BAB 14

745 71 5
                                    

PLEASE INSERT YOUR NAME

Sebaik sahaja pandangan putih menerangi mata, satu ayat timbul dihadapan.

"Aku kat mana ni?" Daniel memandang sekeliling.

Semua berwarna putih, hanya tulisan 3D sahaja terapung diudara dihadapan bersama papan kekunci 3D.

"DANNY" Daniel menaip dan terus menekan ENTER.

SELECT GENDER

Kali ini dua kotak segi empat kelihatan, satu untuk MALE dan satu untuk FEMALE.

"MALE" Daniel terus menekan.

CHOOSE YOUR AVATAR TYPE

Kali ini 10 jenis pemain ditunjuk, Daniel hanya men'swipe skrin untuk memilih dan latar penerangan setiap jenis-jenis avatar juga ditunjuk. Ada jenis pemain Fighter, Barbarian, Assasin dan bermacam-macam lagi

"WARRIOR" dia terus menekan ENTER.

CHOOSE YOUR WEAPON.

Pelbagai jenis sejata pula ditunjuk, sesuai dengan jenis pemain yang Daniel pilih. Untuk Warrior, pedang besar, tukul besar dan semua jenis senjata berat menjadi pilihan.

"JED SWORD" Daniel memilih 'one-handed swords' jenis JED.

CHOOSE WAYS OF TUTORIAL.

Arahan dihadapan ditunjuk lagi, dua kotak ayat diberikan. Kotak dikiri tertulis Voice Navigation Tutorial dan kotak dikanan pula tertulis Words Navigation Tutorial.

Daniel tersenyum lantas menekan kotak yang berada disebelah kiri.

"Hello Danny" suara perempuan bernada Komputer kedengaran.

"I will guide you throughout the game, but first, can you type a name for me?"

Satu kolum untuk menaip nama terkeluar bersama papan kekunci. Daniel sekali lagi tergelak.

"Mia, that's a nice name. I will be your tutorial instruction throughout the game. You can simply ask anything by saying my name first, then followed by your question. After that I will answer you question directly. For now, let us test. Simply ask me a question"

"Mia, where is this place?" Daniel mencuba.

"You are inside a virtual online games call Sapphire Saga" jawab Mia dengan terang.

Daniel terangguk-angguk.

"The voice navigation function perfectly" Mia bersuara lagi.

YOUR GAME WILL START SHORTHLY

Selepas beberapa saat, permandangan putih mula bertukar. Perlahan-lahan kawasan sekitar menunjukkan tempat yang begitu asing sekali.

Daniel kini masuk ke dalam permainan virtual!

~~~~~~~~~~

"Level up!" Mia bersuara.

"Dah masuk level 40 dah." Daniel mengesat peluh.

"Rasanya cukup dah untuk hari ni" pedang besar diletakkan dibelakang. Dia cuba mengawal nafas yang turun naik.

"Mia, guide me to the closest city" tanya Daniel.

"Closest city located, its in 2 minutes walk. The City call Apollo in level 30" jawab Mia.

"Mia, search for me an ally in Apollo" Daniel terus memberikan arahan sebaik sampai ke bandar, dia sudah menjadi pakar dalam menggunakan Mia sebagai navigasi suara.

"Ally located, here are the list" skrin segi empat keluar dihadapan, menunjukkan profil pemain. Beberapa rakan Daniel tersenarai.

Daniel berjalan sambil memandang skrin dihadapannya, walaupun skrin itu terbuka, namun padangan tetap tidak terjejas kerana skrin segi empat itu berwarna lutsinar. Daniel 'swipe' menggunakan tangan kanannya untuk menutup skrin dari pandangan.

Sapphire SagaWhere stories live. Discover now