Selepas melawat Laila aku ke bangunan sebelah, lelaki dan perempuan diasingkan.
Kelihatan diluar Ayah tengah sibuk membuat panggilan, pasti tengah mencari penjelasan dari syarikat Sapphire sendiri.
Aku terus masuk ke bilik Daniel, aku lihat Ibu tengah membacakan Yassin buat Daniel. Teringat pula malam ni malam jumaat rupanya. Aku memegang lembut bahu Ibu tidak mahu mengganggu, biarlah Ibu menghabiskan bacaannya dahulu.
Aku duduk memandang tubuh Daniel yang kaku, semua kelengkapannya juga sudah terpasang. Skrin yang tergantung diatas dinding aku teliti, bukan hanya talian hayat saja ada disitu, ditepinya juga tertera Nyawa dan Sumber Kuasa pemain. Kalau pemain RPG pasti tahu fungsinya, bila diperhatikan, Sumber Kuasa Daniel turun dan naik, Nyawanya juga bertambah dan kemudian turun semula.
Aku berfikir, pasti Daniel tengah bertarung di dalam permainan Virtual ni. Dia buat apa agaknya, tak tahu ke nyawa sangat berharga dalam tu. Kemudian ada garisan berwarna putih dibawah, 100? Pasti tenaga Daniel. Fikirku lagi. Tak sangka tenaga kini boleh dilihat menggunakan digital.
"Sadakallahu'lazim" Ibu mencium buku Yassin.
"macam mana keadaan Laila?" Tanya Ibu."Macam tu juga Bu" jawabku lemah.
"Ayah mana?" soal Ibu lagi.
"tadi Mia tengok Ayah ada kat luar." Ibu mengangguk-angguk.
"Ibu dah makan?" soalku pula.
"Tak ada selera" jawab Ibu perlahan.
"Kejap Mia pergi belikan makanan"
"Mia..." lengan aku Ibu tarik.
"Tak payah, nanti kalau Ibu lapar, Ibu pergi cari makan sendiri." Terang Ibu.
"Kalau Mia lapar, pergilah makan dulu""Mia dah makan tadi" aku menipu.
Siapa ada selera bila berhadapan dengan situasi begini, bila aku melalui setiap bilik-bilik pemain yang terperangkap di dalam permainan virtual, semua nampak menyedihkan. Apa yang paling menyedihkan ialah bila kami tidak mampu membuat apa-apa selain menunggu, sampai bila?
Besi katil aku genggam kuat, rasa tidak puas hati. Sepatutnya aku yang masuk dalam permainan ni, bukan Daniel. Semua salah aku, aku yang buat Daniel masuk dalam permainan membunuh ni. Kalau aku tak dapat hadiah tu, kalau aku tak bagi Daniel, kalau aku tak main permainan ni. Kan lagi bagus!
"Mia..."
Ayah memegang bahu aku lembut. Wajah Ayah aku pandang, ada senyuman kecil terukir. Walaupun tiada kata-kata keluar dari mulut Ayah, aku tahu apa yang Ayah cuba sampaikan.
"Ayah" aku terus memeluk tubuh Ayah, air mata mengalir deras.
Ibu juga turut menangis, lembut Ayah menarik Ibu untuk masuk ke dalam pelukkan. Kami sekeluarga tenggelam dalam kehibaan.

YOU ARE READING
Sapphire Saga
FantasySAPPHIRE SAGA Permainan video games genre RPG (real playing games) yang bersifat virtual dikawal oleh AIC (artificial intellegent computer) N.I.A THE HEALER Namanya dalam dunia permainan. Mengisahkan seorang gadis yang termasuk di dalam dunia permai...