BAB 7

631 67 0
                                    

"Kau ok tak Mia?" kedengaran suara Najwa ditalian.

"ok je Wawa" aku menjawab perlahan.

"Terkejut aku bila dengar berita tu, tak sangka pula adik kau yang terperangkap dalam game ni. Kau jangan salahkan diri kau, ni bukan salah kau. Anggap aje semua ni takdir, ya Mia?" Najwa cuba memujuk.

"Ya Najwa, aku tahu"

"Kau kat mana ni?" soalnya lagi.

"Kat hospital, Ibu dengan Ayah aku balik sebab esok kerja. Malam ni aku jaga Danny" ujarku lagi.

"Kau ada buka laman utama Sapphire Saga tak?" soalan Najwa buatkan aku bangkit dari kerusi.

Terus aku menuju ke luar balkoni bilik wad Daniel.

"Dah 3 hari aku tak buka, kenapa? Ada apa-apa beritakah?" soalku ingin tahu.

"Ya, berita pasal kenapa game tu boleh jadi macam tu" Najwa mula bercerita.
"Berita tu tulis yang Mainframe dia dah kena hack, oleh orang dalam. Apa yang peliknya, berita tu muncul tak sampai berapa minit terus hilang. Aku tak pasti sama ada betul atau Syarikat tu nak tutup kebenaran." 

Aku hanya hanya terangguk-angguk mendengar, ada juga masuk berita benda tu. Permainan politik Syarikat Sapphire menambah keruh keadaan.

"Kau tahu-kan nama avatar kau tersenarai dalam Top Ten pemain Sapphire Saga?" soal Najwa lagi.

"Pasal tu Laila pun ada bagitau aku, itu pun aku pelik sebenarnya. Kenapa nama aku tersenarai, padahal aku bukannya main online pun."

Kami berdua terdiam seketika, cuba mencari maksud tersirat.

"Kau kata hadiah tu sampai lepas kau dapat masuk level 186-kan?" soal Najwa ingin kepastian.

"Ya, tapi aku tak pasti sama ada hadiah tu sempena aku dapat masuk level tu ataupun sebab mereka sengaja nak invite aku untuk main online game ni" aku dan Najwa tersentak.

"Mereka sengaja invite!" Kami bersuara serentak.

"Kenapa kau kena invite masuk dalam game tu? Kenapa nama kau ada dalam senarai Top Ten? Kenapa?" Najwa mula memecahkan maksud-maksud tersirat.

"Cuba kau ingat balik apa yang tertulis kat laman utama page tu, mungkin ada kod rahsia kot dia orang hantar." Aku berfikir keluar kotak sebelum kami sama-sama tergelak.

"Rasa macam buat undercoverlah pula" Najwa tergelak kecil.
"Tapi tulah tak mustahil, nanti aku cuba tengok balik." ujarnya.

"cara tamatkan semua permainan ni dengan habiskan semua level permainan sampai level 100, mungkin sebab tu kenapa mereka suruh aku masuk dalam game tu"

Bagai muzik penuh suspen berbunyi lantang sebelum tirai ditutup.

Sapphire SagaWhere stories live. Discover now