BAB 3

852 68 0
                                    

"wah, kau dapat hadiah!" Laila ditalian terkejut.

"ya, macam tak percayakan" aku yang baring dibirai katil memandang siling kosong.

"sempena apa?" soalnya lagi.

"kau dah beritahu Wawakah?"

"dah, aku hantar message aje. Dia sibuk dengan Assignment dia tu, biasalah budak Diploma" aku dan Laila sama-sama tersengih.

Laila, rakan sekelas aku sejak dari darjah lagi. Kami dah berkawan lama, dulu kami berjiran tapi lepas Laila pindah. Telefon saja jadi komunikasi kami. Dia lepasan Matrikulasi, jadi dah dekat setahun dia tak sambung Ijazah lagi. Katanya dia nak tunggu aku tapi aku rasa dia sengaja sebab sibuk dengan permainan Sapphire Saga tu, tak macam aku, Laila main Online.

Dah lama juga Laila main permainan ni, keluarga dia orang berada jadi apa saja yang dia minta, In Sha Allah boleh dapat. Dia jugalah punca aku terjebak dengan permainan ni.

Wawa pula, atau nama sebenarnya Najwa adalah kawan kami semasa disekolah menengah. Wawa jenis tak banyak cakap, tapi bila dengan kami, saraf-saraf mental dia pun terputus juga. Lepas SPM, Wawa terus masuk Diploma bahagian Pengurusan Komputer. Dia memang pakar dalam bidang IT, sebab tu dia masuk Diploma terus.

Kami bertiga dah lama berkawan, jarak tak memisahkan persahabatan kami. Malah ia menguatkan kami lagi untuk terus berhubung. Lagi-lagi di zaman moden ni, semua jenis alat komunikasi boleh diguna pakai.

"sempena aku dapat pecahkan rekod kot, aku dah masuk level 186" jawabku.

"biar betul!" Laila terkejut.
"patutlah nama avatar kau ada dalam senarai Top Ten" Kedengaran bunyi tetikus dihujung talian. Laila dihadapan komputer mungkin

"Senarai Top Ten?" aku pelik. Bukan senarai tu dikhaskan untuk pemain online saja ke? Apasal nama N.I.A ada tersenarai pula.

"kejap aku e-mel kat kau ya." Beritahu Laila.

"ok, nanti aku cek" malas hendak bergerak, aku menghiraukan.

"oh ya, kau ada masuk laman utama Sapphire tak hari ni?" soal Laila lagi.

"sejak dari semalam lagi aku tak pernah sentuh komputer aku tu, tak nak bagi Ibu aku membebel" Laila dipanggilan tergelak mengejek.

"tulah, main tak ingat dunia" perlinya.

"ya, tak sampai 3 bulan aku dah masuk level lebih 100 dah, barulah kau ketagih namanya" kami sama-sama tergelak.

"kau memang kaki game, mentang-mentang tahu cara sistem semua" ejek Laila lagi.

"mana adalah, fikir aku nak menipu. Dosa tau" aku menepis. "mungkin adalah sikit-sikit, nak ambil info aje."

"KAUU!" Laila berteriak.

Telefon aku jarakkan, boleh pekak telinga aku Laila kerjakan.

"yelah,yelah. Aku mengaku" aku mengalah.

Aku bukannya pandai godek pun, cuma tahu buka system. Kalau setakat nak tengok isi malumat komputer tu bolehlah sikit-sikit, tak macam Wawa. Dia lagi terer dari aku, bab-bab programming dia memang cun.

"sebab tulah kau tak main online-kan, sebab main online ni susah kau nak buka sistem dia" ujar Laila lagi.

"ya" aku menjawab ringkas.

Sebenarnya bukan sebab tu, aku tak nak main sebab satu badan Helmet Sapphire tu akan skan dan dia akan masukkan hologram ke dalam permainan. Dalam erti kata lain, dia masukkan diri ke dalam dunia permainan. Bila dah skan, dia akan masukkan badan ke dalam pakaian avatar. Alamat memang semua aurat terdedah, walaupun dunia alam maya, aurat tetap aurat. Bolehkah dalam dunia permainan tu avatar pakai tudung? Aku tergelak kecil.

Laila lain, dia memang tak pakai tudung. Sepanjang kenal dia selalu juga tegur dalam bab aurat dan solat tapi tetap juga rasa janggal. Penerapan agama bukan dari rakan sebaya je penting, tapi dari aspek keluarga juga. Semoga dia sekeluarga dipertemukan hidayah, pelan-pelan laksana ibadah wajib Insha Allah.

Aku pun bukannya alim mana, lagha juga dengan dunia. Tapi atas sebab keluarga sangat tekankan soal agama, atuk ketua kampung dan imam masjid memang kena rotanlah kalau culas sikit. Betul iman tidak diwarisi tapi penerapan agama dalam keluarga yang banyak mendorong dan paksa diri dalam menelaah agama Islam ni. Mahu buat dengan redha, tidak semua orang miliki kemanisan melakukan ibadah hakiki. Rasa kerdil pula diri.

"Nak tahu tak apa berita menarik aku jumpa?" Suara Laila buat aku sedar dari lamunan.

Selalunya kalau kami bertelefon, Sapphire saga topik bualan.

"Ada rumours kata siapa masuk dalam game tu tak boleh logout" rendah suara Laila, sengaja buat suspen.

"Mengarutlah" reaksi aku berubah.

"Entahlah, khabar angin je kot. Tapi kat laman utama Sapphire Saga tu memang tak ada update langsung, selalunya setiap sehari ada update untuk beritahu pasal challenge sehari tu. Tapi langsung tak ada, tu yang aku pelik tu" ucap Laila lagi.

"System down kot, sebab tu dia orang tak buat update. Tu khabar angin je, sengaja nak jatuhkan Sapphire Company. Kan permainan ni dah popular, rasanya sampai berapa abad pun belum tentu boleh pupus sebab tulah ada beberapa pihak tak puas hati dan cuba jatuhkan game tu." Aku berfikiran positif.

"Mungkin" Laila bersetuju.
"Tapikan, aku adalah baca majalah ni. Cerita pasal Sapphire Company tu, ada perebutan kuasa berlaku sebab tulah mereka tak buat update. Seram juga, orang boleh buat apa saja demi duit"

Aku mengakui ayat Laila.

"Politik mesti ada. Jadi kau tak nak main dahkah?" soalku.

"Mestilah main" dia tergelak besar.

"Sehari aku tak dapat main sebab jaga adik aku yang manja tu, Ibu baru je balik dari out station tadi. Jadi malam ni bolehlah enjoy, nak main sampai pagi. Aku nak tahu juga betulkah rumours tu kata orang tak boleh logout" 

"Main jangan sampai lupa solat subuh ya" pesanku.

"Baiklah ustazah, Mad'u menurut perintah" Laila tergelak lagi.
"Ok selamat malam, Assalamualaikum!" bertenaga seperti selalu Laila ni.

"Waalaikummusalam" aku menjawab dan panggilan terus dimatikan.

Terlalu mengantuk untuk bergerak, aku sudah terlena.

Sapphire SagaWhere stories live. Discover now