"Aku tak ada pilihan lain Wawa, ini je satu-satunya cara untuk bantu Danny balik semula" seperti yang dijanjikan, aku ceritakan semua pada Najwa.
Tiada rahsia diantara kami, aku perlukan sokongan Najwa dan juga idea untuk bantu aku berfikir. Sekarang aku betul-betul runsing.
"Tapi mereka ni boleh percaya ke?" Najwa sangsi.
"Entah-entah mereka punca game ni jadi macam ni""Tulah yang aku fikirkan, tapi takkanlah tiba-tiba nak aku masuk game tu pulak. Aku boleh buat apa? Kalau sekadar politik, ni dah melebih" Aku menggaru kepala
"Apa kata kita cuba, mungkin mereka ada cara untuk hentikan game ni. Aku pun tak boleh nak duduk diam""Tapi..." Najwa tetap risau
"Mia, ada surat untuk Mia ni" Ibu terus masuk ke bilik. Perbulan terhenti seketika
Sampul surat putih dihulur. Telefon bimbit aku letak tepi dan biarkan Najwa terus berada dipanggilan.
Aku membuka sampul surat tu, ada sekeping nota, surat dan juga tiket kapal terbang.
"Mia dapat tawaran sambung belajar Ibu, kat luar negara" aku teruja.
"Yakah?" Ibu terus membaca surat itu. Ayah yang mendengar dimuka pintu turut masuk dan terus membaca sama.
"Baguslah, Alhamdulillah" Ayah dan Ibu mengucap kata syukur. Aku hanya mampu tersenyum pelat.
"Tapi..." ayat aku terhenti.
"Ibu dengan Ayah macam mana?""tak apa, pergilah. Jangan disebabkan hal ni, Mia tak teruskan cita-cita Mia pula" ayat Ayah, Ibu sokong dengan anggukan.
"Pergilah, In Sha Allah semuanya baik-baik saja" ucapan Ibu buatkan air mata aku bergenangan. Terus aku memeluk Ibu.
Maafkan Mia Ibu, Ayah, Mia tipu.
"Kau jangan kata yang semua ni kau yang buat?" Selepas Ibu dan Ayah beredar, panggilan dengan Najwa aku teruskan.
"Tiket tu sampai semalam lagi, aku tak ada pilihan." Ujarku dengan nada mendatar.
"NI je cara yang ada supaya Ibu dengan Ayah aku tak risau""aku harap apa yang kau buat ni tak sia-sia Mia" Najwa bernada tegas.
"Tak, kalau ini boleh selamatkan Danny. Biar aku cuba dan buat yang terbaik"

YOU ARE READING
Sapphire Saga
FantasySAPPHIRE SAGA Permainan video games genre RPG (real playing games) yang bersifat virtual dikawal oleh AIC (artificial intellegent computer) N.I.A THE HEALER Namanya dalam dunia permainan. Mengisahkan seorang gadis yang termasuk di dalam dunia permai...