"it's now depend on the Administrator of Sapphire Saga" jelas Mr Isaac lagi.

"We couldn't waste any more time, if Sapphire Company keep on being sabotage, it will end up bad. Maybe they will shut down all the online games because the cost for all of this can bring bankruptcy towards the company" berita buruk disampaikan.

"But she's not ready yet" jelas Clara.

Selama seminggu aku berada disini, mereka semua mula melatih aku dengan latihan fizikal dan emosi supaya dapat membantu aku untuk bertempur di dalam permainan itu nanti.

 "And how long does she need to be prepare? While people are dying in there" Mr Edison behrang.
Dia selaku Ketua Pertahanan sudah tidak dapat menahan sabar. Anak-anak buahnya semua sedang bertungkus lumus dalam membantu semua pemain online yang terperangkap.

"I.. I can do it" suara aku sedikit terketar.   

Mereka berempat kini memandang ke arah aku.

"I will try my best, put your faith in me, I won't let you all down" aku berdiri, nada semangat aku keluarkan.

Dalam masa yang sama jantung berdegup kencang, cuba yakin dengan keputusan yang aku buat.

Apa aku buat ni? Teringat pula perbualan dimeja bulat itu, aku sudah mengurut batang hidung. Dengan yakin aku bersuara waktu itu dan sekarang bila berada dalam ni, aku sendiri sudah terketar-ketar.

"Sekarang aku nak buat apa?" aku hilang arah.

Cuba memandang sekeliling, hanya ada peta hitam di sebelah kiri atas, bila aku berpaling arah peta itu turut sama bergerak. Memandang ke atas pula ada dua garisan panjang menunjukkan nyawa dan kuasa, nyawa berwarna merah dan kuasa berwarna biru. Satu lagi garisan putih, itu aku sendiri tak pasti apa fungsinya.

Memandang ke atas ada satu bentuk Kristal 3D terapung diatas kepala aku bersama level pemain.

"Crystal, Level 186" ujarku. Benda nilah yang akan tarik perhatian semua orang.

~~~~~~~~~~

Aku duduk bersila diatas batu, melambai tangan dari bawah ke atas dan Laman Profil pemain pun keluar. Dalam ni ada tujuk Profil Pemain, Health Point (HP) iaitu nyawa pemain, Magic Point (MP) iaitu kuasa pemain, Beg Magik yang boleh letak banyak benda, jenis senjata macam sekarang aku guna kayu sakti Black Pearl, pakaian dan untuk naik taraf level pemain juga ada disitu dan bermacam-macam lagi.    

Aku memulakan operasi menyelongkar segala isi yang terdapat di Profil itu, dengan menggunakan sedikit kepakaran aku. Aku mampu membuka kunci pemain.    

"Nia, do you copy?" suara kedengaran samar-samar.

"yes, I heard you" aku cuba memutarkan frequency supaya suara kedengaran jelas.    

"My name's Leona, I'll be your guidance throughout this game." Leona memperkenalkan diri.    

"Nice to meet you Leona" aku menyapa kembali.

Hanya suara sahaja kedengaran, seperti mendengar menggunakan earphones sendiri. Aku yang duduk bersila dibatu dapat menangkap sesuatu dari belakang.    

Rasanya dengan memiliki level tertinggi, aku mendapat kelebihan tersendiri. Peta yang besar dan dapat mengesan mana-mana pemain.    

"Hello there, do you need our help?"    

"You seem lost"    

Dua orang lelaki menyapa aku, aku sebaliknya tidak berpaling. Radar aku dapat mengesan beberapa lagi orang rakannya bersembunyi disebalik semak, aku berdiri perlahan-lahan.    

"We don't mean any harm"    

"If you cooperate" Mereka berdua tersengih lagi.    

"Me neither" aku bersuara perlahan.    

Aku tak boleh berbuat apa-apa, aku belum tahu lagi cara berlawan dalam ni. Kalau guna joystick tadi memang dah rentung mereka ni aku kerjakan. Tapi guna kuasa sendiri pun aku tak tahu lagi, macam mana aku nak pertahankan diri aku?    

"Look" seorang lelaki menunjuk ke atas.    

"Crystal Level" seorang lagi tergagap-gagap bersuara.    

"in Gate Level 60? That can't be" mereka berdua berpandangan.    

Nampaknya aku tak perlu pun berbuat apa-apa, mereka sudah gerun dengan melihat crystal yang terapung di atas kepala aku.    
"Probably using cheat mode" seorang bersuara pula.

"There's no such thing as Crystal Level, you're gonna answer yourself to us" katanya lagi dengan penuh yakin bersama wajah yang sinis.    

Aku menelan air liur, apa patut aku buat?!

Sapphire SagaWhere stories live. Discover now