prolog( bab 1)

43.4K 772 8
                                    

Liana Qasha kembali menangis sampai terhinggut-hinggut bahunya. Dia sedih betul dengan perlakuan Rahimah,ibu tirinya. Sememangnya dari kecil sampailah dia berusia 24 tahun, Rahimah tidak pernah menyayanginya. Bukan sahaja Rahimah, Fazrul abang tirinya juga turut membencinya. Dia sendiri tak tahu atas dasar apa mereka bencikan dia. Padahal, sedikit pun dia tak pernah meninggikan suara terhadap mereka berdua. Setiap kata-kata kasar yang dilemparkan kepadanya dia hanya menjawab dengan sopan.

Cuma satu sahaja penyakit Liana Qasha. Menjawab! Ya. Liana Qasha suka menjawab segala kata-kata yang ditujukan kepadanya. Dia menjawab bukan sebab dia suka melawan, tetapi dia rasa ia perlu dijawab bagi memberitahu sesuatu keadaan yang sebenar. Niatnya jujur, tetapi jujur alam semesta pun membawa padah juga kepada Liana Qasha.

__________________________________

Start: 1 July 2016
End: ?

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now