BAB 10

682 68 1
                                    

"... The Vice President was found in his room hanging himself by the ceiling, it's a suicide ..." berita terpapar ditelevisyen. Semua orang yang berada dilobi hospital mula berbisik antara satu sama lain.

"...Now the Sapphire Company is in the hand of the Secretery, Mr Thomas Watson. Mr. Watson, what are you going to do with this killing game?" pembaca berita itu mengejar Mr Thomas yang baru keluar dari lobby syarikat.

"I guess, we need to wait and see..." Balasnya dan terus masuk ke dalam kereta. Semua wartawan sibuk mengambil gambar tanpa sempat mengajukan soalan.

Komen setiausaha Syarikat Sapphire buatkan aku geram. Tunggu dan lihat? Aku mengepal penumpuk. Sampai bila?!

Telefon bimbit berbunyi, segera aku angkat.

"Kami dah pecahkan kod tu" sebaik menjawab, Najwa terus bersuara.

"Jadi? Apa yang tertulis"

"Kau jangan risau, tak ada siapa tahu apa benda kod tu. Aku baru je gabungkan semua maksud tersirat, memang goosebumps. Aku dah e-mel kat kau, kau bukalah sendiri dan baca" ujar Najwa.

"Okay, thanks Najwa"

"Lagi satu, please don't do anything stupid. Kau cerita kat aku kalau ada apa-apa, aku akan tolong apa yang termampu. Ya Mia?"

"Ya Wawa, aku tahu. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum" salam dijawab dan telefon terus dimatikan.

"Ibu, dompet Mia tertinggallah kat rumah. Mia balik kejap boleh?" aku menipu.

"Pergilah, hati-hati bawa kereta tu" pesan Ibu.

Dahi Daniel aku kucup sebelum aku beredar. Kalau Najwa cakap macam tu, mesti ada sesuatu yang pelik tertulis kat kod-kod tu. Aku tak boleh buka guna telefon, takut telefon aku pula diawasi oleh mana-mana pihak yang aku tak tahu. Komputer dan e-mel aku sudah pasang kunci supaya tiada siapa yang boleh hack, sebab itu aku kena balik dan baca isi tu semua dalam komputer aku sendiri.

Sepanjang perjalanan otak aku ligat berfikir, mungkin orang yang sama berikan aku set permainan tu dan juga kod-kod tu.

Sebaik sampai, aku terus mengidupkan Komputer.

E-mel aku buka, e-mel Najwa aku tekan, dalam gambar tertulis perkataan dari kod-kod yang Najwa pecahkan tadi.

"WE KNOW HOW TO STOP THIS GAME. YOU CAN HELP US TO STOP IT. YOU KNOW THE PASSWORD N.I.A THE HEALER"

Air liur pahit ditelan, aku mengemhus nafas dalam. Memang goosebumps!

Tapi password? Password apa?

E-mel Laila pula aku buka.

"Nama avatar kau tersenarai dalam Top Ten Sapphire Saga!" tertera 10 nama pemain, nama aku berada ditempat ke-dua. Aku mencatat sepuluh-sepuluh nama tersebut, ayat dari kod juga aku catat.

"Password, password, password. . ." pen aku tekan-tekan tatkala berfikir.

"TUJUH!" aku berdiri. Semua klu menunjukkan nombor 7.

Pukul satu 7 minit, dalam seminggu 7 hari kemudian kematian President Syarikat Sapphire, penutup iSaf ada 7, setiap ayat kod ada 7 perkataan. Segera aku sambungkan iSaf aku komputer, aku terus memasukkan password.

"7... 7... 7... 7... ENTER!"

Skrin komputer bertukar putih, ada simbol audio ditepi, segera aku memakai headphone. Dengan kiraan 10 saat, skrin terus bertukar.

"HELLO N.I.A THE HEALER!" seorang perempuan berambut perang mengenakan pakaian merah muncul diskrin.

"looks like you have crack the code, its quite fascinating. " Longat inggerisnya kedengaran seperti orang british.

"I guess you must be looking for an answer about everything that pointed out to you. We know all about you N.I.A The Healer, or I can say Damia Delia Hamzah. I cannot tell you everything over a video, but you know by the code that we can help you to save this games if you help us"

"Right now I'm giving you two choices. One, your forget everything that's ever happen and just wait for everything to solve by itself"

"Or two you come here and help us. It's your choice"

"Kau siapa? Fikir semudah itu ke aku nak percaya" aku berbisik.

"Of course you're gonna think this is all a trap, but can you explain everything that's happening around you. Daniel is inside that virtual game, you rather watch him be killed inside it or help him get out. Although we know that you won't play that Online games and of course we know Daniel would, so by only letting him get inside, you can help us"

"APA?!" aku marah.

"because with N.I.A The Healer, you can save all the innocent people. Send my regards to your parent, good day Damia!" video terus terpadam.

"Aargh!" aku buang iSaf ke lantai, nafas aku turun naik. Tak sangka semua ini sudah dirancang!

Sapphire SagaWhere stories live. Discover now