"Kak Laila?!" Daniel tercengang.
"Apa Danny buat kat sini? Apasal tak pergi Hades?" Laila terus melemparkan soalan.
"Mia mungkin dah sampai sana. ""Kak Laila cakap apa ni? Kak Mia mana main game ni" Daniel sangsi
"Tak Danny, Mia masuk game ni dan tengah cari Danny sekarang. Akak baru jumpa dia minggu lepas" Terang Laila bersungguh-sungguh.
"Jadi memang betullah tu kak Mia" Daniel tidak percaya.
"Macam mana korang boleh masuk Dimensi ni?" Laila masih dengan soalan.
"Kami termasuk dalam ni" jawab Sidek.
"Macam mana boleh termasuk? Tak nampak portalkah?"
"Portal apa?" Mereka bengang.
"Untuk masuk ke dalam dimensi ni kena lalu portal" Laila menerangkan.
Mereka berempat berpandangan, memang tiada portal pun masa mereka masuk ke sini. Tahu-tahu usai saja keluar dari bandar Athena tadi mereka terus masuk ke dimensi lain. Suasana persekitaran terus berubah.
"Kak Laila buat apa kat sini?" Daniel pula mengajukan soalan.
"Cari jalan shortcut untuk pergi Hades" Laila memandang Akmal disebelah.
"What, its not my fault to open the wrong portal" Akmal membela diri.
"Who are they Lily?" Yonece di penjara besi disebelah menyoal.
"I'm Danny, that Sidek, Tia and Zana" Daniel memperkenalkan. Tangannya keluar dari penjara semata-mata untuk menunjuk rakan-rakannya dipenjara lain.
"Game jumpers?" Ayat Akmal memberikan tanda tanya.
"Same like us, we were chosen by the Queen. But you were probably chosen by the Creator""So there must be something in this dimension for her sending you all here" Yonece cuba mendapatkan jawapan.
"Creator cannot do this by herself, when system are broken down by the Zombies she must send her Game Jumpers to help to gain back the control. In other words, fighting against zombie" Yonece masih menerangkan.
"But this place, I don't think they were consume by zombie. They look normal" Zain bersuara.
"Maybe, but not all of them" Ayat Akmal buatkan mereka membuka mata untuk berwaspada.
"Don't trust anyone..." Bisikkan kedengaran. Suara yang sama buatkan Daniel terdiam lagi.
"Who are you?" Dia turut berbisik, tidak mahu yang lain dengar.
"You'll know, soon..." Suara terus menghilang.
Daniel merengus, tak cukup lagi ke dengan permainan Sapphire Saga yang penuh misteri ini.
~~~~~~~~~
"KASYAF!"
"Hi" Kasyaf mengangkat tangan kanan. Sedikit kekok
"Pinch me, I must dreaming!" Joy paling teruja. Lagak macam baru berjumpa artis pujaan.
"I saw the News Forum" ujar Kasyaf.
"He's young" bagi mereka yang pertama kali jumpa memang terkejut dengan penampilan Kasyaf.
Dia tidak seperti yang kami bayangkan, pemain lagenda yang koma di dunia maya kini berdiri memakai baju pahlawan. Dua bilah pedang panjang kemas membuat corak X tergantung dibelakangnya.
"You must be N.I.A the Healer, nice to meet you. Sorry I'm late, what can I do to help?" Kasyaf langsung tidak membuang masa.
"We still don't know if she's the real Crystal player" Sahara masih sangsi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sapphire Saga
FantasySAPPHIRE SAGA Permainan video games genre RPG (real playing games) yang bersifat virtual dikawal oleh AIC (artificial intellegent computer) N.I.A THE HEALER Namanya dalam dunia permainan. Mengisahkan seorang gadis yang termasuk di dalam dunia permai...