BAB 8

656 72 1
                                    

Baru sahaja seminggu berlalu, kami digemparkan lagi berita yang baru.

"...the President of Sapphire Company, Mr Edward Callington passed away this morning. The Doctor says Mr Callington didn't sleep for a few days and got a heart attack. Sapphire Company now falls to the hand of the Vice President, Mr Joshua Jerald. But the Vice President is no where to be found..."

Secara perlahan-lahan misteri terbongkar mengenai masalah yang dihadapi oleh Syarikat Sapphire itu, permainan Sapphire Saga pula masih diteruskan.

Aku yang baru sahaja balik dari hospital terus merebahkan diri dikatil, lampu sengaja aku tidak hidupkan. Rasanya diri aku gelap dan kosong seperti kemalapan bilik ini, hanya cahaya dari luar pintu terpancar masuk.

Seminggu tanpa membuat apa-apa, seminggu tanpa berita mengenai pemain Sapphire Saga, aku buntu. Betulkan tiada apa-apa yang kami boleh lakukan? Perlukah berharap dengan pemain disebalik sana? Bergantung hidup dengan permainan, tak logik. Tangan aku menggenggam cadar.

Mungkin memang betul aku yang dipanggil masuk ke dalam permainan tu, mungkin mereka dah tahu yang perkara ni akan terjadi. Jadi mereka nak aku masuk dalam tu dan bantu untuk habiskan permainan tu dari dalam, tapi persoalannya lagi, mereka itu siapa? Siapa yang hantar hadiah tu? Orang yang berkaitankah yang masukkan nama aku dalam senarai Top Ten tu?

Kalau aku masuk pun, aku bukan boleh buat apa. Bukannya aku pandai main. Aku buntu!

Cahaya dari meja belajar mengganggu pandangan aku, kepala aku tonggek ke atas. Cahaya putih itu aku pandang penuh kehairanan, telefon bimbit aku pandang, ada disebelah kiri aku. Jam pula menunjukkan 1.07 pagi. Jadi cahaya putih tu dari mana datangnya? Malam-malam buta macam ni lagi. Segera aku bangkit mencari punca cahaya tadi.

"Tablet?" tablet yang dihadiahkan pada aku tempoh hari aku pandang. Skrinnya mengeluarkan cahaya putih, aku pelik.

Segera aku mencapai tablet milik Laila pula yang Linda berikan, memang serupa tapi tablet Laila tak bercahaya macam tablet ni. Aku terus menghidupkan lampu, tablet aku capai dan aku sudah duduk bersila dilantai.

Setiap bahagian aku belek-belek, mana butang 'on'? memang dibahagian badan tablet itu tiada butang boleh ditekan, hanya satu lubang kecil sahaja dibahagian bawah untuk memasukkan sambungan ke komputer.

Skru driver aku capai dari almari dan terus membuka tablet itu satu persatu.

Sebaik membuka belakang tablet itu, terukir pada besi nama iSaf. Keluaran sendirian berhad Syarikat Sapphire, ya iSaf bukan tablet. Aku buka lagi penutup belakang iSaf, semua ada tujuh bahagian sebelum sampai ke bateri iSaf. Pada besi terakhir iSaf, satu nama terukir buatkan aku semakin pelik.

"N.I.A THE HEALER"

Aku menelan air liur pahit, segera aku membuka iSaf Laila pula. Namun, hanya satu sahaja penutup dibelangan iSaf itu dan terus kelihatan bateri.

Perbandingan iSaf aku dan iSaf Laila aku buat, kedua-dua iSaf aku pandang silih berganti. Kenapa lain?

Aku membuat barisan setiap tujuh besi dari belakang iSaf itu tadi, pasti ada benda yang aku terlepas pandang ni, ujarku dalam hati.

"Kenapa?"

Persoalannya memang kenapa, kenapa mereka nak aku masuk dalam permainan ni pula? Padahal aku bukannya tahu main cara Online pun, kalau nak guna level avatar aku, rasanya pasti banyak lagi pemain level yang tinggi-tinggi.

Memandang setiap besi yang berbaris itu buatkan aku semakin buntu, kalau ini kod rahsia yang mereka hantar pasti ada jawapan disebaliknya. Tujuh besi, ada nama N.I.A dalamnya, iSaf tiba-tiba bercahaya pukul 1.07 minit tadi, seminggu berlalu, Presiden Syarikat Sapphire terkorban, Naib Presiden pula hilang entah ke mana.

Aku meneliti setiap kejadian yang berlaku.

"Apa yang kau cuba sampaikan?" aku mengangkat sekeping besi itu dan mula membelek-belek.

Kalau guna mata kasar, besi berwarna silver ni, memang anti karat dan pembuatannya begitu teliti. Pembuatan begitu teliti? Aku mengulang ayat didalam fikiran.

Kali ini permukaan besi aku sapu-sapu perlahan, memang tidak syak lagi, ada sesuatu yang ganjil terukir pada permukaan besi itu. Kertas dan pensil aku capai, ukiran aku tekap menggunakan pensil.

"Kod komputer?"

Disebalik kertas kelihatan kod-kod komputer bernombor 0 dan 1. Aku menekap ketujuh-tujuh besi, hasilnya buatkan aku semakin buntuh.

"Aku bukannya pakar IT pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan" aku tergelak kecil. Ternyanyi pulak.

Aku terus membuka komputer, meyambungkan iSaf ke komputer. Mungkin ada lagi klu yang aku terlepas pandang.

Aku membuka sistem iSaf menggunakan sedikit kepakaran aku, namun skrin tiba-tiba berubah hitam dan muncul perkataan.

"ENTER PASSWORD"

Aku memasukkan nama avatar aku tapi salah, nama permainan Sapphire Saga, juga salah. Nama presiden Syarikat Sapphire, salah! Aku cuba semua perkataan yang berkaitan tapi semuanya salah. Kepala aku letakkan ke meja, kipas aku menerbangkan kertas kod-kod tadi ke kaki aku. Seperti satu lampu menyala, laju aku mengangkat kepala.

"Masa untuk belajar semula pasal kod-kod komputer" ucapku dengan yakin.

Sapphire SagaWhere stories live. Discover now