"We have arrive at London Gatwick Airports, please be careful when you open up the compartment above you. Use your telephone when you are at the airport station. Thank you for flying with us, we hope you have a plesant day"
Selepas 8 jam berada diatas kapal terbang, akhirnya aku tiba. Badan terasa lenguh, sepanjang perjalanan mata aku langsung tidak terlelap. Fikiran aku jauh melayang teringatkan Daniel disana, kehidupannya di dalam virtual hari ini sudah genab sebulan.
Sepanjang dikapal terbang, aku banyak habiskan masa membaca dunia Sapphire Saga. Menelaah dan proses, apa yang menarik iSaf ni macam satu manual special pemain. Tidak sama seperti iSaf Laila, kandungannya sangatlah berbeza. Apa yang buat aku tambah gerun, perjalanan hidup N.I.A The Healer seperti dilakar di dalam iSaf. Dunia N.I.A yang aku reka disebalik permainan offline.
Agaknya organisasi ni nak aku tolong macam mana? Gunakan avatar aku dan main permainan tu, tapi bolehkah permainan online guna joystick? Ataupun mereka nak aku masuk ke dalam permainan tu, aku mampu ke?
"Miss N.I.A?" seorang lelaki berkulit putih menyapa aku dari belakang, melihat dari pakaiannya dia kemas berkot hitam putih dan ada Bluetooth telefon tersangkut ditelinga buatkan aku sedikit khuwatir.
Aku tidak memberikan sebarang reaksi, sebaliknya aku terus melangkah pergi. Terasa seperti darah aku berkecamuk sekarang, peluh dingin menyelubungi.
Kawasan lapangan terbang betul-betul terasa asing, aku sendiri tak tahu di mana hendak tuju sebaik sahaja keluar dari kawasan ketibaan tadi. Bagasi masih lagi aku tarik dengan perlahan, cuba berlagak selamba dengan memandang telefon bimbit.
"N.I.A The Healer?" kali ini polis wanita pula menegur aku.
"did I do something wrong?" aku menyoal. Polis wanita itu terus menggeleng dan terus berlalu pergi.
"Excuse me?" seorang memanggil aku dari belakang, bahu aku disentuh buatkan aku rasa kurang selesa. Agaknya mereka belum tahu batas lagi.
"Yes?" aku berpaling.
"Sapphire Saga?" lelaki berambut perang seperti pelancong itu bersuara.
"What?" aku pelik.
"Oh, I'm sorry" lelaki itu terus beredar.
Aku berdiri pelik, kenapa macam semua orang sedang mencari aku ni. Mereka menyamarkah?
Aku menarik nafas dalam, cuba fokus. Sekeliling aku pandang, ada seorang wanita memakai gaun biru dan siap memakai kaca mata hitam dari tadi asyik perhatikan aku. Dia tersenyum lebar tatkala aku mula memandang dia.
"We're having dinner at 134" wanita itu menyapa.
Aku tersenyum, nafas lega aku lepaskan.
"Looks like your missing 2" kod disebut.
Wanita itu tersenyum sebelum mengangguk dan terus mendahului langkah.
Aku mengekori tapi dengan pergerakkan selamba, tidak mahu menarik perhatian. Sebaliknya aku terus menelefon Ibu dan Ayah yang aku selamat sampai ke Negara luar.
Kod-kod bahasa ni diselitkan bersama tiket kapal terbang aku minggu lepas, dalam surat tu tertulis satu teka-teki.
"No nephew just neice,
that will came with peace,
dress like the police,
guess the missing piece."Seperti yang dinyatakan juga, akan ramai yang datang mendekati aku. Bertanyakan mengenai teka-teki tersebut, tapi menurut teka teki tu 'No nephew just neice', bukan anak saudara lelaki tapi anak saudara perempuan. Maksudnya orang itu ialah perempuan.
Kemudian perenggan kedua, 'that will came with peace', datang dengan selamat. Orang itu mestilah tunjukkan diri dengan selamat tanpa mendekati ataupun menyentuh aku.
Perenggan ketiga, 'dress like the police', berpakaian seperti polis. Tak bermakna dia akan memakai pakaian seragam polis tapi sebaliknya mengenakan pakaian berwarna sama dengan seragam polis iaitu warna biru tua.
Akhir sekali 'guess the missing piece', teka bahagian yang hilang. Aku tak berapa pasti dengan maksud ayat ni tapi bila sudah dengar sendiri kod ayat yang gadis itu sampaikan aku terus tersenyum lega.
Kalau betul ramai yang tahu pasal N.I.A The Healer, maksudnya aku dalam bahaya. Mereka siapa pula dan mahukan apa dari aku? Takut!
"Ouch!" wanita itu terjatuh. Aku segera mendekati untuk membantu, aku tahu itu semua sekadar lakonan.
"Get into the blue cab behind the man with the black hat. The 1st code, you're a busy student. 2nd, lets go to the university" bisikkan kedengaran.
"You're a busy student, lets go to the university" ulangnya lagi sebelum gadis itu bangun semula
"Thank you so much, I'm so clumsy!" wanita itu berlakon, aku sekadar melemparkan senyuman dan wanita itu terus masuk ke dalam keretannya tidak jauh dari situ.
Ok, next task ialah masuk ke dalam teksi dibelakang lelaki bertopi hitam. Senang untuk aku kecam sebab lelaki bertopi hitam tu memang betul-betul bersandar dibelakang teksi biru.
"I'm sorry, are you taking this cab? Cause I am really late for my registration" kod disampaikan.
Lelaki itu tersenyum sambil mengangkat topi dan terus beralih. Pemandu teksi membantu aku untuk memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.
"We're we headed Miss?" soal pemandu teksi apabila kami berada di dalam teksi.
"Oxford University please" pemandu teksi mengangguk dan terus memandu kederaan meninggalkan lapangan kapal terbang.
Aku menarik nafas lega, perjalanan menuju ke destinasi aku langsung tidak ketahui. Aku terfikir, kenapa mereka menggunakan kod bagai? Pasti misi ni dah terbongkar dan mereka perlukan cara untuk berselindung.
"We have arrive" lebih kurang 3 jam, kami berhenti dibawah jambatan yang terkenal di London. Iaitu The Tower Bridge.
Pemandu teksi mengeluarkan bagasi aku dan dia terus beredar meninggalkan aku berseorangan disitu. Pasti ada kod-kod lagi yang harus aku selesaikan, aku mula mencari-cari.
"We are headed to 578" seorang lelaki muncul.
"I am 6 .. of this" ayat aku buatkan dia tergelak kecil.
Sebelum . . .
"Ya Allah!"
Mulut aku diikat kain, dan kepala dibalut kain hitam sebelum aku diangkat oleh seorang lelaki berbadan sasa. Aku meraung meminta tolong untuk dilepaskan tapi apakan daya, aku terus ditolak masuk ke dalam van kereta dan terus dibawa pergi.
YOU ARE READING
Sapphire Saga
FantasySAPPHIRE SAGA Permainan video games genre RPG (real playing games) yang bersifat virtual dikawal oleh AIC (artificial intellegent computer) N.I.A THE HEALER Namanya dalam dunia permainan. Mengisahkan seorang gadis yang termasuk di dalam dunia permai...