BAB 9

627 67 4
                                    

"Kau tahu tak sekarang pukul berapa?" suara Najwa kedengaran mamai.

"aku dah e-melkan kau gambar-gambar kod tu, nanti kau cubalah translatekan ya" aku merayu.

Semalaman aku tidak tidur cuba untuk selesaikan kod Komputer tu tapi malangnya tak ada satu perkataan pun muncul, rambut yang kusut aku sapu kebelakang. Sekarang sudah masuk pukul 6 pagi, kejap lagi azan subuh berkumandang.

"ya,ya, nanti kalau dah dapat aku telefon kau" ucap Najwa lagi.

"bangunlah, dah subuh ni" aku memujuk.

"Ya ya. Kalau kod tu aku tak boleh pecahkan, nanti aku cari siapa boleh pecahkan. Paling lewat pun petang ni, ok?"

"Okay, thanks Wawa" Telefon terus dimatikan.

Aku pun segera bangkit untuk mengambil air wudhu, singgah sebentar ke bilik Ibu dan Ayah. Mereka pun sudah terjaga, aku kembali ke bilik. Sebelum azan subuh berkumandang, aku terus melakukan solat sunat subuh, kemudian selepas masuk waktu pula aku terus melaksanakan solat subuh, aku tambah lagi dengan solat hajat.

Memohon petunjuk pada Maha Esa untuk tunjukkan aku jalan, semoga permainan ini tamat tanpa ada nyawa terkorban. Keselamatan Daniel aku pinta, semoga dia baik-baik sahaja di dalam kehidupan virtual itu.

Menunggu masuk waktu dhuha, aku habiskan dengan berzikir dan beristigfar. Mungkin disebabkan dosa-dosa, doa aku lambat dikabulkan. Aku menangis tatkala beristigfar, sesungguhnya diri ini berasa sangat kerdil. Tiada apa yang mampu aku lakukan, hanya kepada-NYA aku mampu berdoa dan bertawakal. Berfikiran positif yang semua ini hanyalah ujian daripada-NYA, aku harus bersabar dalam menempuh setiap dugaan, pasti semua ada hikmah disebaliknya.

Usai selesai solat dhuha, aku bangkit melipat telekung dengan kemas. komputer aku yang dari tadi hidup aku pandang, ada satu mesej e-mel tidak terbaca. Pengirimnya Laila.

"Mia, turun makan. Ibu nak ke hospital lepas sarapan ni" Ibu muncul dipintu.

"Baik Ibu" aku mengangguk. Komputer aku terus matikan tanpa membaca e-mel dan terus beredar.

Sapphire SagaWhere stories live. Discover now