"Akak ada ikut pertandingankah?" soal Daniel.
Dia yang duduk dimuka pintu aku pandang.
Suara televisyen aku kurangkan, tak lagi sibuk dengan permainan Sapphire Saga selepas Ibu membebel semalam.
Hari ni dah mula Insaf, aku tersengih bila teringat kejadian pagi tadi.
Usai selesai solat subuh dan baca al-Quran dua muka surat, aku terus turun ke tingkat bawah menyediakan sarapan buat keluarga. Sekadar nasi goreng dengan telur dadar memang tak jadi masalah langsung, usai masak aku terus melakukan kerja-kerja rumah. Menyapu dan memop lantai, mengelap tingkap. Cuci, sidai dan lipat kain. Memang macam perempuan melayu terakhirlah.
Ibu terus puji sikap rajin aku, rasa macam seronok pula buat aktiviti rumah ni. Dapat aku keluarkan peluh, dari terperap dalam bilik main game. Memang otak jadi sempit.
"buat sudoku, teka silang dalam surat khabar tu adalah, tapi tak sampai nak hantar pun dengan syarikat benda tu. Kenapa?" soalku kembali.
"ada kotak kat depan rumah tu, siapa punya?"
Aku terus bangun dari baringan. Tudung yang tergantung aku ambil dan terus pakai tatkala kami berdua keluar dari rumah.
"kotak apa ni?" sebaik Daniel mengangkat kotak masuk ke rumah. Kami berdua terus berpandangan.
"tengok ni, Sapphire Saga!" Daniel teruja.
"ini game yang Akak mainkan, wah! Akak dapat hadiahlah"
"hadiah sempena apa? Mana pernah Akak ikut pertandingan dalam game tu. Lagipun Akak main Offline ajelah, guna joystick" balasku laju.
"jadi ni apa?" kotak besar itu Daniel pukul.
"salah hantar kot"
"ish, salah hantar macam mana pula. Kotak tu letak kat depan pagar kita, takkanlah salah hantar" Daniel menyangkal.
"kalau betul, kenapa tak ada Abang Posmen tekan doorbell lepas tu suruh kita tanda tangan untuk ambil. Ni main letak aje kat situ" aku masih menafikan.
"ni cara Sapphire Company nak bagi surprise dengan pemain setia dia kot" Daniel sudah berdiri mengambil pisau.
"Danny..." tak sempat aku menghalang, dia sudah membuka kotak tersebut.
"kalau salah, nanti kita pulangkan balik" ujar Daniel. Dia sudah menyelongkar isi kotak.
"Akak! Surat!" surat ditangan Daniel aku rampas.
"N.I.A THE HEALER" tertera pada sampul surat itu. Baca Daniel dari tangan aku.
"kan, betullah ni untuk Akak!" Daniel bersuara kuat. Terujanya belum turun lagi.
"yelah, yelah" aku mengalah. Dalam hati masih ada lagi perasaan was-was.
"tengok ni Akak!" helmet Sapphire Daniel pakai. Aku sudah tergelak, macam jakun pula Daniel ni.
Aku memerhati isi kotak, semua isinya adalah kelengkapan permainan Sapphire Saga untuk mainan Online. Helmet Sapphire, I-Box dan semua wayar-wayar untuk dipasangkan pada komputer. Buku manual pun turut disertakan andai pengguna tidak tahu pasang.
"tak sangka Akak dapat ni, boleh dah main Online lepas ni"
"tak naklah, Akak dah insaf. Tak nak Ibu membebel lagi pasal game ni, alamat esok lusa berkecai jugak game ni." Aku dan Daniel sama-sama tergelak.
"wah, ada tablet!" sekali lagi aku merampas dari tangan Daniel.
"yang lain tu Danny boleh ambil, tablet ni Akak nak"
"ambillah benda tu, tak heran pun. Tapi betul ni Akak bagi semua ni?" Daniel tidak percaya.
"ya, ambillah Danny" aku jawab mendatar, tiada langsung perasaan menyesal.
"nanti beritahu Kak Laila, bolehlah jumpa dia dalam permainan tu nanti" Daniel sudah tergelak tatkala mengangkat isi kotak masuk ke dalam biliknya.
"N.I.A THE HEALER" sampul surat putih itu aku belek-belek lagi.
Timbul satu perasaan yang aku sendiri tidak dapat jelaskan.

YOU ARE READING
Sapphire Saga
FantasySAPPHIRE SAGA Permainan video games genre RPG (real playing games) yang bersifat virtual dikawal oleh AIC (artificial intellegent computer) N.I.A THE HEALER Namanya dalam dunia permainan. Mengisahkan seorang gadis yang termasuk di dalam dunia permai...