BAB 4

782 71 2
                                    

Jam didinding menunjukkan pukul 9 pagi, kerja rumah aku belum dapat habiskan lagi. Masih ada lagi kain yang belum diangkat dari mesin basuh nak kena sidai, tiada tanda putus asa mahupun tanda-tanda kemalasan.

". . . the President didn't show up in the press this morning, everyone is wondering the same thing. Is the game really haunted?. . ." suara Televisyen kedengaran sayup-sayup.

Aku sekadar dengar acuh tak acuh, sibuk dengan kerja rumah.

". . .everyone gather in front of the company, waiting for an answer. Everyone say that Sapphire Saga is a killing games, every player that goes online into the games couldn't logout. It's happening this early morning! . . ."

Telinga aku menangkap sesuatu ayat, baru sahaja aku ingin fokus, telefon rumah berdering.

Terus aku mengangkat.

"Assalamualikum, Damia bercakap" jawabku.

"Mi . . . Mi. . a" suara kedengaran terputus-putus.

"Ibu tak jelaslah, apa?" aku menekap ganggang ke telinga.

"ja. . .ng.a.an. . .Da. . .ny"

"apa?" aku masih tidak dapat menangkap. Terus aku putuskan panggilan.

Menaiki anak tangga terus kebilik, telefon aku periksa. Mati pula, bateri tiada. Semalam lepas bertelefon dengan Laila, aku sudah tidak pegang langsung telefon. Lepas cucuk pada cas telefon aku terus ke bilik Daniel.

"Danny, Ibu ada call Danny tak?" pintu bilik aku ketuk.
"Danny, dah bangunkah?" tombol pintu aku pulas tapi berkunci pula.

Memang sejak dari pagi lagi Daniel tak keluar dari bilik, lepas saja sarapan dia terus masuk ke dalam biliknya. Memang kelibat dia tak pernah nampak dah.

"Danny?" aku mengetuk lagi. Tidur lagi ke budak ni. Telinga aku rapatkan ke pintu, hanya bunyi kipas angin saja kedengaran.

Malas hendak melayan aku terus turun semula, menyambung kerja rumah. Lepas tu nak masak tengah hari pula, manatau Ibu call tadi kata nak balik rumah makan.

". . . Sapphire Saga, Real Playing Games was very popular among the youngster. The games been popular for about 2 years now, the player can choose whether to play online or to play offline" televisyen kedengaran.

"dokumentarikah? Banyak pulak berita pasal game ni" aku terfikir.

". . . playing online, simply connect the I-Box with computer, connect another wire with Sapphire Helmet. Player needs to wear the Sapphire Helmet and lay down in comfortable place, push the button on the right side of the helmet and the game will start shortly. . ."

Aku sudah mula menyiapkan barangan masakan sambil mendengar suara televisyen.

". . . Although the games becoming more advance, there's a problem occur. Sapphire Saga, Real Playing Games or RPG for short becoming hot news since yesterday. Whoever login into the game will never logout again! Which mean the player are trapped inside a virtual online games. For how long? still remain a mystery"

Aku terdiam, otak cuba berfikir dengan waras. Sebaik mematikan api, aku terus menghampiri televisyen. Suara TV aku besarkan.

"The Secretary of Sapphire Company, Mr Thomas Watson declare that there's a virus control all the database inside the mainframe. Every Professional Internet Technology tried their best to redo all the setting to take back control of the game. Meanwhile, the player inside the game has no idea that whoever dies inside will also bring death to the real world"

Dada aku berdebar, ini apa yang Laila cakapkan semalam.

"Until now there have been 4 fatal across the entire country. Parents and guardians are discouraged to take any action whether to remove the helmet by force or even unplug the switch. Where every action can kill the player within..."

Peluh dingin membasahi tubuh, aku memandang ke tingkat atas, bulu roma mula meremang. 

"DANNY! DANNY!" Aku sudah laju berlari ke tingkat atas.

Pintu Daniel aku ketuk kuat.

"BUKA PINTU DANNY!"

Tombul pintu aku pulas kasar. Berdoa yang Daniel baik-baik saja.

Kedengaran enjin kereta berhenti diperkarangan rumah.

"MIA! DANNY!" Ibu dan Ayah sudah menaiki anak tangga.

"Ibu, Danny Ibu" air mata mula mengalir. Berdoa apa yang aku fikirkan tidak terjadi.

"Tepi" Ayah menolak aku ke tepi.

TUNG! TUNG! TUNG!

Ayah menghentak pintu menggunakan bahu, dengan beberapa kali hentakkan pintu akhirnya terbuka.

"Danny. . ."

Namun semuanya sudah terlambat.

Skrin Komputer menunjukkan talian hayat pemain, Daniel pula terlentang dikatil bersama kepala kemas memakai Helmet Sapphire Saga.

Aku jatuh berlutut dilantai, air mata mengalir deras. Tidak Danny!

Daniel sudah terperangkap di dalam dunia RPG Sapphire Saga.

Sapphire SagaWhere stories live. Discover now